4:22
Sebab ia hidup bagi mereka yang menemuinya, dan kesihatan bagi seluruh daging mereka.
Pelajaran-pelajaran hikmah adalah penting bagi kehidupanmu. Jika kamu menemuinya dan menjaganya, maka ia akan membawa kemakmuran dan kejayaan ke dalam kehidupanmu. Jika kamu menemuinya dan menjaganya, maka ia akan membawa fungsi dan kesihatan kepada kewujudanmu. Kamu harus pertama-tama menunduk diri kepada arahan-arahan hikmah (Ams 4:20), dan kemudian kamu harus mengekalkan apa yang telah diajar kepadamu (Ams 4:21).
Kamu pernah melihat kehidupan orang lain yang sebegitu rosak sehingga ia mudah untuk memikir bahawa maut mungkin belas kasihan bagi mereka. Kamu pernah melihat kehidupan orang lain sebegitu disfungsi dan pedih sehingga ia mudah untuk hairan mengapa mereka dilahirkan pun. Kamu pernah melihat kehidupan orang lain yang sebegitu susah dan sesak sehingga ia mudah untuk menyatakan kehidupan mereka sebagai neraka di bumi. Hikmah menyelamatkan orang daripada kehidupan yang sebegitu teruk dan yang sebegitu membazir nyawa. Ia menjadi hidup bagi orang yang menemuinya, dalam hikmah itu, ia mengajar seseorang bagaimana untuk hidup dengan sukacita dan dengan berjaya.
Kebanyakan orang memikir bahawa menyingkirkan hukum dan peraturan akan membawa kebahagiaan dan kejayaan. Mereka dengan bebal memikir bahawa kemerdekaan untuk melakukan sewenang-wenangnya akan membawa kesenangan. Mereka orang bebal. Apakah yang difikir mereka? Apakah yang mungkin menahan jiran mereka daripada membunuh mereka untuk isteri dan rumah mereka? Mereka memikir bahawa hukum-hukum Alkitab sungguh membebankan dan mengongkong, namun melalui ketetapan dan peraturan yang berhikmah masyarakat dapat hidup bersama dengan sungguh bahagia, makmur dan sentosa.
Kebanyakan orang memikir bahawa menyingkirkan hukum dan peraturan akan membawa kebahagiaan dan kejayaan. Mereka dengan bebal melupa bahawa mereka telah sampai ke dunia ini dalam keadaan penuh jahil dan dengan menajiskan diri sendiri. Tanpa panduan ilahi dalam bentuk perintah-perintah, mereka tidak akan tahu bagaimana untuk melayani ibubapa, pasangan, anak, jiran, majistret, atau majikan. Mereka langsung tidak akan tahu bagaimana untuk melaksanakan perkahwinan, keluarga, perniagaan, gereja, atau masyarakat.
Tanpa pengetahuan atau kongkongan hukum-hukum yang berhikmah, manusia mungkin sudah mengamalkan kanibalisme, sihir, poliandri, sumbang mahram, mengorban anak, sodomi, sembahyang kepada serangga, nekrofilia, atau banyak lagi kekejian yang lain, sama seperti yang telah terjadi di banyak bangsa yang tidak mempunyai cahaya hukum Allah. Ada hikmah yang mulia yang diajar di dalam nas-nas kitab yang berilham Jehovah!
Apakah akibat daripada aktiviti-aktiviti tersebut? Membawa kesihatan dan kebahagiaan, kemakmuran dan kemajuan? Langsung tidak! Aktiviti-aktiviti tersebut membawa peperangan, penyakit, kematian, disfungsi, kepapaan, penderitaan, dan kejahilan. Bangsa-bangsa yang lama tanpa Alkitab atau pengaruhnya biasanya negara-negara Dunia Ketiga. Mereka sungguh ketinggalan dan rosak secara moral. Cahaya dan kemajuan adalah melalui Firman Allah sahaja, dan bangsa-bangsa yang mengikutinya sungguh diberkati (Ams 8:12-21; Maz 33:12; 144:15).
Musa telah memberitahu Israel, “Dan dia berkata kepada mereka, Tumpukan hati kalian kepada kata-kata yang aku naik saksi di kalangan kalian pada hari ini, yang akan diperintahkan kalian kepada anak-anakmu untuk diamalkan, iaitu segala kata hukum ini. Sebab itu bukan sesuatu yang sia-sia bagi kalian; kerana ia merupakan hidup kalian: dan melalui itu kalian akan memanjangkan hari-hari hayat kalian di negeri, di mana sahaja kalian pergi menerusi Yordan untuk menaklukinya” (Ula 32:46-47). Nampak, hai pembaca? Kata-kata hukum Allah ialah kehidupanmu.
Untuk melanjutkan kehidupanmu tanpa firman Allah adalah tidak waras, seperti yang dibuktikan jelas-jelas kemerosotan dan kerosakan moral di kebanyakan dunia kini. Musa telah memberitahu orang gantiannya, Yosua, bahawa dia dapat mencapai kejayaan dan kemakmuran dengan mengingat, merenung, dan mentaati hukum Allah (Yos 1:7-8). Yesus datang dan membawa cahaya yang lebih besar daripada Musa, dan Dia menjanjikan hidup dan hidup yang lebih kelimpahan.
Adakah kamu menganggap Firman Allah lebih berharga daripada emas tulen dan lebih manis daripada madu (Maz 19:11)? Mengapa tidak? Adakah kamu menganggap kata-kataNya melebihi makanan yang diperlukanmu (Ayb 23:12)? Ia patut demikian. Ia kehidupan dan kesihatan untuk tubuh dan jiwa. Cuba abaikan kata-kataNya dan kamu akan membahaya dan memedihkan dirimu. Sebaliknya, bacalah dan ingatlah itu bagi kenikmatan besarmu dan keuntunganmu.