Amsal · Proverbs

31:3
Jangan menyerah kekuatanmu kepada perempuan, dan juga jalan-jalanmu kepada apa yang membinasakan para raja.

Pelacur dapat membinasakan raja; betapa banyak lagi lelaki biasa? Seorang pemaisuri yang merupakan ibu merayu kepada anaknya Raja Lemuel seperti mana seorang ibu hanya dapat berbuat dan memberi amaran kepadanya berkenaan suatu ancaman yang besar kepada nyawanya dan pemerintahannya – perempuan yang jahat (Ams 31:1-3). Setiap ibu yang baik akan cukup-cukup memberi amaran kepada anak-anak lelakinya.

Para raja, yang demi kuasa dan kekayaan, merupakan objek-objek untuk digodai oleh perempuan sundal. Para raja, melalui kuasa dan kekayaan, hidup dengan mewah, yang membuka peluang untuk hidup dengan gasang dan memuaskan nafsu mata dan nafsu daging. Ibu yang hebat ini memandang hina pelacur dan memberi amaran kepada anak lelakinya terhadap mereka.

Para raja memerintah bangsa-bangsa, menubuhkan angkatan askar, dan menakhluki kerajaan lain. Raja ialah

pemerintah yang paling hebat di dalam sejarah. Mereka membuat keputusan yang besar yang memberi kesan kepada kehidupan orang yang di dalam dan di luar kerajaan mereka. Mereka mempunyai kekuasaan yang mutlak ke atas hidup dan mati setiap rakyat mereka. Untuk mempengaruhi seorang raja bermaksud seseorang dapat mempengaruhi bangsa-bangsa dan kehidupan berjuta-juta orang. Bagi seorang raja untuk main cinta dengan seorang perempuan bermaksud dia menyerahkan kekuatan, tanggungjawab, dan kehormatannya kepada nafsunya yang paling rendah.

Berapa banyak raja sudah dibinasakan oleh perempuan jahat yang memberi kesan kepada keputusan mereka? Atau mungkinkah ia lebih mudah untuk tanya berapa banyak raja yang tidak terjebak sedemikian? Ancaman itu benar; catatan sejarah gelap; kesan-kesannya dahsyat. Raja, dan semua lelaki yangberkuasa, harus menjadi lebih tegas dan kuat dalam hal menolak godaan perempuan daripada lelaki yang lain. Kuasa itu suatu penggalak syahwat dan peluang bagi daging. Bagi kedua-dua perhitungan tersebut, lelaki yang dalam kepimpinan itu haruslah berwaspada. Mereka harus menyangkal daging untuk memelihara diri mereka sendiri, jawatan mereka, dan tanggungjawab mereka.

Ibu kepada raja Lemuel mengenal perempuan yang baik, sebab dia telah menyurat suatu takrif yang paling luhur tentang perempuan terbaik yang dinyatakan dalam Alkitab (Ams 31:10-31). Dia ingin anak lelakinyaiaitu raja untuk memiliki hanya satu perempuan – perempuan yang berakhlak mulia, dan takut akan Allah – untuk dijadikan isterinya. Dia tidak menginginkan suatu harem [tempat tinggal gundik-gundik raja] baginya. Dia menolak fikiran tentang perempuan simpanan. Dia memandang hina para gundik. Dia tahu bahawa kejayaan anak lelakinya bergantung kepada satu perempuan hebat sebagai isterinya. Pertimbangkanlah ini dengan baik, para lelaki.

Simson merupakan hakim Israel, tetapi persuhabatan Delila menjatuhkannya kepada suatu pembinasaan yang teruk. Daud memiliki harem para isteri, tetapi selepas memperisterikan isteri salah seorang kawan rapatnya membawa dia kesesakan yang sungguh dahsyat, hampir membinasakan kerajaannya, dan telah merugikannya dengan teruk sampai akhir hayatnya. Anaknya Solomo mengikuti teladan buruk Daud sedang kala menentang hikmahnya sendiri dan akhirnya meninggalkan suatu kesaksian yang memalukan dan yang aib di dalam Alkitab (1Raj 11:1-11; Neh 13:26).

Apakah yang dapat dikatakan tentang pemerintah yang sebegitu bebal seperti Julius Kaisar dan Marc Anthony, yang telah digodai dan dibinasakan oleh pelacur Mesir itu, Cleopatra? Hanya Augustus tahu bagaimana nak melayannya, jadi Cleopatra buat apa yang paling baik bagi semua pihak lalu membunuh diri. Buku sejarah yang berjilid-jilid telah tercatat tentang penzinaan diraja dan skandal seks dari zaman Babel kuno sampai ke zaman Kaisar dan para paus Rom sehingga ke pemerintahan keturunan raja Edward di England. Perempuan telah membinasakan banyak penguasa.

Apakah pelajaran-pelajaran di sini? Ibu yang hebat terang-terang memberi amaran kepada anak-anak lelaki mereka tentang bahaya perempuan sundal. Lelaki yang hebat, terutamanya yang dalam kedudukan kekuasaan atau kepimpinan, harus mengambil langkah-langkah yang lebih cermat supaya berwaspada terhadap ancaman yang membahayakan ini. Dan jika perempuan dapat membinasakan para penguasa yang berbakat dalam pelbagai cara, maka lelaki biasa haruslah lebih berhati-hati. Perempuan yang baik akan sedar akan kuasa seksual mereka dan memakainya dengan setia untuk tujuan yang benar bersama suami.

Hanya ada satu Raja yang tidak pernah digoyahkan kejahatan ini. Raja ini mengasihi kewajaran dan membenci kedurjanaan dan selalu memerintah dengan kewajaran (Ibr 1:8-9). Daud menulis tentang keturunan benihnya yang jauh mendatang, “Dia yang memerintah atas manusia haruslah benar, dan memerintah dalam takut akan Allah. Dan dia akan menjadi seperti cahaya pada waktu pagi, ketika matahari menyinsing, bahkan suatu pagi yang tiada awan; dan seperti rumput yang lembut yang bercambah keluar dari tanah bumi oleh sinaran terang selepas hujan” (2Sam 23:3-4).

Yesus Kristus ialah raja yang sempurna itu. Sedang kala digodai dalam semua cara seperti orang lain, Dia tidak pernah berdosa (Ibr 4:15). Walaupun banyak perempuan mengikutinya dengan kesetiaan yang besar, Dia hanya mengenal mereka sebagai para pendosa yang sudah bertaubat. Dia hanya dipengaruhi oleh kesayangan kekal dan keghairahan bagi satu-satunya kekasihnya yang sejati – orang pilihan Allah Bapa yang dijadikan isterinya (Maz 45:10-17; Yer 31:3; Efe 5:25-27; Wah 19:5-9). Percayalah dan taatilah satu-satunya Raja yang betul-betul dapat menyelamatkan nyawamu.