30:13
Ada suatu generasi, Aduhai betapa sombongnya mata mereka! dan kelopak mata mereka ditinggi-tinggikan.
Keangkuhan ialah masalah yang besar. Ia akan membinasakanmu. Kerendahan hati akan menyanjungimu. Pilihannya kamu punya. Masa depanmu bergantung kepadanya. Jika kamu merendahkan dirimu, Allah akan menyanjungimu (Yak 4:10). Jika tidak, Dia akan meremukkanmu (Ams 16:18). Allah membenci wajah yang angkuh (Ams 6:16-17). Dia melemparkan iblis keluar dari syurga kerana keangkuhan (1Tim 3:6; Wah 12:9). Belajarlah hikmah kerendahan hati pada hari ini.
Nabi Agur mengajar hikmah berilham untuk kehidupanmu dengan beberapa set pelajaran yang mengandungi empat perkara (Ams 30:11-31). Dia bermula dengan menjelaskan empat jenis orang, yang dikenali oleh dosa-dosa yang tertentu, yang amsal ini merupakan yang ketiga daripada empat. Kebanyakan orang angkuh pada kadar yang berbeza, tetapi sesetengah sungguh angkuh dan bongkak. Mereka ada wajah yang sungguh menganggap diri sendiri baik dan memandang rendah orang lain.
Generasi di sini bermaksud jenis orang, sebab ia kekurangan kata ganti penunjuk atau apa pun penerang bagi suatu jangka masa. Ia bukan nubuat untuk masa depan, ketika manusia akan menjadi bongkak, kerana semua zaman ada yang demikian. Ia bukan nubuat akan orang jahat pada zaman Kristus, sebab pemakaian demikian akan menjadi ganjil di Amsal tanpa hikmah praktikal untuk kehidupan.
Maksud empat generasi melebihi maksud empat jenis pembawaan – melankolia, flegmatik, sanguin, dan kolerik – meskipun setiap pembawaan adanya kecenderungan-kecenderungan yang berdosa. Pelajaran di sini melebihi maksud kecenderungan: ia merupakan empat jenis orang dengan dosa-dosa yang spesifik. Jangan ingin menentukan pembawaan bagi setiap generasi, tetapi sebaliknya biar kita belajar dosa dan hikmah pembetulan yang diperlukan bagi setiap jenis orang.
Generasi yang ketiga, atau jenis orang jahat, adalah angkuh dan sombong tentang kemampuannya, akhlaknya, pencapaiannya, harta miliknya, dan/atau nilainya. Daripada memandang kepada tanah dalam kerendahan hati, dia mengangkatnya, bahkan sampai kepada tahap Allah (Luk 18:9-14). Dia dengan mudah boleh menjadi tidak hormat atau berhidung tinggi, kecuali ia ada di dalam kepentingannya sendiri untuk menunjukkan sedikit kehormatan.
Dia mempunyai hati yang angkuh dan yang bongkak, dengan memandai percaya bahawa dia lebih unggul daripada orang lain. Dia fikir dunia ini bergerak bagi dirinya sendiri; dia buta terhadap kesalahannya sendiri; dia sungguh tersinggung ketika orang mengabaikannya, namun dia kurang melayani orang lain; dia membenci pembetulan dan celaan; dia beriri hati dengan kelebihan orang lain; dan dia lekas untuk mengkritik dan mengutuk.
Keangkuhan ialah dosa yang teruk. Namun pada hari ini ia dipakai sebagai perkataan baik, seperti yang dinyatakan dalam ini, “Aku sungguh berbangga dengan apa yang telah aku lakukan”. Keangkuhan digalakkan sebagai rawatan penuh bagi segala masalahmu dengan memakai perjuangan untuk mencintai diri sendiri dan harga diri. Ia salah satu daripada iblis punya tiga alat utama terhadap dirimu – keangkuhan hidup (1Yoh 2:16). Ia menyuburkan hati untuk pertumbuhan sikap mementingkan diri sendiri, iri hati, pencemuhan, menyinggung orang lain, dan membawa kepada perbalahan.
Dengarlah kebenaran tentang dirimu. Kamu kosong. Kamu kurang daripada kosong. Kalau kebenaran dinyatakan, akhlakmu adalah rosak dan cabul (Yer 17:9; Rom 3:9-18). Kemampuanmu dan potensimu sebegitu kasihan sehingga seluruh kehidupanmu boleh dicabut keluar dengan hanya memicit hidungmu untuk menyesakkan nafasmu (Yes 2:22; Maz 146:3-4). Kamu tidak membawa apa pun ke dalam dunia ini; kamu tidak akan membawa apa pun keluar (1Tim 6:7).
Pencapaianmu dan harta milikmu adalah sebegitu kecil, tiada yang akan mengingatimu melebihi dua minggu selepas kamu ditanam (Maz 49:10-13). Orang yang berkelas rendah sudah tentu bukan apa-apa; orang yang berkelas tinggi adalah bohong; bergabung bersama mereka kurang daripada kosong (Maz 62:9). Roh Kudus tidak pernah mendengar tentang maruah atau nilai manusia. Adakah kamu mampu dan rela untuk menerima pendapat Allah tentang dirimu?
Kamu memasuki kehidupan tanpa mengenal satu fakta pun, malah kewujudanmu pun kamu tidak sedar. Kamu tiada kemampuan atau hati nurani untuk menjaga dirimu daripada menajiskan dirimu sendiri. Kamu tidak dapat menyuap makanan daripada sudumu, dan minum daripada cawan pun tidak mungkin. Memajukan basikal tiga roda dan menyebut huruf pun membebankan tubuhmu dan otakmu sampai ke had batasannya. Dan sekarang kamu fikir dirimu hebat?
Apa pun perkara baik yang kamu ada ialah anugerah daripada Allah. Bagaimanakah kamu boleh bersikap sombong akan mana-mana perkara itu? Allah memberi itu kepadamu oleh pilihanNya. “Sebab siapakah yang menjadikanmu berbeza daripada yang lain? dan apakah yang ada padamu yang tidak kamu terima? dan jika kamu telah menerimanya, mengapakah kamu bermegah seolah-olah kamu tidak menerimanya?” (1Kor 4:7). Keangkuhanmu menjadikan Allah meluat, dan itu wajar!
Kamu sudah tentu binasa, kecuali kamu merendahkan dirimu. Allah membenci keangkuhan, sebab Dia sahaja yang ada keindahan, kemuliaan, kuasa, kebenaran, dan hikmah yang tidak berpunca. Dia sahaja yang boleh menyatakan, “AKU ADALAH BAHAWA AKU ADALAH”. Sebenarnya, itu namaNya! Nebukadnezar merupakan raja yang paling besar di sejarah dunia, tetapi selepas tujuh tahun penghakiman Allah dia menyatakan, “Sesiapa yang berjalan di dalam keangkuhan dapat dia rendahkan” (Dan 4:37).
Apakah pelajaran ini? Hikmah sejati membenci dan menolak keangkuhan. Kerendahan hati akan menyelamatkanmu daripada banyak kesalahan dan menyebabkanmu untuk bertumbuh dalam keredaan dengan Allah dan manusia. Ia boleh dengan mudah menurunkan diri lalu mengaku kejahilan dan ketidakmampuan, sebab ia menyambut kebenaran. Akhlak yang berbudi baik yang memenangi keredaan dengan kedua-dua Allah dan manusia banyak bergantung kepada roh cemerlang orang yang rendah hati.
Pertimbangkan raja yang kaya dan yang berhikmah yang menulis kebanyakan kitab Amsal. Solomo merupakan anak yang sungguh diredai – diredai Allah dan manusia. Dia mempunyai gen, peluang, dan kejayaan. Dia merupakan anak Daud (Ams 1:1). Tetapi sebagai raja atas bangsa yang sungguh makmur, dia berkata, “Aku hanya seorang budak kecil: Aku tidak tahu bagaimana beralih keluar dan beralih masuk” (1Raj 3:7).
Adakah kamu rendah hati? Ia mudah untuk dilihat. Adakah kamu suka diperbetulkan, atau adakah kamu lebih suka memperbetulkan orang lain? Adakah kamu memuji orang lain dengan mudah dan kerap kali? Adakah kamu menanti-nanti untuk melayani, atau dilayani? Adakah kamu dengan sepenuh-penuhnya menunduk tanpa kebencian kepada orang yang Allah telah tempatkan mengatasimu? Jika kamu seorang perempuan, adakah kamu tahu kamu merupakan bejana yang lebih lemah dan diciptakan untuk membantu satu lelaki?
Adakah kamu bersyukur untuk berkat-berkat atau kelebihan-kelebihan orang lain, atau adakah kamu sebaliknya beriri hati? Adakah kamu benar-benar teruja bagi kejayaan orang lain? Ketika orang lain menyinggungmu, adakah kamu menjadi marah, atau adakah kamu dengan lekas mengampuni mereka? Adakah kamu tinggal di latar dan mendengar orang lain? Adakah kamu merupakan pendengar atau guru yang lebih baik? Adakah kamu paling banyak mendengar dan paling kurang berucap, atau berucap paling banyak dan kurang mendengar?
Allah tiada kegunaan untuk lelaki atau perempuan yang fikir dia sendiri hebat. Dia akan memberkati dan membantu orang dengan roh yang miskin dan yang sesal, yang gementar terhadap firmanNya (Yes 66:1-2; 57:15). Pertama, rendahkanlah dirimu di hadapan Allah dan taatilah setiap firmanNya. Kedua, rendahkanlah dirimu di hadapan manusia dan layanilah mereka. Yang paling besar di kerajaan Allah merupakan hamba, dan bukan penguasa.
Jika kamu merendahkan dirimu, Allah dan manusia akan menyanjungimu (Ams 22:11; Yak 4:10; 1Pet 5:6). Jika kamu tidak berbuat demikian, Allah dan manusia akan meremukkanmu (Ams 15:25; 16:5,18; 21:24). Yesus memberi amaran, “Dan sesiapa yang menyanjungi diri akan dihina; dan dia yang merendahkan diri akan disanjungi” (Mat 23:12). Solomo kerap kali menulis apa yang sama (Ams 15:33; 18:12; 22:4; 29:23).
Apakah yang dapat kamu buat pada hari ini untuk menamatkan keangkuhan dan untuk menunjukkan kerendahan hati? Siapakah yang perlu mendengar kamu meminta maaf? Di manakah dapat kamu menghentikan dendam dan berdamai? Siapakah yang perlu mendengar pujianmu? Siapakah yang dapat kamu mengasihi atau melayani tanpa ganjaran? Siapakah yang dapat kamu ucap terima kasih bagi apa yang telah mereka buat bagimu? Dalam keadaan apa yang dapat kamu menjadi hamba yang diam daripada pengucap yang lancang?
Yesus Kristus merendahkan dirinya untuk dilahir oleh perempuan yang miskin, untuk hidup kehidupan yang terpencil yang kepapaan dan yang melayani orang lain, lalu mati suatu kematian yang tidak adil tetapi itu bagi orang lain. Bagi karya yang besar ini, BapaNya menyanjungiNya jauh melebihi segala malaikat di syurga (Flp 2:5-11). Adakah kamu langsung seperti Dia?