4:21
Jangan biarkannya meninggalkan matamu; simpankannya di tengah-tengah hatimu.
Apakah yang difikirkanmu? Disasarkanmu? Berpegang dekat kepada hatimu? Salomo adanya kata-kata nasihat dan amaran serius bagi anak lelakinya (Ams 4:20-22). Kanak-kanak dan orang muda ialah kesia-siaan: mata dan hati para teruna adalah mudah teralih perhatian dengan kebebalan (Ams 17:24; Pkh 11:10). Ayah yang berhikmah ini cuba untuk menghala tumpuan anak lelakinya kepada sasaran-sasaran besar hikmah dan pemahaman.
Matamu ialah cara untuk adanya penglihatan bagi seluruh tubuhmu. Daya untuk melihat ialah kemampuan untuk melihat apa yang berada di depan dirimu dan mengubah hala tuju tubuhmu dengan sewajarnya. Manusia memakai banyak daya usaha dan banyak bayaran untuk melihat lebih jelas, sebab kemahiran fizikal mereka semata-mata berguna untuk kemampuan mereka untuk mengarahkan pergerakan tubuh melalui mata mereka. Koordinasi tangan-matadianggap pemberian yang paling berharga dan salah satu tanda ujian kebolehan yang cukup pasti.
Daripada kepentingan mata fizikal, manusia menjadikan pemakaian mata fikiran kiasan untuk menetapkan keutamaan-keutamaan dan untuk membuat pilihan untuk kehidupan. Sebagai contoh, ketika seorang penasihat atau guru berkata, “Kekalkanlah mata pada gol” ia mudah untuk memahami itu untuk bermaksud segala apa pun di dalam kehidupan seseorang patut diarahkan kepada objektif yang sudah dipilih. Ia tidak bermaksud bahawa pelanggan atau murid sekolah patut memandang tanpa mengerdip kepadasesama diri tanpa. Pandangan yang tertumpu pada satu matlamat, dengan segala plihan untuk melayani mereka matlamat itu, itulah alan ke kejayaan.
Matamu batinmu akan mengarahkan kehidupanmu dan keutamaan, maka matamu haruslah tertumpu kepada satu objek – hikmah, sebab kalau tidak kamu akan kalah di dalam kehidupan. Yesus Kristus telahmengajar itu melalui kata-kata ini: “22 Cahaya tubuh ialah mata: maka jika matamu bertumpuan tunggal, seluruh tubuhmu akan penuh dengan cahaya. 23 Tetapi jika matamu itu menjadi jahat, seluruh tubuhmu akan menjadi penuh dengan kegelapan. Maka jika cahaya yang di dalammu itu gelap, betapa pekatnya kegelapan itu! 24 Tiada sesiapapun yang dapat melayani dua tuan: sebab dia sama ada akan membenci satu, dan mengasihi yang lain itu; atau dia akan berpegang kepada satu, dan memandang hina yang lain itu. Kalian tidak boleh melayani Allah dan mamon” (Mat 6:22-26).
Ada lagi satu kiasan di dalam amsal ini. Salomo memberitahu anaknya untuk menaruh kata-katanya dan ungkapan-ungkapannya di tengah-tengah hati. Keadaan fizikal jantungmu ialah asas bagi kehidupan, sebab ia mengepam darah yang merupakan di tengah-tengah jantung (Ams 14:30; Ima 17:11). Hatimu yang kaisan ialah tempat bagi kerinduanmu, di mana kamu memilih apa yang dikasihimu dan apa yang dinilaikanmu. Orang berhikmah akan memilih untuk mengasihi hikmah dan menyanjungi nilainya tinggi-tinggi (Ams 4:6; 8:17,21,36).
Sama seperti matamu, hatimu haruslah tunggal – ia harus tertumpu kepada satu sasaran. Sementara hal hikmah dan menyenangkan Allah bercanggah dengan segala apa di dunia ini, kamu tidak akan mampu berjaya untuk memperoleh dua matlamat. Kamu harus menyucikan hatimu daripada mendua hati kepada sasaran yang tunggal (Yak 4:8), kerana orang yang mendua hati adalah tidak stabil di dalam jalannya (Yak 1:8). Berapakah tertumpu dirimu, dari segi mata dan hati, sampai kepada menyenangkan Allah (Ula 6:4-9; Ibr 12:1-3).