30:15
Si lintah kuda ada dua anak perempuan, yang berseru, Beri, beri. Ada tiga hal yang tidak pernah dipuaskan, ya, empat hal yang tidak pernah berkata, Cukup.
Lintah, atau penghisap darah, boleh mengajarmu hikmah. Lintah tidak pernah berpuas hati. Ia selalu mahu lagi. Tidak kira apa pun yang diberi, ia tidak pernah mencukupi. Lintah akan dengan rela menghisap banyak darah keluar daripada mangsanya. Berapakah dirimu berpuas hati? Atau adakah dirimu si lintah?
Amsal boleh jadi kata-kata pujangga (Ams 1:6). Ia kerap kali tidak terus terang (Yoh 16:25,29). Ia mahu membuat kamu berfikir untuk menikmati penafsirannya dengan betul dan untuk mengingati pelajarannya. Nabi Agur yang berilham memakai metafora untuk mengajar suatu pelajaran yang penting. Allah telah menciptakan lintah, atau penghisap darah, dan Dia boleh dengan sempurna memakai ciri yang paling istimewa kepada kehidupanmu.
Mengapakah ia biasa untuk memanggil orang yang tidak puas hati atau yang tamak sebagai si lintah, atau si penghisap darah? Kerana itulah apa yang Allah memanggil mereka di dalam Alkitab! Agur telah menulis kata-kata itu sekurang-kurangnya 3,000 tahun dahulu, dan Alkitab telah membawa pelajaran ini ke kebanyakan bahasa dan bangsa. Tawaran Puteri Hikmah akan hikmah sungguh berada bagi manusia (Ams 1:20-21; 8:1-5; 9:1-6). Akankah kamu mempelajarinya?
Kamu faham pelajaran amsal ini melalui kata-katanya dan konteksnya. Kata-katanya memperkenalkan empat perkara dalam kehidupan yang tidak pernah puas hati, empat perkara yang selalu mahu lagi. Konteksnya menyenaraikan empat perkara – kubur, rahim yang mandul, tanah yang kering, dan api. Kamu dengan mudah tahu pelajarannya adalah berkenaan hal-hal yang tidak pernah puas hati, tidak dapat diredakan atau tidak dapat dipuaskan.
Apakah lintah kuda? Ia merupakan binatang akuatik yang menghisap darah serupa dengan pacat tetapi lebih besar. Ia memasang dirinya kepada lidah dan hidung kuda ketika kuda minum air bertakung di kawasan paya atau kolam di kawasan Timur Tengah. Sesetengah daripada mereka boleh menyimpan darah mangsanya sehingga lima kali jisim tubuh dirinya. Sesudah diisi penuh, ia akan jatuh.
Allah dan Agur bukan nak mengajar sains veterinar di sini, maka kamu tahu bahawa mereka sedang memperkenalkan orang dan perkara yang tidak pernah puas hati, yang selalu mengingini lebih, dan yang tidak pernah berasa senang kerana mencukupi. Agur sedang memulakan senarainya-senarainya yang ada empat perkara masing-masing, yang menjadi kebanyakan isi bab ini (Ams 30:11-31). Si penghisap darah ialah pengenalan yang baik, kerana manusia masih memakai itu untuk menjelaskan orang yang tidak boleh dipuaskan.
Apakah dua anak perempuan? Ada lebih banyak hal atau orang yang berperangai sama, yang ditandai Alkitab dengan merujuk kepada mereka sebagai anak-anak (Yeh 16:44-45; Mat 23:31; Yoh 8:44; Kis 7:51). Maksud dua tidak melebihi maksud tiga, walaupun Agur merancang untuk menyenaraikan empat! Kecuali kata nama atau konteks mewajibkan kepentingannya, nombor itu tidak relevan (2Raj 9:32).
Amsal yang samar-samar ini mengajar suatu peraturan yang sungguh berkuasa untuk kehidupan. Di sinilah hikmah yang ajaib daripada Allah. Jika kamu belajar pelajaran ini, kamu boleh berbahagia dan bersyukur mulai hari ini, kamu boleh mengelak jerat iklan-iklan dunia, kamu boleh menjaga dirimu daripada banyak dosa, kamu boleh bangkit melebihi orang dunia yang kaya dan yang terkenal, dan kamu boleh berpuas hati dengan kehidupan siang dan malam.
Kepuasan ialah suatu pilihan dan suatu peraturan (1Tim 6:6; Ibr 13:5). Ia pilihan untuk percaya kepada Allah bahawa kamu memiliki apa yang Dia ingin kamu memiliki dan untuk kamu bersyukur. Dia memerintahkannya kerana Dia mahu kamu berbahagia dengan rancanganNya bagimu. Tidak seorang pun yang dapat mengambil kepuasan daripada dirimu sesudah kamu memilihnya; dan itu tidak bersangkut paut dengan hal keadaan, kerana ia pola fikir yang dipilih.
Dengarlah arahan Paulus kepada Timotius, “Kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan besar” (1Tim 6:6). Adakah kamu ingin memiliki keuntungan besar dalam kehidupanmu? Kamu boleh mencapainya sekarang juga, pada saat ini juga. Pilihlah untuk menjadi puas hati dengan ketinggianmu, ibubapamu, kerjamu, pasanganmu, rupa parasmu, bangsamu, anak-anakmu, apa yang ada di dalam peti sejukmu, keretamu, dan sebagainya.
Kepuasan ialah kelakuan yang dipelajari. Ia pola fikir yang kamu pilih, dan kemudian kamu mengusahakannya untuk menjadikannya suatu tabiat. Paulus belajar untuk menganggap dirinya kenyang, meskipun lapar (Flp 4:11-13). Daripada menghajatkan sebuah rumah yang berbeza, jadikanlah rumahmu rumah yang paling bahagia dan yang paling menyenangkan yang dapat kamu miliki. Daripada mengingini pasangan yang berbeza, sayangilah orang yang kamu miliki.
Kedambaan ialah kelakuan yang bertentangan dengan kepuasan. Ia mengingini apa yang kamu tidak ada sehingga ia menyusahkan hatimu dan mindamu dan/atau membawa kepada pertimbangan akan dosa untuk memperolehnya. Dosa-dosa ketakaman dan nafsu tidak akan membiarkan dirimu bahagia, kerana ia membuat kamu memikir tentang apa yang kamu tiada supaya kamu membenci hal-hal yang kamu ada yang dapat menjadikanmu bahagia.
Seseorang lelaki yang berkhayal untuk bersetubuh dengan jirannya atau model-model pornografi yang dilihatnya ialah si bebal yang masokis [suka mendera diri sendiri]. Dia tidak dapat memiliki perempuan nafsunya (mereka tidak akan mahu menerimanya juga!), maka dia geram selalu. Ini menyebabkan dirinya tidak menyukai perempuan yang telah Allah beri kepadanya, yang lebih daripada mencukupi untuk memuaskannya, jika dia hanya memilih untuk mengasihi dan melabur dalam kehidupannya.
Sifat dosamu daripada Adam mendamba dan bernafsu untuk segalanya yang tidak dimilikimusehingga kamu kehilangan apa yang kamu ada. Kanak-kanak membuka hadiah satu demi satu dengan sukar menanggapi apa yang telah diberi kepada mereka, dan hanya bertanya, “Ada apa lagi?” Iklan-iklan dan pasaran massa dibentuk untuk menyalakan nafsu-nafsu itu, dan rakan sebaya di sekolah hanya menambah lagi nafsu-nafsu itu.
Dagingmu memiliki banyak anak perempuan bernafsu dengan ketamakan yang tidak dapat dipuaskan, yang harus dimatikanmu (Ayb 15:16; Efe 4:17-19; Kol 3;5-7). Kekayaan tidak akan memuaskan orang yang memilikinya, sehingga itu telah membinasakannya (Pkh 5:10; 1Tim 6:7-10). Perempuan tidak akan memuaskan lelaki yang mendambakannya, dan kedambaan itu membinasakannya (Hak 16:16-17; 1Raj 11:1-11; Pkh 7:26-28). Bencilah segala aduan dan rungutan dalam dirimu dan di dalam orang lain, dan belajarlah kepuasan dengan kesyukuran.
Satu-satunya selera rakus yang kamu patut ada adalah untuk kemuliaan Allah dan berkat-berkat rohani (Kej 32:26; Mat 5:6; Rom 9:1-3; 10:1; 1Kor 12:31). Jika Allah Sendiri menjadi keinginanmu dan bahagianmu dalam kehidupan, maka Dia akan merawati kedambaan-kedambaan nafsumu dan membawa kepuasan yang tidak terbandingkan di seluruh dunia (Maz 73:25-26; Ams 3:13-18; Flp 3:8; Ibr 11:24-26).