Amsal · Proverbs

4:13
Peganglah kuat kepada arahan; jangan biar dia terlepas; simpanlah dia; sebab dia hidupmu.

Arahan itu kehidupanmu. Semua yang kamu sudah tahu, kamu pernah harus belajar. Semua yang harus kamu tahu kamu harus belajar. Semua pembelajaran yang betul dan benar harus disimpan dengan selamat. Hidup kamu bergantung kepada hal diperbetulkan daripada kesilapan dan hal diajar kebenaran supaya dapat tahu cara untuk hidup.

Jika kamu suka dan menyimpan arahan supaya mentaatinya, maka kamu akan diberkati; jika kamu tidak pedulinya atau menolaknya, maka kamu akan dikutuk (Maz 50:16-17; Ams 6:23; 8:32-36; 15:32). Pembelajaran hikmah haruslah dijadikan lebih penting bagimu daripada apa-apapun yang diinginkanmu (Ams 3:13-14; 8:10; 16:16; 23:23).

Kamu tidak akan tahu apapun tanpa diajar, yang bermakna kamu harus merendahkan diri kepada guru-guru, sama ada mereka Allah, ibubapa, pastor ataupun orang yang lain. Seorang yang berhikmah lapar untuk arahan supaya dia boleh menjadi lebih berhikmah (Ams 1:5; 9:9; 19:20). Orang bebal memandang hina ini dan menyebabkan kebinasaannya sendiri (Ams 12:1; 13:18). Apabila kamu menemui guru-guru yang baik, belajarlah sebanyak semungkin daripada mereka (Ams 18:1; KPR 10:33).

“Peganglah tali keselamatan itu, dan jangan lepaskan! Kamu mampu! Kamu akan hidup!” Jika kamu sedang lemas di lautan, akankah kamu mentaati arahan-arahan ini daripada anak kapal di dalam perahu penyelamat? Tentulah kamu akan taat, sebab ketidaktaatan kepada arahan itu pastilah membawa maut. Tentulah kamu akan taat, sebab memegang tali adalah murah dan mudah dilakukan untuk menyelamatkan nyawamu.

Kamu mungkin tidak akan menghadapi kelemasan di laut, tetapi kamu akan menghadapi kelemasan di dalam lautan kehidupan, apabila badai dunia yang bebal dan berdosa melanda kamu. Hanya dengan berpegang kepada arahan kamu akan dapat bertahan mengharungi badai itu. Allah telah memberi arahan kepadamu melalui ibubapa, pastor and firmanNya. Pernahkah kamu berpegang teguh kepada pengajaran ini untuk menyelamatkan nyawamu (Ams 3:18,22; Peng 7:12: Ula 32:45-47)?

Amsal ini mengajarmu cara untuk mendengar arahan. Kamu harus menggenggamkannya dengan pemahaman dan jangan biar ia terlepas. Arahan berhikmah itulah yang akan menyelamatkan dirimu daripada kesulitan dan bahaya kehidupan. Kamu harus memegangnya kuat-kuat dan janganlah melepaskannya. Kamu harus mengekal dalam ingatan apa yang telah kamu belajar. Kamu harus mengingatinya. Janganlah menjualnya dengan apapun harga (Ams 23:23).

Yesus menyatakan pendengar-pendengar yang baik ialah orang yang membina kehidupan mereka di atas kata-kataNya (Mat 7:24-27). Dia pernah bercerita tentang dua orang, iaitu seorang yang mendirikan rumahnya di atas pasir, dan satu lagi yang mendirikan rumahnya di atas batu. Badai membinasakan rumah yang didirikan atas pasir, tetapi rumah yang didirikan atas batu dengan mudah menahan badai itu. Para pembaca, apakah sikapmu berkenaan arahan?

Berapa banyakkah yang diajar ibubapa dan pastor kepadamu bertahun-tahun? Berapa banyakkah yang telah dikekalkanmu dalam ingatan? Atau adakah kebanyakannya menghilang, dan kamu harus mendengarnya semula? Adakah kamu melakukan kesilapan berulang-ulang? Bolehkah kamu dengan pantas dan dengan mudah memakai ajaran dahulu kepada situasi yang kamu hadapi di dalam kehidupan? Bolehkah kamu mempertahankan apa yang kamu percaya? Di sinilah pelajarannya: kehidupanmu bergantung kepada pengekalan dan pemakaian arahan yang diberi kepadamu. Jadilah seorang pelajar yang baik!

Apabila kamu berpegang kuat kepada arahan, kamu mengekalkannya di dalam genggamanmu. Ia tidak boleh terlepas. Kamu memeliharanya di dalam mindamu dengan cara yang memperbolehkanmu untuk selalu memilikinya. Kamu menyerahkan hidupmu kepadanya. Kamu tunduk supaya belajar daripada guru-gurumu, dan kamu berjanji supaya tidak melupakan kata-kata hikmah mereka. Adakah kamu menguji, mengulangkaji, dan merenungkan ajaran? Adakah kamu menelitikan dan merenunginya sampai ia disatupadukan dengan jiwa dan kewujudanmu? Jika tidak, mengapa? Ia bagi kehidupanmu!

Mengapakah ibubapa, pastor, dan guru-guru yang lain harus selalu berulang-ulang? Sebab kebanyakan pendengar adalah malas, degil, dan mudah mengalihkan perhatian. Mereka tidak menghargai arahan. Oleh sebab itu, mereka tidak berusaha atau bertindak sewajarnya untuk memegang arahan. Pembelajaran yang berkesan memerlukan perhatian, penundukkan, pengekalan di dalam ingatan dan pemakaian arahan itu.

Hai pembaca, adakah kamu suka diperbetulkan dan diberitahu cara untuk mengendalikan hidup? Bolehkah kamu menolak fikiranmu sendiri untuk mempertimbangkan fikiran orang berhikmah? Sukatkan dirimu dengan soalan-soalan ini. Inilah arahan! Pengetahuan dan peraturan-peraturanlah yang dapat menyelamatkan nyawamu. Tetapi ia hanya berfaedah kepada mereka yang mengekalkannya. Ia adalah bagi kehidupanmu. Cintailah pembetulan dan arahan.

Arahan ialah berkat yang baik daripada syurga, sebab kebanyakan orang telah merana kekurangan arahan oleh penghakiman berdaulat Allah Yang Maha Benar dan Yang Maha Hidup (Maz 147:19-20; Yes 44:9-20; Yes 44:9-20; Mat 10:6; 15:24; 13:9-18; 2Tes 2:9-13). Allah berfirman bahawa hamba-hambaNya mempunyai kaki yang indah kerana arahan yang disampaikan mereka kepadamu tentang hidup yang kekal dan tugas-tugas kamu terhadap Allah (Rom 10:15).

Semua gereja pada hari ini sudah pasti mengamalkan doktrin rasuli, jikalau anggota-anggota gereja telah berpegang teguh kepada arahan yang telah disampaikan rasul-rasul kepada mereka. Tetapi orang membiarkan hal-hal yang berharga ini terlepas sampai ada beribu-ribu kesilapan yang diajar pada hari ini dalam nama agama Kristian. Amarannya sudah diberi dengan cukup jelas (2Kor 11:3-4; 1Tes 5:21; 2Tes 2:15; Yud 1:3).

Arahan yang paling banyak diberi kepadamu terkandung di dalam Alkitab. Ia suatu perpustakaan dengan sebanyak enam puluh enam buku yang diilhamkan Allah untuk mengarahkanmu sepenuhnya di dalam segala keperluanmu sepanjang masa dan sepanjang kekekalan (2Tim 3:16-17). Ini benar terutamanya bagi kitab Amsal (Ams 1:1-7; Peng 12:9-11). Berapa banyak penekanan yang kamu berik kepada pembelajaran dan ketaatan kepada Alkitab, sebab hidupmu bergantung kepadanya (Maz 19:7-11; Yak 1:21-25)? Apakah yang akan kamu buat dengan Alkitab pada hari ini?

Jika keingkaran kebenaran Wasiat Lama membawa penghakiman, betapa banyak lagi penghakiman yang layak untuk keingkaran kebenaran Wasiat Baru (Ibr 2:1-4; 10:26-31; 12:25-29; Wah 2:14-16)? Sementara Yesus Kristus sendiri memiliki kata-kata kehidupan, adakah kamu mengekalkannya di dalam ingatanmu (Yoh 6:68)? Sementara Alkitab dapat menjadikan hamba Allah sempurna, adakah kamu membela kebenaran ini di dalam hidupmu?

Yesus berkata bahawa orang yang diberi banyak akan dipertanggungjawabkan banyak (Luk 12:47-48). Jika kamu ada ibubapa dan pastor yang salih, kamu akan dihakimi menurut berkat arahan ini. Adakah kamu mengekalnya dan menyimpannya bagi keselamatan dirimu? Pada hari Penghakiman Besar, Allah akan meneliti cara tindak balas kamu kepada arahan yang telah Dia sampaikan kepadamu.