30:14
Ada suatu generasi, yang gigi mereka seperti pedang, dan gigi rahang mereka seperti pisau, untuk membaham lenyap orang kasihan dari bumi, dan orang keperluan dari antara manusia.
Nabi Agur mengajar hikmah berilham untuk kehidupanmu dengan beberapa set pelajaran yang mengandungi empat perkara (Ams 30:11-31). Dia bermula dengan empat jenis orang, dan mengenalpastikan mereka dengan dosa-dosa yang teliti. Sesetengah orang suka mengambil kesempatan atas orang lain dan menindas mereka, terutamanya orang yang lemah secara relatif dan yang memerlukan bantuan. Orang-orang yang ganas tersebut tiada simpati semula jadi atau perasaan kasihan, tetapi dengan tanpa berbelas kasihan memakai orang lain dengan apa cara pun yang diinginibagi kenikmatan atau kegunaan sendiri.
Generasi di sini bermaksud jenis orang, sebab ia kekurangan kata ganti penunjuk atau apa pun penerang bagi suatu jangka masa. Ia bukan nubuat untuk masa depan, ketika manusia akan menjadi bongkak, kerana semua zaman ada yang sebegitu. Ia bukan nubuat akan orang jahat pada zaman Kristus, sebab pemakaian demikian akan menjadi ganjil di Amsal tanpa hikmah praktikal untuk kehidupan.
Maksud empat generasi melebihi maksud empat jenis pembawaan – melankolia, flegmatik, sanguin, dan kolerik – meskipun setiap pembawaan adanya kecenderungan-kecenderungan yang berdosa. Pelajaran di sini melebihi maksud kecenderungan: ia merupakan empat jenis orang dengan dosa-dosa yang spesifik. Jangan ingin memasang pembawaan bagi setiap generasi, tetapi sebaliknya biarlah kita belajar dosa dan hikmah pembetulan bagi setiap jenis orang.
Generasi yang keempat, atau sejenis orang jahat, suka menindas dan adalah kejam dalam pertuturan dan perlakuan mereka, terutamanya terhadap orang yang kurang berdaya, miskin, dan lemah. Orang kebinatangan ini yang kritikal dan yang suka mengutuk tiada kasihan atau kepedulian untuk orang yang keperluan atau orang yang kesesakan. Dia mementingkan diri sendiri, tidak berbelas kasihan, dan ganas. Mereka tiada simpati semula jadi bagi orang bawahan mereka atau orang yang rapat dengan mereka, dan mereka mungkin naik ke kedudukan berpengaruh atau kedudukan berkuasa dengan merasuah atau membinasakan orang yang menghalang jalan mereka.
Pertimbangkan dua saudara pertama, Kain dan Habel. Bagaimanakah mungkin Kain membunuh adiknya hanya kerana adiknya berbuat benar? Ini terutamanya sesudah Allah memberi amaran kepada Kain dan memberitahunya betapa mudah Kain juga dapat diperkenan Tuhan? Bagaimana mungkin Kain dengan bersahaja menyembunyikan pembunuhan itu, malah pada hakikatnya Allah Sendiri yang sedang bertanya? Kerana Kain anak iblis (1Yoh 3:12), dan kamu menunjukkan roh pembunuhan keiblisan yang serupa ketika kamu marah tanpa sebab yang adil (Mat 5:21-26).
Ia mudah untuk memakai amsal ini terhadap para penguasa atau para pembunuh di sejarah seperti Joseph Stalin, Adolph Hitler, Mao Tse-Tung, Idi Amin, Pol Pot, Harold Shipman, Luis Garavita, dan orang lain. Tetapi Salomo memakai hikmah ini terhadap apa yang lebih dekat kepada diri kita, di mana layanan yang agresif atau yang ganas terhadap orang kasihan dan orang keperluan memang sesuai dengan amsal ini. Misalnya, pengguguran anak, menindas pekerja, menipu pasangan, meremukkan semangat kanak-kanak, mengenakan cukai yang keterlampauan terhadap orang miskin, membayar kurang atau mengenakan harga tinggi yang tidak adil menandakan sikap membiarkan hati kebas dan tidak mempedulikan orang yang dalam keperluan.
Daud bersemuka dengan orang sebegitu dalam kehidupannya, Saul, Doeg, Absalom, dan orang lain. Bahkan anak buahnya sendiri, Yoab, ada semangat kejam membalas dendam yang jauh berbeza dengan semangat Daud, dan itu telah menjadikan Daud berdukacita dalam beberapa peristiwa. Daud telah menulis tentang keadaan susahnya dengan orang yang sebegitu dalam kata-kata yang berbunyi, “Jiwaku ada di kalangan singa: dan aku berbaring, malah di kalangan mereka yang dinyalakan api, malah anak-anak manusia, yang gigi mereka ialah tombak dan anak-anak panah, dan lidah mereka ialah pedang yang tajam” (Maz 57:4).
Yesus Kristus, Anak Daud, harus bertahan dengan layanan yang kejam dan yang penuh kebencian oleh para pemimpin orang Yahudi ketika Dia hidup di bumi, dan mereka memaksa penyalibanNya pada akhirnya, walaupun Dia tidak berbuat apa pun kejahatan terhadap mereka atau bangsa mereka. Di kalangan para rasulnya ada pencuri yang tidak berperikemanusiaan, yang telah mencuri daripada orang miskin dan mengkhianati Tuannya, Gurunya, dan Sahabatnya untuk tiga puluh keping wang perak yang sungguh kecil nilainya. Kalau bergabung, mereka yang tersebut menggenapi amsal ini dengan lebih tepat daripada mana-mana orang lain.
Orang salih ialah orang yang berbelas kasihan (Mat 5:7). Sebenarnya, mereka suka belas kasihan (Mik 6:8). Salomo mengajar di tempat lain bahawa orang benar berbelas kasihan sampai kepada binatang juga tetapi orang yang disebut amsal ini kejam sampai ketika belas kasihan patut diberi (Ams 12:10). Ia agama suci Yesus Kristus untuk dengan murah hati mempertimbangkan orang miskin dan untuk melawat anak-anak yatim dan kaum balu dalam kesengsaraan mereka (Gal 2:10; Yak 1:27). Daripada menekan orang yang kurang bernasib baik, mereka mengangkat mereka!
Ia tugas setiap ibubapa untuk mengajar anak-anak mereka untuk berbelas kasihan, supaya jangan mereka membesar menjadi penzalim yang mementing diri sendiri yang sedang dikutuki amsal ini. Sementara kebanyakan orang bersahaja di rumah, ia tempat yang paling elok untuk mengajar dan mewajibkan simpati dan belas kasihan di dalam setiap urusan. Perseteruan adik-beradik, keibubapaan yang menindas, balasan yang tidak hormat, dan masalah-masalah perhubungan yang lain haruslah diperbetulkan sebelum seekor raksasa dibentuk oleh rumah tangga yang disfungsi dan membenarkan apa pun jenis kekejaman.
Bertentangan dengan sikap orang durjana ini, adanya Allah syurga yang kamu boleh percaya dan menaruh segala kerisauanmu, sebab Dia mengambil berat akan orang yang menaruh percaya kepadaNya (1Pet 5:7). Meskipun ibumu dan ayahmu meninggalkanmu, yang adalah bertentangan dengan sifat alam semula jadi, namun TUHAN akan mendampingimu (Maz 27:10). Belas kasihannya abadi, dan kamu boleh percayaNya malah untuk pengampunan dosa-dosa yang keji. Walaupun Dia ada kuasa untuk mengutuk dan untuk menghukum, Dia akan mengampuni orang yang mengaku dosa (1Yoh 1:9).