Amsal · Proverbs

31:4
Ia bukan bagi para raja, wahai Lemuel, ia bukan bagi para raja untuk meminum wain; dan bagi para penguasa untuk meminum minuman keras:

Pangkatmu menentukan berapa banyak minuman keras yang kamu patut minum. Allah Yang Maha Kudus dalam Alkitab membenarkan pemakaian wain dan minuman keras dengan sederhana; tetapi Dia mengutuk kemabukan, dan Dia memberi amaran kepada semua lelaki yang berpangkat pemimpin untuk berhati-hati meskipun minum tanpa jadi mabuk. Para penguasa harus ada segala deria mereka cergas dan berwaspada untuk melaksanakan jawatan-jawatan mereka dengan baik (Ams 31:5).

Kata-kata ini ialah nasihat daripada ibu pemaisuri kepada anak lelakinya, Raja Lemuel (Ams 31:1-3). Sama ada Raja Lemuel merupakan Salomo dan ibu pemaisuri ialah Batsyeba ataupun tidak tidak dapat dibuktikan. Tetapi kata-kata ini ialah hikmah berilhamkan Allah, dan ia dikepilkan kepada amsal-amsal Salomo kerana nasihat yang mengandungi dua godaan yang dihadapi raja – perempuan dan wain.

Wain dan minuman keras adalah baik, ketika dipakai dengan baik (Ula 14:26; Maz 104:14-15; Pkh 10:19). Ibu pemaisuri menyelitkan lagi pemakaian wajarnya dalam amaran ini (Ams 31:6-7). Wain tidak lebih jahat daripada makanan. Penyalahgunaan yang satu dipanggil sebagai kemabukan, dan penyalahgunaan yang satu lagi dipanggil sebagai sikap gelojoh/lahap. Kedua-duanya berdosa di pandangan Allah. Rasa santai dan senang hasil memakai wain dengan sederhana ialah pemberian daripada Allah kepada manusia (Hak 9:13). Biar Allah benar, tetapi setiap orang pembohong!

Seorang raja yang baik harus memerintah dengan adil dan saksama, jadi dia harus selalunya cergas dalam segala kegiatan penaakulan (Ams 16:12; Ima 19:15; Ula 16:18-20; 2Sam 23:3). Wain dan minuman keras, oleh alkohol yang terkandung dalamnya, menenangkan sistem saraf pusat dan dapat menghambat daya ingatan, menumpulkan kemampuan membuat keputusan, atau mengaburkan budi bicara moral melalui pelemahan kawalan diri yang biasanya ada (Ams 23:33). Para penguasa tidak boleh membenarkan ini terjadi, oleh itu, mereka ada had peminuman yang lebih tegas daripada orang lain.

Petikan ini tidak mengutuk pemakaian alkohol bagi para raja. Melkisedek dan Yesus, dua-dua orang yang merupakan Raja dan Imam yang hebat, meminum wain (Kej 14:18; Luk 7:33-34). Amaran ini adalah terhadap para raja yang meminumi wain dan minuman keras dengan kebebasan yang sama dengan orang lain. Oleh sebab mereka bertanggungjawab untuk memerintah, maka mereka harus mengamalkan penguasaan diri yang lebih besar. Fahamlah maksud kata-katanya!

Ada tiga tahap peminuman wain dalam Wasiat Baru. Ahli gereja dapat menikmati wain dengan bebas, tetapi dengan tanpa kemabukan (Efe 5:18). Para diaken tidak patut menyerahkan diri kepada banyak wain; biskop, atau pastor, tidak harus menyerahkan diri kepada wain (1Tim 3:3,8; Tit 1:7).Perempuan tua, yakni guru kepada perempuan muda, dihadkan seperti diaken (Tit 2:3). “Tidak menyerah diri” bermaksud para pemimpin ini tidak harus condong atau mudah terpengaruh kepada had wain mereka masing-masing.

Alkitab memang mengajar kebebasan Kristian dan kebebasan peribadi bagi banyak perkara yang neutral di pandangan Allah, seperti sama ada seseorang mahu meminumi alkohol dengan sederhana atau langsung tidak mahu meminumi alkohol. Walau bagaimanapun, Alkitab juga ada had dan peraturan bagi kebebasan Kristian yang diajar dalam Roma 14 dan 1 Korintus bab 6,8, dan 10.

Biar setiap orang mempertimbangkan pangkatnya, dan biar dia mengawal peminumannya dengan wajar. Orang berhikmah, termasuk suami dan ayah pun, tidak akan membenarkan wain untuk mengkompromikan teladan dan peranan mereka di rumah. Yesus Kristus juga telah menjadikan mereka raja dan imam kepada Allah dan BapaNya (Wah 1:6). Dengan itu, setiap lelaki harus terkawal dan berwaspada berkenaan hal alkohol.