4:12
Apabila kamu berjalan, langkah-langkahmu tidak akan tersuntuk; dan apabila kamu berlari, kamu tidak akan tersandung.
Adakah kamu memakai belenggu atau pengikat kaki dalam kehidupan sehingga ia menahanmu daripada kejayaan? Adakah kamu tersandung atau terjatuh bagi hal-hal yang dihadapimu, sampai berakhir dalam kepedihan dan masalah? Ada cara yang lebih baik untuk hidup – suatu hidup tanpa banyak kesulitan yang tidak terduga dan dengan jalan yang terang untuk kemajuan yang mudah dan yang lekas.
Solomo telah memberi nasihat kepada anak lelakinya untuk menyelamatkannya daripada kesesakan kehidupan (Ams 4:10-11). Hikmah ada nilai yang sungguh besar (Ams 4:1-9). Oleh sebab adanya kesukaran dalam kehidupan, hikmah dan arahan diperlukan untuk menyelamatkanmu daripadanya. Sudah tiba masanya bagimu untuk lebih menghargai pengetahuan.
Pertimbangkan amsal ini. Jika kamu belajar hikmah, langkah-langkahmu tidak akan suntuk ketika kamu melalui kehidupan. Apakah langkah-langkah yang tersuntuk? Ia kehidupan yang keras yang dihadkan, disesakan rintangan, atau tertahan sehingga tidak dapat menikmati yang terbaik dalam kesenangan dan kemakmuran. Seperti baju pasung [baju pengongkong] menahan seseorang daripada bergerak, kebebalan alamiah mengikat dan menahan seseorang daripada sukacita dan kejayaan.
Kehidupan yang hebat – suatu kehidupan yang benar-benar berjaya – boleh hanya jadi melalui hikmah. Dan itulah sebabnya Daud mengajar Solomo bahawa hikmah merupakan apa yang paling penting (Ams 4:7-9). Dia berjanji bahawa hikmah akan membawa anak lelakinya kenaikan pangkat dan kehormatan, jika anaknya menyanjungi dan memeluk hikmahnya. Paulus mengajar dengan hikmah yang sama dengan menyatakan, “Tetapi kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan besar” (1Tim 6:6).
Jika seseorang memilih untuk kekal bebal, dia akan kehilangan kehidupan yang makmur dan yang berjaya. Kebebalannya akan menyakiti perhubungan-perhubungannya, supaya perkahwinannya dan anak-anaknya menjadi pedih dan penuh masalah. Dengan tidak bekerja dengan berhikmah, dia tidak akan menjauhi profesionnya. Sementara rentan kepada skim cepat kaya dan pelaburan yang tidak baik, dia akan membazir sedikit wang yang diperolehnya. Dengan mengasihi tidur dan kenikmatan-kenikmatan yang bebal, dia akan selalu ketinggalan secara kewangan dan merasa tertekan.
Apakah maksud berlari tanpa tersandung? Ertinya kemajuan yang lekas melalui kehidupan, tanpa segala kesesakan, kepedihan, dan masalah yang orang bebal derita dalam kehidupannya. Setiap orang akan bertemu dengan halangan dalam kehidupannya, tetapi hikmah akan menyelamatkan orang yang berhemat daripada kebanyakan halangan itu. Dia tidak akan tersandung dan jatuh dalam kesusahan seperti orang bebal. Dia tidak akan jatuh dalam malu kerap kali.
Kehidupan adalah singkat, dan hanya hikmah akan menyelamatkanmu daripada masalah yang dapat merosakkan kehidupanmu. Orang bebal akan mendapati bahawa kehidupan adalah seperti pagar berduri – sungguh sukar untuk melaluinya (Ams 15:19). Ia suatu aksiom [kenyataan asas] kewujudan manusia bahawa orang bebal akan ada kehidupan yang keras (Ams 13:15). Tanpa hikmah, seseorang manusia tiada cahaya untuk mengarahkannya, dan dia akan tersandung dalam kejutan-kejutan kehidupan (Ams 4:19).
Jika seseorang memilih untuk menjadi bebal, dia sedang bermohon untuk kemalangan dan kepedihan (Ams 8:36). Kawan-kawan mungkin menggodanya untuk melakukan jenayah, dan kemudian dia menjadi penjenayah sepanjang hayatnya. Perempuan asing, yang rupa parasnya nampak sangat cantik, mungkin merosakkan perkahwinannya dan reputasinya. Pengucap yang sia-sia mungkin memperdayakannya untuk menghentikan kerja yang benar bagi skim niaga yang benar. Kawan-kawan yang mohon bantuan daripadanya mungkin memufliskannya dengan perjanjian persetujuan yang ditandatangani bersama untuk dia menjadi penajajamin hutang.
Hikmah membawa kenaikan pangkat sampai kepada kehormatan dan keselamatan daripada kesesakan (Ams 4:1-11). Apa lagi yang kamu ingini? Di manakah dapat kamu menemui hikmah? Daripada Alkitab, daripada ibubapa, daripada pastor, dan daripada para penasihat yang berhikmah! Apakah keadaan-keadaannya? Kamu harus merendahkan dirimu untuk menerima pembetulan dan arahan daripada mereka, dan kamu harus memakai dirimu untuk melakukan apa yang telah kamu belajar.
Jika seseorang merendahkan dirinya di hadapan firman Allah dan guru-gurunya, dan jika dia menerima dan memakai arahan mereka, maka Allah yang Maha Besar akan memimpin dia, melindungi dia, dan memakmurkannya (Ams 10:17; 13:18; 14:27; 15:32; Maz 32:7-11; 34:11-22; 128:1-6). Jalan orang benar adalah diberkati! Mengapakah kamu ingin memilih apa pun jalan yang lain? Rendahkanlah dirimu pada hari ini, dan datang dengan rendah hati kepada Alkitab dan kepada guru-gurumu untuk menemui langkah-langkah yang mudah dan jalan untuk berlari dengan lancar untuk kehidupan.
Kamu harus menghadiri dan mengambil bahagian dalam sebuah gereja (Ibr 10:23-25). Tetapi apakah gereja yang akan kamu pilih? Sesetengah orang mengkhusus diri dalam beban-beban seperti orang Farisi yang dahulukala (Mat 23:1-4). Orang lain mengkhusus diri dalam sembahyang kontemporari dan kehidupan badaniah untuk membawa ke dalam gereja banyak orang, tetapi itu juga akan membawa penghakiman Allah (Yud 1:4). Gereja yang sejati Yesus Kristus akan mengajarmu bahawa kukNya mudah dan bebanNya ringan untuk istirahat bagi jiwamu (Mat 11:28-30; Yer 6:16).