30:27
Belalang juta tidak mempunyai raja, namun mereka semua maju berpasukan;
Di sinilah satu amsal yang hebat di dalam sepuluh perkataan. Ia mudah, menarik minat, dan mengandungi pelajaran tersirat yang besar hikmahnya. Belalang juta mengajar kita bahawa berkumpulan lebih baik daripada berindividu, bahawa ada kuasa di dalam bilangan dan kesatuan. Tanpa pemimpin, ia berhijrah dengan kawanan yang besar dan teratur dan masih dapat menakutkan manusia pada hari ini. Dapatkah kamu belajar hikmah belalang juta ini?
Empat makhluk kecil mengajar pelajaran-pelajaran hikmah yang sungguh berkesan bagi kejayaanmu di dalam kehidupan (Ams 30:24-28). Di sinilah belalang juta padang gurun, yang hidup di kawasan berdekatan Israel. TUHAN Jehovah memberi kepada belalang juta suatu ciri yang istimewa untuk mengajar kamu hikmah, dan nabi Agur menyatakan hikmah ini di sini bagi pembelajaranmu (Ams 30:1). Sanggupkah anda belajar daripada makhluk yang kecil?
Belalang juta biasanya menjalani kehidupan yang sangat sunyi, diam, dan bersendirian. Ia sungguh malu kecuali keluar seketika untuk mengawan. Ia terbang pada waktu malam dan mengelak belalang yang lain dan sungguh puas untuk bersendirian. Sifatnya cukup perlahan dan ini menjadikannya tidak berbahaya. Tetapi apabila ditempatkan di situasi yang padat dengan belalang juta yang lain, oleh sebab keadaan ekologi atau keperluan untuk mencari makanan, ia berubah secara mendadak untuk menjadi makhluk yang sungguh sosial.
Perubahan sifat yang radikal ini ialah ciri istimewa belalang juta. Tambahan pula, fisiologi dan warnanya juga berubah untuk menandakan kelakuan yang baru ini. Ia sekarang ingin berkawanan, dan ia melakukannya secara sungguh teratur dan kadang-kala ada berbilion-bilion belalang yang terlibat bersama. Perubahan ini sebegitu ketara sehingga ia telah disalah-anggap sebagai dua jenis binatang yang berlainan sehingga baru-baru ini!
Secara saintifik, seekor belalang juta yang berkelakuan sunyi itu dipanggil sebagai solitarious iaitu sikap suka menyendiri. Apabila ia mengalami perubahan kelakuan yang besar dan menjadi suatu makhluk yang sungguh ingin berkawanan, secara saintifik, ia dipanggil sebagai gregarious iaitu sikap suka berkelompok. Gregarious dipakai untuk bermaksud suka berkawan, berkelakuan sosial, suka berinteraksi, dan suka aktiviti berkumpulan.
Walaupun hanya tiga inci panjang dan seberat dua gram, seekor belalang juta boleh makan makanan yang sama berat badannya setiap hari. Ia dapat mencapai had kelajuan tertinggi sebanyak 32 km/sejam, dan dapat terbang sejauh 120 km sehari. Dengan berkawanan, ia dapat memusnahkan satu negara, sementara memakan apa pun yang dapat dimakan menerusi laluannya.
Pernah ada suatu kawanan belalang juta yang menutupi 3200 kilometer persegi yang melalui Lautan Merah (Lautan Tebrau) pada tahun 1889, dan ia dianggar untuk mencapai berat 500,000 tan dan mengandungi 250 bilion ekor belalang. Berkawanan masih berlaku pada hari ini dan ia menjadi suatu ancaman yang serius kepada pertanian dari Afrika Utara sampai ke Asia.
Allah Yang Berbahagia memanggil makhluk-makhluk ini sebagai pasukan tenteraNya, dan Dia telah menerangkan kelakuannya dan kemampuannya untuk membinasa dengan sungguh teliti (Yoe 1:4-7; 2:1-11,25). Dia pernah mengutus tentera ini ke Mesir dahulu untuk menggalakkan Firaun melepaskan umat IsraelNya supaya dapat pergi ke Kanaan. Hasil daripada itu penuh dengan pemusnahan (Kel 10:3-6, 12-19). Belalang juta itu menutupi matahari dan memakan semua yang berwarna hijau. Allah memerintah belalang juta (2Taw 7:13). Dan Dia telah menciptakan sifat bermasyarakat belalang itu.
Hikmah sebagai pelajaran di sini ialah kelebihan yang ada di dalam bilangan dan kesatuan. Hidup bermasyarakat lebih baik daripada hidup keseorangan. Salomo pernah memikir, “Dua lebih baik daripada satu - dan tiga utas tali berpintal tidak mudah diputuskan” (Pkh 4:9-12). Setiap orang yang mempunyai pasangan yang senonoh tahu bahawa perkahwinan memang lebih baik daripada berkeseorangan (Kej 2:18; Pkh 9:9). Fakta ini jelas nyata kepada orang berhikmah, meskipun ada leteran moden tentang berkat dan akhlak mulia membujang.
Ada empat kelebihan kepada masyarakat manusia, atau pengumpulan individu-individu ke dalam suatu kumpulan (Pkh 4:9-12). Pertama, mereka dapat mengongsikan ganjaran jerih lelah dan kemakmuran. Kedua, apabila seseorang ada kesukaran, yang lain dapat membantunya. Ketiga, kemampuan mereka yang saling menguntungkan sesama diri (sinergy) akan menghasilkan keberhasilan yang lebih baik. Dan keempat, mereka boleh menahan serangan musuh yang lebih besar.
Orang yang bersendiri itu pengalah, sebab pilihannya untuk berindividu itu menjamin kesinambungan kekurangannya. Allah telah memilih umat manusia untuk memaksimakan potensi manusia. Perkahwinan ialah berkat yang ajaib kepada yang bujang; suatu keluarga ialah unit sosial yang sungguh mulia, dan begitu juga dengan syarikat, negara, dan gereja. Pertimbangan yang teliti bagi kesihatan sesebuah kumpulan ialah hikmah yang sangat perlu.
Lihatlah tujuan gereja tempatan dengan memakai belalang juta. Orang Kristian bergabung bersama-sama ke dalam persatuan bagi keuntungan-keuntungan yang lebih besar bagi kumpulan tersebut. Berdasarkan empat alasan Salomo itu, mereka dapat berkembang maju secara rohani, apabila mereka memakai sesama diri. Dan para rasul juga mengajar akan hakikat itu (Kis 2:42-47; Rom 15:1-7, 13-14; 1Kor 12:13-27; Gal 6:1-2; Efe 4:16; 1Tes 5:14; Ibr 3:12-13).
Mereka yang memandang remeh hikmah ilahi Allah dan mengabaikan amalan berkumpul ialah orang yang mementingkan diri sendiri dan yang berbahaya kepada tubuh. Mereka harus diputuskan daripada persekutuan, sebab merekalah yang menghalang keberhasilan persekutuan (Ibr 10:23-25; 2Tes 2:15; 3:6). Setiap Kristian yang benar diperlukan untuk menjaga integriti dan kesihatan keseluruhan tubuh bagi keuntungan semua.
Kamu juga harus nampak keperluan bagi sebuah sidang gereja yang karib dan yang bersatu. Apa gunanya sidang gereja yang berpecah menentang sendiri? Ia pasti akan jatuh, seperti yang diajar Yesus (Mat 12:25). Perpecahan di dalam sesebuah keluarga, kota, atau kerajaan akan pasti membawa pembinasaan, maka sesebuah gereja haruslah bersatu (1Kor 1:10). Allah membenci mereka yang menabur perpecahan, dan mereka ini haruslah dikeluarkan daripada persekutuan (Ams 6:16-19; Mat 18:17; Rom 16:17-18).
Tak kira apa pun perasaanmu tentang orang lain, kamu tidak boleh melakukan sebanyak atau sebaik bersendirian kalau dibanding dengan melakukannya dengan bantuan orang lain. Dan kamu akan menjadi lebih gembira di dalam hal ini sebab ada kesukaan yang besar di dalam dinamik kelompok para percayawan, terutamanya apabila disertai kuasa Roh Kudus (Maz 133:1-3). Biarlah Allah dan belalang juta benar!
Hai para pembaca, adakah kamu memiliki hikmah belalang juta? Adakah kamu memahami nilai masyarakat manusia? Adakah kamu memaksimakan perkahwinanmu? Meninggikan keluargamu? Membina gerejamu? Menambahbaikkan syarikatmu? Menyatupadukan negaramu? Tahukah kamu bagaimana mengubahkan kecenderungan individumu itu supaya dapat melayani keperluan kumpulan? Belalang juta mengajar akan hal-hal tersebut, dan ia tidak memerlukan seorang raja untuk memaksanya untuk melakukannya. Ia melakukannya dengan ketaatan kepada Penciptanya.