Amsal · Proverbs

4:15
Elakkannya, jangan laluinya, berpalinglah daripadanya, dan jauhinya.

Rakan-rakan dapat memajukanmu atau menghancurkanmu. Jika kamu memilih kawan duniawi, mereka akan menarikmu ke ambang kemerosotan. Jika kamu membenarkan dirimu untuk bergaul dengan orang duniawi, kamu tidak akan menjadi berhikmah atau benar di hadapan Allah.

Salomo memberi amaran kepada anak lelakinya dengan nasihat yang ayahnya, Daud, beri kepadanya (Ams 4:1-9). Allah mencatatkan hikmah yang tidak ternilai ini daripada dua raja bagimu. Amsal di atas menunjukkan amaran ini, “Jangan memasuki jalan orang durjana, dan jangan menuruti jalan orang jahat” (Ams 4:14).

Orang duniawi akan merosakkanmu, jadi, jauhkan dirimu daripada mereka. Menghampiri mereka pun tidak harus kamu lakukan. Amsal ini berkaitan dengan jalan atau perangai orang duniawi, “Elakkannya, jangan laluinya, berpalinglah daripadanya, dan jauhinya” (Ams 4:15). Tolaklah orang duniawi kecuali untuk kegunaan yang perlu.

Dapatkah kamu melihat dan mendengar amarannya? Dia mengulanginya dengan empat ungkapan. Gaya hidup orang durjana haruslah dielakkan dengan tegas (Ams 4:14). Jangan mengikuti mereka. Jangan belajar tabiat-tabiat mereka. Jangan berkawan dengan mereka. Tolaklah masyarakat mereka. Sebaliknya jalanilah kehidupan dalam jalan yang berhikmah dan yang betul (Ams 4:11-13).

Ibubapa yang baik khuatir tentang tekanan rakan sebaya yang dihadapi anak-anak mereka, dan itu tidak berbeza bagi Salomo. Dia telah menyuruh anak lelakinya untuk menuruti jalan berhikmah dan yang betul (Ams 4:11-13), dan dia memberi amaran kepadanya tentang jalan orang durjana dan jalan orang jahat (Ams 4:14-15).

Banyak yang berdalih bagi dosa mereka dengan berkata, “Tetapi semua orang pun berbuat demikian!” Hikmah berbalas dengan menjawab, “Itu yang membuktikannya salah!” Dunia yang berdosa ini adalah durjana (1Yoh 2:15-17; 5:19). Yesus menyatakan bahawa apa yang disanjungi tinggi oleh dunia ialah kekejian kepada Allah (Luk 16:15). Dan untuk mengikut orang ramai ke dalam dosa dan ke dalam pengkompromian moral sudah dikecam dengan cukup teliti (Kel 23:2).

Pertimbangkan pilihan kata-kata Allah dan Salomo bagi amsal yang mudah ini. Untuk “elakkannya” adalah untuk jangan menghampirinya, langsung jangan berkaitan dengannya, dan untuk menghindarinya. Untuk “jangan laluinya” adalah untuk berjarak dengannya, jangan mendekatinya, dan untuk memilih jalan yang lain.

Untuk “berpalinglah daripadanya” adalah untuk mengubahkan hala tujumu ketika kamu menghampirinya, untuk memutuskan asa itu dan menjauhinya. Untuk “jauhinya” adalah untuk kekal menghindarinya, untuk memastikan adanya jarak dari kamu dan dengannya. Kata-kata yang berilham ini mengajar kamu bagaimana kamu harus menolak gaya hidup dan gagasan orang durjana.

Yesus memberitahu para pengikutNya untuk memasuki pintu yang suntuk dan berjalan di dalam jalan yang sempit (Mat 7:13-14). Baju pasung adalah mengongkong, ketat, dan sukar untuk dikeluarkan, demikian juga jalan hikmah adalah mengongkong, ketat, dan sukar. Sesetengah orang yang mengingininya harus memaksakan dirinya dengan pertaubatan dan perubahan yang ganas terhadap kehidupan mereka sendiri (Mat 11:12; Luk 16:16; Rom 12:1-2; 2Kor 5:17).

Yesus memberitahu para pengikutnya untuk mengelak pintu yang lebar dan jalan yang luas yang sedang membawa dunia ke arah kebinasaan dan neraka. Walaupun menarik dan popular, mudah dan selesa, anak-anak kudus Allah tidak akan menghampiri pun apa yang durjana (2Kor 6:14-17). Mereka memilih kewajaran, kebenaran, dan hikmah pada setiap peluang dan berkawan dengan orang yang melakukan hal yang sama.

Daud menulis bahawa orang yang diberkati oleh Allah, iaitu orang yang benar-benar salih, tidak akan berjalan di dalam nasihat orang tidak salih, berdiri di dalam jalan pendosa, atau duduk di dalam tempat duduk pencemuh (Maz 1:1). Dia tidak mahu apa pun kaitan dengan mereka. Dia memandang hina fikiran mereka dan kehidupan mereka. Daud membuat pilihan ini dalam kehidupannya sendiri dan memberi butir terperinci tentang jenis orang yang dia tolak (Maz 101:3-8).

Orang salih tahu bahawa persahabatan dengan dunia ini ialah permusuhan dengan Allah, kerana dunia ini ialah musuhNya (Yak 4:4). Alkitab kerap kali menyamakan persahabatan dengan dunia ini dengan perzinaan,perbuatan berkendak, atau pelacuran terhadap Allah, sebab kamu sedang bergaul atau sedang mengasihi musuh Allah. Ada perbezaan dan percanggahan yang besar di antara orang salih dengan orang dunia (Ams 29:27).

Permusuhan yang purbakala dan yang kuat wujud di antara orang durjana dan orang benar. Ia sudah ada pada permulaannya; dan ia akan ada pada pengakhiran juga. Orang benar membenci orang durjana; orang durjana membenci orang benar. Mereka bercanggah antara satu sama lain, dan mereka tidak akan berbuat damai. Perseteruan di antara Allah dan Syaitan tidak berbeza dengan benci yang ada di antara orang benar dan orang durjana.

Orang benar membenci orang durjana, sebab mereka tidak dapat tahan roh dan perilaku yang jahat orang durjana; kebencian mereka adalah terhadap orang jahat dengan perbuatan jahat mereka. Tetapi orang durjana membenci orang benar kerana perbuatan baik mereka; kebencian mereka adalah terhadap orang baik dan perbuatan baik. Percanggahan di antara baik dan jahat, Allah dan Syaitan, kekudusan dan kedurjanaan, orang benar dan orang berdosa.

Kamu mudah terpengaruh dengan pendapat-pendapat dan pengaruh orang lain. Paulus telah berkata, “Jangan diperdayakan: pergaulan jahat merosakkan adab yang baik” (1Kor 15:33). Kamu mungkin fikir bahawa kamu boleh bertahan dengan gaya hidup dunia atau filsafatnya, tetapi kamu tidak mungkin! Kamu harus menjauhi diri daripadanya. Kamu harus membenci kebebalan dan persahabatan mereka. Pergilah ke arah yang bertentangan. Selamatkanlah dirimu!

Salomo juga telah menulis, “Dia yang menjalani hidup dengan orang berhikmah akan menjadi berhikmah: tetapi peneman orang bebal akan dibinasakan” (Ams 13:20). Inilah hikmah yang mudah tetapi sungguh penting. Akankah kamu mengelak orang bebal dan orang durjana dengan segala kekuatanmu dan akalmu? Dia juga telah menulis, “Berhentilah, hai anakku, daripada mendengar arahan yang menyimpang daripada kata-kata pengetahuan” (Ams 19:27).

Jika kamu benar-benar ingin menjadi berhikmah dan berjalan dengan Allah di dunia ini, kamu harus memilih jalan kewajaran dan mengehadkan kawan-kawanmu kepada orang yang juga takut akan Allah melalui perilaku mereka (Maz 119:63). Kamu mungkin ada sedikit kawan di sini, tetapi kamu juga disepadukan kepada suatu angkatan malaikat dan orang benar yang dengan Yesus sedang menunggumu di syurga (Ibr 12:22-24). Percayalah itu! Bersukacitalah!

Di manakah kamu berkompromi dengan hikmah amsal ini? Aspek kehidupan mana yang sedang kamu pertaruh kepada risiko besar untuk merosot kepada takungan najis kebebalan dan dosa dunia?Mungkinkah ia di tempat kerja? Di sekolah? Di antara jiran-jiranmu? Di gereja yang duniawi? Di televisyen yang ditontonimu? Muzik yang dipilihmu? Bahan-bahan yang dibacamu? Tempat yang kamu membeli-belah? Selidikilah hidupmu.

Sesetengah orang memberi alasan untuk berkawan dengan orang duniawi dengan menyatakan bahawa mereka akan ketiadaan kawan jika mereka menunggu untuk kawan-kawan yang benar dan yang berhikmah. Hikmah berbalas dengan menjawab bahawa ketiadaan kawan lebih baik daripada itu! Sekurang-kurangnya dengan ketiadaan kawan, apa yang diajar Allah, yakni kebenaran, hikmah dan kewajaran akan terjamin selamat. Nuh, Yusuf, Elia, Daniel, dan orang lain ada sedikit kawan dan masih makmur dengan cukup hebat.

Tetapi ada rakan-rakan yang salih dan yang berhikmah yang dengan mereka kamu dapat menikmati waktu persekutuan yang indah. Dan itu di antara apa yang paling hebat di seluruh alam semesta. Mereka dapat ditemui di gereja-gereja sejati Yesus Kristus, jemaah-jemaah jiwa tulus yang berbilangan kecil yang terserak di seluruh dunia. Menjadi seorang penjaga pintu dengan mereka adalah lebih baik daripada apa pun pangkat atau kawan duniawi(Maz 84:10).