Amsal · Proverbs

4:11
Aku telah mengajarkan jalan hikmah kepadamu; aku telah memimpinmu dalam jalan-jalan yang betul.

Hai ayah! Hai ibu! Pertimbangkanlah orang tua ini yang yakin dan yang mulia. Betapa hebatnya tuntutan itu! Dapatkah kamu berbicara secukup berani dan secukup berakhlak mulia seperti Solomo tentang arahan yang telah kamu beri kepada anak-anakmu?

Bacalah amsal ini sekali lagi. Akankah kamu mampu mengucapkan kata-kata ini pada akhir hayatmu? Dapatkah kamu menyatakannya pada hari ini? Akankah Allah dan anak-anakmu bersetuju denganmu? Apakah yang telah kamu buat bagi anak-anakmu pada hari ini? Berkat Allah dan kejayaan anak-anakmu bergantung kepada itu.

Sudahkah kamu mengajar anak-anakmu bagaimana untuk memiliki kehidupan yang panjang umur dan yang makmur (Ams 4:10)? Sudahkah kamu mengajar mereka bagaimana untuk mengelak peralihan perhatian, masalah, dan jerat kehidupan (Ams 4:12)? Hai kaum ibu, kamu juga tidak terlepas daripada tugas dan keistimewaan ini (Ams 1:8; 4:3; 6:20; 31:1-2).

Amsal ini ada tiga pelajaran – tugas, isi, dan keyakinan keibubapaan dan pengajaran yang baik. Bacalah kata-kata Solomo, dan lihatlah ketiga-tiga pelajaran itu, dan bertekad untuk memakai pelajarannya pada hari ini. Kamu harus mengajar; kamu harus mengajar apa yang betul; kamu harus melakukannya dengan yakin.

Siap sekolah menengah atau mendapat ijazah institusi pengajian tinggi tidak mengagumkan Allah, dan ia juga tidak banyak membantu anak. Banyak orang pagan ada ijazah institusi pengajian tinggi, dan kebanyakan siswazah adalah orang pagan. Hanya 1% daripada orang kudus di sejarah memikir untuk pergi ke institusi pengajian tinggi. Orang humanistik dengan matlamat-matlamat duniawi sistem pendidikan adalah asing kepada Syurga dan kejayaan sejati. Roh cemerlang Daniel dan iman yang tidak berpura-pura dalam Timotius ialah apa yang harus kamu pupuk.

“Jalan hikmah” dan “jalan-jalan yang betul” bercanggahan dengan pendidikan sastera liberal [kemanusiaan]. Hal-hal ini yang menyenangkan Allah dan manusia dalam kehidupan, tidak lagi diajar. Skop dan turutan mata pelajaran sekolah-sekolah pada zaman ini ialah kurikulum dari neraka untuk menghasilkan budak-budak humanisme [fahaman kemanusiaan]. Hai ibubapa, kamu harus mengajar hikmah salih dan pengetahuan sejati di rumah. Pastor tidak bertanggungjawab untuk itu, kerana beberapa jam seminggu tidak akan mendekati arahan-arahan harian ibubapa yang setia.

Adakah anak-anakmu berbudi baik? Tekun bekerja? Dengan tenaga dan daya tumpuan yang tinggi? Dengan akhlak yang tidak bercela? Dengan hikmah kewangan? Adakah mereka membenci dosa? Membenci terlambat? Membenci ketidakadilan? Adakah mereka berkemahiran sosial? Orang yang berkomunikasi dengan baik? Bertimbang rasa dan murah hati? Adakah mereka mengenal injil? Jawapan-jawapan untuk soal-soal yang biasa? Bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah dengan Alkitabiah?

Adakah janji mereka seteguh emas? Adakah kata-kata mereka berbelas kasihan dan mengampuni? Berhikmah dan berhemat? Kudus dan suci? Adakah ia disanjungi di dunia benar? Adakah nama mereka dihormati? Adakah mereka mempunyai banyak kawan? Adakah mereka mempedulikan orang lain? Meskipun orang yang tidak dapat membayar balik dengan cara apa pun? Adakah mereka melayani kerajaan syurga? Rela untuk melakukan apa pun bagi gereja pada bila-bila masa?

Hai ibubapa, adakah kamu yakin seperti ayah di dalam amsal ini? Allah tidak memberimu kebenaran untuk kamu meminta maaf baginya atau memperlekehkannya. Bacalah Ayub 32 dan lihatlah keyakinan salih Elihu yang muda itu. Kamu harus berani, dogmatik, dan kritikal, kerana Syaitan dan dunia sedang menambahkan usaha untuk menentangmu dan membinasakan kebenaran. Kamu yang hanya ada jawapan-jawapan yang muktamad, dan kamu harus menyatakannya. Kamu harus menolak apa pun yang bercanggahan (Maz 119:128; Yes 8:20).

Hai kaum ayah, apakah yang akan kamu beri kepada keluargamu pada malam ini? Bacalah satu bab Amsal dan jelaskanlah satu ayat kepada mereka. Sedikit isi kebenaran yang demikian setiap hari akan tidak lama lagi menjadi gunung hikmah. Jika kamu tidak percaya akan ini, perhatikanlah semut di halamanmu (Ams 6:6-11). Kalau dilakukan setiap hari, kamu boleh berbicara dengan berani seperti Solomo. Ia untuk berkat Allah dan kejayaan anak-anakmu.

Pelajarannya di sini bukanlah cadangan untuk ayah – ia perintah (Efe 6:4). Biar setiap lelaki memenuhi pertanggungjawabannya dari Syurga, dan biar dia melihat masa ke masa depan dengan mata iman. Benih salih untuk kemuliaan Allah, pertahanan iman, dan kebahagiaan keluargamu semua berbaloi. Pertimbangkan tugas, isi, dan keyakinan hal mengajar – dan lakukannya!