31:2
Apa, hai anakku? dan apa, hai anak rahimku? dan apa, hai anak nazarku?
Di belakang setiap lelaki hebat ialah perempuan yang hebat. Dan ia bukan isterinya. Ia ibunya. Tiada perempuan ada pengaruh, peluang, keistimewaan, atau ganjaran seorang ibu.
Kasih dan didikan seorang ibu lebih membentuk akhlak bagi kehidupan daripada sepuluh isteri. Sewaktu seorang lelaki berkahwin, kebanyakan akhlaknya sudah dibentuk. Seorang isteri menerima lelaki yang telah ibunya bentuk dari permulaan, oleh rahmat Allah. Di sinilah seorang ibu diraja yang dengan kasih sedang mencari perhatian anaknya, yang telah menjadi seorang raja. Ibu dan anak haruslah mengambil perhatian.
Ia tidak mungkin untuk membuktikan identiti Raja Lemuel atau ibunya (Ams 31:1). Mereka mungkin Solomo dan Bathsyeba; mereka mungkin tidak. Tetapi kamu tidak memerlukan identiti-identiti mereka untuk dimanfaatkan besar daripada amsal ini. Di sinilah seorang ibu yang sedang menasihati anaknya oleh ilham, jadi kamu harus percaya kepada hikmah yang berilham di tempat lain dalam Alkitab untuk memenuhi butir-butir ayat ini.
Tiga soalan yang berulangan ini tidak penting. Lemuel mungkin telah mohon untuk nasihat, yang mencetuskannya. Ibunya mungkin tengah mencari kata-kata hikmah yang paling elok untuk diberi kepadanya. Dia mungkin tengah-tengah memberi teguran kepadanya kerana kelemahan yang mungkin.
Setiap ibu yang mulia tahu kata-kata ini dengan baik. Dan puncanya dan niatnya! Ia merupakan keinginan yang mendalam yang terpancar daripada hati seorang ibu. Biar setiap ibu Kristian menyalakan ini semula. Biar setiap anak lelaki Kristian dengar dan merasakannya. Di sinilah perlaksanaan keibuan yang berilham.
Kamu boleh menjadi pasti akan sayang kata-kata yang terpilih itu. Dia telah memanggilnya anak, yang bagi ibu-ibu ialah suatu istilah kesayangan, untuk sukacita membawa seorang lelaki ke dalam dunia (Yoh 16:21; 1Kor 11:12). Ia suatu keistimewaan bagi jantina yang lebih lemah untuk memberi seorang lelaki nyawa untuk melakukan hal yang lebih besar.
Dia mengatakan, “Kamu milikku. Allah telah memberikan kamu kepadaku. Kita istimewa di bumi. Tiada orang lain yang dapat menjadi ibumu. Aku yang telah melahirkanmu, dan sekarang kamu seorang lelaki. Aku telah memanjakanmu sebagai anak kesayanganku sejak waktu mengandungmu. Kamu boleh menjadi hebat. Sekarang, dengarlah nasihatku yang terbaik”.
Dia memanggil anak itu anak rahimnya. Dia mengingat apa yang hanya ibu tahu – perjalinan ketika penghamilan, mengandung dan kelahiran. Dia merasakan gerakan pertamanya sebelum nafasnya yang pertama. Dia memakai fakta yang mudah ini untuk menyatakan kesatuan mereka, meluahkan kasihnya, dan mendapatkan perhatiannya.
Dia berkata tentangnya, “Kamu benar-benar aku punya, dan bukan orang lain. Kamu bukan anak angkat. Kamu dariku, di dalamku, dan olehku. Aku bersukacita ketika hamil denganmu. Aku mengandungmu dengan gembira, dan mengasihimu malah sebelum kelahiranmu. Aku memberimu khasiat di dalam tempat yang tersembunyi. Aku rasa setiap denyutan jantungmu. Aku dengan rela memberimu nyawa dan nafas pada waktu melahirkanmu. Sekarang, dengarlah nasihatku yang terbaik”.
Dia memanggil anak itu anak nazarnya. Selain janji nikah, dia ingat waktu menyerahkan anak itu kepada Tuhan, seperti yang dilakukan Hana. Dia mengingatkan anak itu banyak doa dan banyak janji yang telah dibuatnya kepada Allah untuk mendidik anak itu dalam takut akan TUHAN. Dia meluahkan keseriusan hal menjadi hamil dengan anak itu.
Dia berkata, “Kamulah anugerah Allah kepadaku. Aku telah menyerahkanmu kepada Jehovah dan kewajaranNya sebelum melahirkanmu. Aku dengan rela menyerahkanmu balik kepadaNya, Yang telah memberimu kepadaku. Aku telah berdoa bagimu pada waktu itu, dan pada hari ini. Aku tidak mungkin menjadi hamil denganmu tanpa niat yang salih. Sekarang, aku merayu kepadamu untuk memenuhi cita-cita kudus yang telah dihajatkan aku bagimu. Dengarlah nasihatku yang terbaik”.
Solomo pernah menjelaskan tentang ibunya, Bathsyeba, sebagai ibu yang ada banyak kesayangan baginya. Dia menulis di permulaan kitab Amsal, “Sebab aku dahulu – lemah dan satu-satunya yang tersayang di pandangan ibuku” (Ams 4:3). Tidak kira apa pun, ibunya memanjakannya dan mengasihinya. Dia tidak dapat melakukan apa pun dengan salah; dan jika dia berbuat salah, kasih ibunya masih ada baginya. Kasih sayang yang terjamin inilah yang membantu menjadikan lelaki hebat. Ibu yang sayang dengan mudah membezakan diri mereka daripada ibu yang terlampau mengarah dan/atau ibu yang terlampau cekap.
Tongkat dan teguran benar-benar memberi hikmah, dan ibu yang menjauhkan pemakaiannya akan membawa malu kepada diri sendiri (Ams 29:15). Permohonannya dalam amsal ini memimpin kepada ajaran (Ams 31:1), dan Lemuel punya ibu dengan cepat maju kepada nasihat teguran (Ams 31:3-31). Tetapi ibu ini telah bermula dengan rayuan yang lemah-lembut daripada seorang ibu. Dia membuka arahannya dan amarannya dengan kata pendahuluan yang berdasarkan perhubungan peribadi, biologi, dan rohani dengan anak itu. Mana satu anak lelaki dapat menahan rayuan sebegitu?
Kaum ibu harus mengajar anak lelaki (Ams 1:8; 6:20). Mereka harus mengajar membezakan apa yang baik dan apa yang jahat dari umur kecil. Pelajaran-pelajaran demikian akan kekal. Banyak lelaki ingat semula pada waktu dewasa pelajaran yang berharga yang telah dipelajari daripada ibu mereka. Ibu memiliki anak itu untuk jangka masa yang panjang pada umur pembentukkannya, jadi ibu ada peluang yang berharga untuk membentuk seorang lelaki yang hebat dan yang salih. Ibu, jangan biar keistimewaan ini dibazirkan. Bersyukur kepada Allah untuk jangka masa itu. Kemudian pakailah itu bagi kemuliaanNya dan akhlak mulia yang benar di bumi ini.
Sebalik kerja rumah dari sekolah, yang kurang nilainya bagi kehidupan, ibu yang baik akan menekankan kesalihan dan hakikat kehidupan, seperti yang ibu ini memberi amaran tentang perempuan, wain, dan ketidakadilan (Ams 31:3-9). Dia kemudian membentangkan suatu penjelasan yang paling teliti dan yang paling praktikal tentang jenis perempuan yang dia patut kahwin (Ams 31:10-31). Hanya perempuan berhikmah dapat menangani subjek-subjek ini untuk mengekalkan perhatian lelaki muda; hanya perempuan yang praktikal demikian akan dicari oleh anak lelakinya.
Hana telah bernazar, menjadi hamil, mengandung, melahirkan, menyusu, dan mendidik salah seorang lelaki yang paling hebat di antara yang melayani TUHAN (1Sam 1:11,22-28; Yer 15:1). Dia ada Samuel di pangkuannya kurang daripada umur lima tahun. Tetapi dia bersembahyang kepada TUHAN pada umur yang kecil itu (1Sam 2:28). Betapa mulianya ibu itu! Betapa hebatnya anak itu! Bagaimana? Melalui nazarnya dan rahimnya, dan didikannya, oleh rahmat Allah.
Lois mendidik seorang anak perempuan, Eunike, untuk menjadi ibu yang salih. Bersama-sama, mereka membentuk Timotius yang muda itu dengan iman dan firman Allah (2Tim 1:5; 3:15). Mereka sebegitu berjaya sehingga Paulus mengisytiharkan Timotius sebagai pelayan yang paling dipercayainya dalam Wasiat Baru (Flp 2:19-23).
Berapa hebatnya Obed, dengan adanya Naomi dan Rut sebagai nenek pengasuh dan ibu (Rut 4:13-17)? Siapakah yang mendidik Daud untuk menjadi lelaki yang rohani, berbudi baik, tabah hati, benar, dan setia? Mungkinkah ia pengaruh dua perempuan ini, yang berlangsung sampai dua generasi kemudian?
Jika adanya lebih Hana, tidak mungkinkah adanya lebih Samuel? Jika ada lebih Eunike, tidak mungkinkah adanya lebih Timotius? Dapatkah seorang nenek dan ibu membentuk lagi seorang Daud? Mengapakah pembentukan akhlak menjadi suatu matlamat yang kurang mendapat perhatian dibandingkan sekolah atau sukan?
Hai ibu Kristian, jika kamu mahu anak seperti Samuel atau Timotius, kamu haruslah menjadi seorang Hana atau Eunike. Jika kamu fikir dengan suntuk, iaitu menjadi ibu yang hanya memberi makan, mengenakan pakaian kepada anak, dan mengusahakan anak lelakimu sampai ke universiti, kamu akan melepaskan kemuliaan-kemuliaan demikian. Kemuliaan-kemuliaan itu hanya disimpan bagi perempuan yang hebat.