Amsal · Proverbs

30:26
Arnab itu suatu bangsa yang lemah, namun mereka membuat rumah mereka di dalam batu;

Adakah kamu sebijak seekor arnab? Agur yang berhikmah itu memakai empat binatang yang kecil untuk mengajar murid-muridnya hikmah yang besar (Ams 30:1,24). Semut berhemat menabung bagi masa depan (Ams 30:25). Belalang juta tahu ada kuasa dalam bilangan besar (Ams 30:27). Labah-labah melalui ketekunan pergi ke mana kebanyakan orang tidak dapat pergi (Ams 30:28). Kaum arnab secara berhikmah mengelak risiko dan kerugian dengan memilih perlindungan yang selamat dan yang kuat.

Evolusi ialah bohong yang terkutuk dari neraka yang dipercayai oleh para pembenci Allah selepas Allah menggelapkan minda mereka (Rom 1:18-25; 1Tim 6:20-21). Allah menciptakan segalanya yang hidup, dan kebanyakan hikmah dapat diperoleh melalui penelitian ciptaannya. Si lamban dapat belajar keberhasilan semut (Ams 6:6-8). Orang yang selalu takut dapat belajar dengan mempertimbangkan bagaimana Allah membela burung dan bunga (Mat 6:25-32).

Apakah itu “coney” dalam Alkitab Versi King James? Ia suatu arnab, yang dahulu kala secara sesuai dan semulajadi telah dipanggil sebagai coney. Bangsa arnab yang dirujuk oleh Agur bagi amsal ini hidup di gua dan celah-celah gunung batu di beberapa kawasan di bumi. Tanpa kemampuan untuk mempertahankan diri, selain daripada kelajuan, mereka yang lemah ini membuat rumah di celah-celah batu di mana mereka dapat lari untuk perlindungan.

Apakah pelajaran hikmah yang dapat diperoleh di sini bagi dirimu? Ketika terdedah kepada bahaya atau risiko, kamu harus secara berhikmah menyembunyikan dirimu daripada ancaman itu (Ams 22:3; 27:12). Daripada mendedahkan diri secara bebal kepada celaka, kamu harus melindungi dirimu sendiri daripada kerugian dengan memakai apa pun cara yang ada. Kamu sendiri bukan sangat kuat, jadi kamu harus mencari perlindungan yang lain.

Pertimbangkan beberapa contoh. Kehidupanmu itu lemah, dan keluargamu akan menderita jika kamu kematianmu awal. Insuran kehidupan dapat menyediakan suatu harta pusaka bagi mereka, jika kemungkinan kematian awal itu menjadi kenyataan. Kesihatanmu itu lemah, dan harga perubatan pada zaman kini dengan mudah dapat menghanguskan semua wang simpananmu. Insuran perubatan dan kesihatan dapat melindungimu daripada kecelakaan itu. Inilah cara suatu bangsa yang lemah dapat membuat rumah mereka di dalam batu. Mereka beroleh keselamatan.

Rumahmu itu juga lemah, sementara suatu tornado [ribut angin yg sangat kuat dgn tiupan anginnya kencang berpusar-pusar] dapat meniupnya hilang, atau suatu kemalangan pembakaran api menghanguskan rumahmu sehingga menjadi debu. Insuran rumah ialah apa yang dilakukan orang berhikmah untuk melindungi terhadap suatu kerugian yang sebegitu besar. Keretamu nampaknya keras, tetapi ketika melanggar suatu kereta yang lain, kedua-duanya dapat dengan mudahnya kemek, dan ini juga menunjukkan kereta itu lemah, jadi kamu memerlukan insuran untuk melindungi keretamu daripada kerugian yang besar.

Jika kamu hidup di kawasan yang banyak jenayah, kamu berpindah ke tempat yang lebih selamat, memasang sistem pengawal, mendapatkan seekor anjing garang, atau membenarkan seorang saudara untuk menumpang di dalam rumahmu. Jika kamu memiliki suatu perniagaan, kamu membeli insuran liabiliti terhadap suatu generasi yang suka menyaman orang ke mahkamah, iaitu orang yang tidak ada apa pun penyesalan untuk merosakkan perniagaanmu. Jika perniagaanmu akan menjadi sangat terjejas oleh kematianmu atau peninggalan mana-mana pegawai tinggi dan pekerja yang lain, kamu memperoleh insuran kehidupan yang besar yang direkabentukkan untuk kemungkinan sebegini.

Sesetengah orang Kristian belum diajar hikmah Alkitab, jadi mereka fikir bahawa mereka harus hidup cukup-cukup untuk seharian sahaja. Mereka menuduh orang yang membeli insuran sebagai orang yang tidak beriman dan tidak percaya kepada Allah. Mereka fikir diri mereka sebagai orang yang sungguh rohani dengan pembacaan Alkitab dan dengan berdoa sementara mendedahkan keluarga mereka kepada pembinasaan dan agama Kristian kepada pengolok-olokan. Mereka tidak pernah membaca Amsal, tempat yang Solomo berulang-ulang memberi amaran untuk mengurangkan mana-mana risiko secepat semungkin dalam cara apa pun.

Fikir secara rohani. Adam, dosa bapa leluhurmu dan dosa dirimu telah menjadikanmu sungguh lemah, dan tanpa kekuatan di hadapan Allah. Kamu terdedah kepada bahaya yang sungguh dahsyat. Tetapi syukur kepada Allah, Yang telah mengutus Yesus Kristus untuk mati bagi orang pilihanNya di dalam keadaan mereka yang lemah (Rom 5:6-21). Lari ke Batu Yesus Kristus untuk keselamatan dan dapatkan jaminan keselamatan bagi masa depanmu dengan membina rumahmu di atas batu firmanNya (1Kor 10:4; Mat 7:24-27; Ibr 6:18; Maz 62:7; 94:22).