Amsal · Proverbs

4:10
Dengarlah, hai anak lelakiku, dan terimalah kata-kataku; dan tahun-tahun hayatmu akan diperbanyakkan.

Adakah kamu mengingini jangka hayat yang panjang? Banyak orang gila melanjutkan usia, seperti yang ditunjukkan pemakaian wang dan masa untuk vitamin, perubatan, pembedahan, program diet dan senaman. Amsal ini menawarkan hayat yang panjang, tetapi hanya segelintir yang berminat, kerana ia mewajibkan kerendahan hati dan ketaatan. Kebanyakan orang akan lebih suka membayar untuk plasebo [penawar yang dipakai hanya untuk sedap hati dan bukan semestinya berguna] namun akan terus berada dalam dosa dan keangkuhan.

Daud mengajar Salomo untuk mendamba dan menghargai hikmah (Ams 4:3-9), dan Salomo mengajar anak lelakinya pelajaran yang sama itu (Ams 4:1-2). Oleh penekanan dua generasi – bapa dan datuk yang luar biasa –kepentingan hikmah dijadikan jelas. Salomo kemudian merayu untuk anak lelakinya mendengar dan menerima nasihat kebapaan yang dia sendiri telah diajar supaya berumur panjang.

Salomo berkata, “Dengarlah, hai anak lelakiku”. Manusia ada masalah mendengar nasihat, kerana perasaan, fikiran, gagasan, pendapat, kesukaan, dan matlamat mereka lantang bersuara di dalam fikiran mereka yang bebal itu. Orang lain terlalu sibuk mengejar kesia-siaan dan ketiadaan masa untuk mendengar. Hanya segelintir orang mempunyai hikmah untuk meluangkan masa dan mendiamkan fikiran jahil mereka supaya belajar hikmah daripada orang yang telah dilantik dan diutus Allah sebagai guru (Ams 18:1-2).

Salomo telah berkata, “Terimalah kata-kataku”. Manusia membenci pembetulan, arahan, dan teguran, kerana keangkuhan mereka tidak akan mengakui diri sudah salah. Pembelengguan keangkuhan dan sikap bongkak mengutuki kebanyakan manusia kepada kehidupan yang jahil dan yang gagal (Ams 26:12,16). Mereka tidak boleh belajar, kerana mereka tidak akan menolak gagasan mereka untuk mengakui orang lain lebih berhikmah. Hanya segelintir mempunyai hikmah untuk mengakui kejahilan sendiri dan akan belajar daripada orang lain (1Raj 3:7; Maz 131:1-3; Yer 1:6; Mat 18:3-4).

Allah, ibubapa, dan pastor mengajar hikmah. Dia telah menulis Alkitab, perpustakaan ilahi yang terdiri daripada 66 buku yang dipenuhi dengan hikmah dalam pelbagai bentuk kesusasteraan. Allah memberi ibubapa kepada anak dari permulaan hayatnya untuk membantu anak mengelak masalah-masalah kehidupan. Dan Yesus Kristus mentahbiskan para pastor yang sejati untuk memberi makan kepada umatNya dengan pengetahuan dan pemahaman (Yer 3:15). Ia tugasmu untuk merendahkan dirimu dan gementar di hadapan guru-guru yang ditahbiskan ini (Yes 66:2; Efe 6:1-3; 1Tes 5:20).

Pembelajaran hikmah akan melanjutkan usiamu, dan ia akan memperkasakan lagi kehidupanmu. Ada keselamatan dalam hikmah yang melindungimu daripada bahaya-bahaya kehidupan dan daripada penghakiman Allah dan manusia (Ams 2:18; 3:2,16; 5:5; 7:27; 8:36; 9:11,18; 10:2; 11:4,19; 12:28; 13:14; 14:12,27; 16:14,25; 18:21; 21:6). Dan ada ganjaran dalam hikmah yang membawa kemuliaan dan kehormatan (Ams 3:16; 4:8-9; 22:4). Adakah kamu benar-benar menghargai nilai untuk mendengar dan menerima kata-kata para gurumu?

Hikmah akan melanjutkan usiamu secara alamiah, terutamanya hikmah kata-kata kitab Amsal ini. Di sini ada amaran-amaran terhadap kesan-kesan kebebalan yang memendekkan umur seperti kemalangan, perzinaan, kemarahan, kepahitan, hati terluka, hukuman mati, jenayah, kemurungan, penyakit, penceraian, kemabukan, iri hati, ketakutan, kelahapan, dukacita, perasaan bersalah, disfungsi keluarga, pembunuhan, penyakit kelamin, tekanan, persengketaan, dan keganasan. Ia hikmah untuk mempertimbangkan penyebab-penyebab kematian yang pramatang ini.

Jika kamu memikir bahawa apa yang disebut di atas tidak akan memendekkan umur fizikalmu, maka kamu harus berfikir semula. Sesetengah daripadanya akan membunuhmu secara langsung dan sesetengah lagi akan membunuhmu secara tidak langsung. Sebagai permulaan, hanya pertimbangkan kuasa yang besar akan kesakitan psikosomatik – tubuh hilang fungsi kerana masalah fikiran atau masalah rohani (Ams 15:13; 17:22; 18:14). Perubatan moden mengesahkan bahawa orang yang berpuas hati dan yang berbahagia di dalam perkahwinan yang monogami akan hidup lebih lama daripada pelanggan pelacur dari mana-mana jantina.

Hikmah akan melanjutkan usiamu secara luar biasa dengan menjamin berkat-berkat Allah dan/atau mengelak keadilanNya dan penghakimanNya. Allah Yang Maha Hidup akan memutuskan hayat orang durjana (Maz 55:23; Pkh 7:17), tetapi Dia akan melanjutkan hayat orang benar (Ams 10:27; Maz 34:11-16; 91:14-16; 128:6; 1Tim 4:8; 1Pet 3:8-12). Ingat ganjaran untuk hayat yang panjang kerana mentaati ibubapa (Efe 6:1-3). Ketika Allahmubersampinganmu kerana kamu taat kepada firmanNya dan guru-guruNya, kamu telah berbuat lebih untuk kesihatan dan umur masa depanmu daripada mana-mana program senaman atau program nutrisi.

Pertimbangkan hayat yang singkat para penghuni dunia (Kej 7:21-24), rakyat Sodom (Kej 19:24-25), Er dan Onan (Kej 38:7-10), anak-anak lelaki Eli (1Sam 2:25), Nabal (1Sam 25:38), Ananias dan Safira (Kis 5:1-11), Herodes (Kis 12:23), dan banyak ahli gereja di Korintus (1Kor 11:30). Ini bukan bahan ketawa, kerana kamu melihat itu menerusi Wasiat Lama, dan kamu akan melihat itu di kalangan ahli gereja pun dalam Wasiat Baru.

Salomo ada menulis di tempat yang lain, “Jangan durjana berlebih-lebih, dan jangan pula kamu bebal: harus mengapakah kamu mati sebelum waktumu?” (Pkh 7:17). Ia fakta yang terkenal bahawa kehidupan yang sukar – gaya hidup yang berdosa – memendekkan jangka hayat. Apakah yang akan kamu buat dengan kata-kata guru-guru dalam kehidupanmu? Akankah kamu mendengar dan menerimanya lalu hidup? Atau menolaknya lalu mati?

Hai anak, adakah kamu mendengar dan menerima kata-kata ayahmu? Adakah kamu dengan gembira mendengar ayahmu dan menghargai pembetulannya, arahannya, dan amarannya? Atau adakah kamu membenci ayah kerana rasa ayah tidak mempeduli hikmahmu dan pengalamanmu yang luas benar? Adakah kamu tidak mengendahkannya kerana dia ketinggalan dalam alam duniamu yang bebal dan yang sia-sia? Rendahkanlah dirimu, atau pergilah mati muda (Efe 6:1-3).

Hai kaum bapa, adakah kamu mengucap hal-hal yang berhikmah kepada anak lelakimu dengan kerap kali? Atau adakah kamu hanya membawa balik nafkah, melahu di hadapan televisyen,dan memulaukan diri dalam kenikmatan? Kamu harus mengajar dia hikmah Allah (Maz 34:11; Efe 6:4; Yoe 1:3). Lakukannya, kerana kalau tidak kamu akan menyebabkan anakmu kerugian banyak tahun hayatnya. Mengapakah kamu ingin memperanakkannya awal-awal, jika kamu tidak mahu mengajarnya untuk menjadi berhikmah?

Allah di syurga telah berfirman melalui FirmanNya. Akankah kamu mendengar dan menerima kata-kata itu? Dia telah mengutus pastor untuk memberi makan kepada umatNya daripada firman itu. Akankah kamu mendengar dan menerima kata-kata pastor? Berkat-berkat yang alamiah dan yang luar biasa bergantung kepada pilihanmu. Apakah pilihanmu? Akankah kamu menjalani suatu kehidupan yang panjang dan yang melimpah? Atau akankah kamu diputuskan hayat awal-awal selepas hidup dengan cukup derita?