4:14
Jangan memasuki jalan orang durjana, dan jangan menuruti jalan orang jahat.
Kedurjanaan adalah salah! Kamu tahu itu. Tetapi kamu harus juga mengelak persahabatan dengan orang durjana, dan kamu harus menolak gaya hidup mereka. Salomo memberi amaran kepada anaknya terhadap kawan jahat dan tabiat-tabiat mereka, sebab dia mahu anaknya untuk berada di jalan hikmah dan di jalan-jalan yang benar (Ams 4:10-13).
Jalan orang durjana adalah berbahaya dan tidak berharapan (Ams 4:16-19). Jauhilah jalan itu (Ams 4:15). Kamu tidak boleh memeluk Puteri Hikmah dan menikmati manfaatnya sementara berjalan dengan para pendosa. Kejayaan yang sejati dan kemakmuran adalah untuk menolak kawan-kawan duniawi dan menyingkirkan gaya hidup mereka.
Peraturannya mudah, terutamanya bagi para pemuda, kerana mereka itulah yang paling mudah terpikat kepada pengaruh-pengaruh jahat rakan sebaya. Mereka lebih terpengaruh oleh apa yang dilihat mereka di kaca televisyen, yang bukan apa yang berguna tetapi untuk menglamorkan gaya hidup orang durjana. Mereka lebih rentan kepada cadangan dan arahan yang diberi guru palsu. Peraturan yang mudah ini adalah penting!
“Jangan diperdayakan: pergaulan jahat merosakkan adab yang baik,” (1Kor 15:33). Inilah amaran Paulus tentang guru-guru palsu di Korintus yang menyangkal kebangkitan orang mati. Mengapakah amaran terhadap perdayaan ini diberi? Kebanyakan orang fikir bahawa mereka boleh menolak godaan orang yang tidak salih. Orang lain fikir bahawa diri sendiri boleh mempengaruhi orang jahat untuk menjadi salih. Kedua-dua mereka salah. Janganlah terperdaya.
Daud telah menjelaskan itu dengan demikian: “Diberkatilah orang yang tidak berjalan di dalam nasihat orang tidak salih, dan tidak berdiri di dalam jalan pendosa, dan tidak duduk di dalam tempat duduk pencemuh” (Maz 1:1). Peraturan ini sudah mungkin menyelamatkan Lot (Kej 13:10-13), Dina (Kej 34:1), Salomo (1Raj 11:1-10), Yosafat (2Taw 18:1-3; 20:35-37; 21:1-6), dan Petrus (Mat 26:58). Bagaimana pula dengan dirimu?
Jangan sesekali pun memasuki jalan orang durjana. Tetapi jika kamu menemui dirimu di sana, jangan pergi lebih lanjut dengan mereka. Keluar! Sekarang juga! Adakah kamu mengkompromikan peraturan yang penting ini? Di manakah kamu bersenam? Akankah kamu berkahwin hanya dalam Tuhan? Sekolah apa yang telah dipilihmu? Berapakah benar kawan-kawanmu? Apakah yang dibacamu? Bolehkah kamu mengelak adanya puak jika kamu mempunyai kanak-kanak? Muzik apa dan rancangan televisyen apa yang dipilihmu untuk ditonton? Mungkinkah adanya salah satu keluarga yang harus kamu elak?
Allah memang serius tentang perpisahan diri daripada orang durjana (Ams 9:6; 13:20; 14:7; 22:24-25; 2Taw 19:2; Maz 101:3-8; Rom 16:17-18; 1Kor 5:1-13; 2Kor 6:14-17; Gal 1:6-9; Efe 5:11; 2Tes 3:6; 1Tim 6:5; 2Tim 3:5; Tit 3:10-11; Yak 4:4; Wah 18:4). Kamu tidak boleh keluar dari dunia (1Kor 5:9-10), tetapi kamu tidak harus dibentuk menurutinya (Rom 12:1-2; 1Yoh 2:15-17). Segalanya yang ada di dunia dari sudut pandangan moral and gaya hidup adalah bercanggahan dengan Allah.
Apakah gaya hidup moral orang durjana? Tabiat dan kesukaan yang menggalakkan dosa! Kamu boleh menghakimi aktiviti-aktiviti dan tempat-tempat dengan melihat orang yang memakainya. Tanpa menaakuli muzik rock secara langsung, gaya hidup artis-artisnya, para penerbitnya, dan para pendengarnya sudah mengutuk muzik rock – sebab secara am mereka durjana. Tiada apa pun alasan untuk ingin mengkaji kelab-kelab malam; orang yang membina itu dan memakai itu mengasihi kegelapan.
Bagaimanakah kamu mungkin berdoa, “Dan jangan memimpin kami ke dalam pencubaan”, namun mengabaikan, “Berjaga dan berdoa, supaya kalian tidak memasuki godaan”? Adakah kamu memerlukan sahabat-sahabat? Maka pastikanlah sahabat-sahabatmu jenis orang baik yang akan memprovokasimu kepada kesalihan (Ams 13:20; Maz 119:63,79; Tit 1:8). Gereja sejati Yesus Kristus akan membekalkan lebih banyak kawan dengan pengaruh yang salih melampaui bilangan yang mampu kamu mengasihi dan melayani dengan wajar.