Amsal · Proverbs

4:5
Peroleh hikmah, peroleh pemahaman: jangan melupakannya; dan jangan undur daripada kata-kata mulutku.

Apakah yang telah kamu buat, atau akan kamu buat, pada hari ini, untuk memperoleh hikmah dan pemahaman? Salomo menggesa anak lelakinya untuk memperoleh hikmah, mengingati hikmah, dan mengikuti hikmah. Allah yang besar telah menawarkan hikmah dan pemahaman kepada orang yang pandir. Sudahkah kamu mengambil kesempatan atas keistimewaan yang murah hati ini? Jika kamu ada sedikit keinginan pun untuk mempelajari amsal ini, kamu diberkati.

Ada tiga arahan dalam amsal ini. Untuk mencapai kejayaan maksima di hadapan Allah dan manusia, kamu harus memperoleh hikmah dan pemahaman; kamu tidak harus melupakan hikmah sesudah kamu belajarnya; dan kamu tidak harus undur mentaatinya. Tugas-tugas ini akan menjadikan anak lelaki Salomo raja yang hebat, tetapi ia juga boleh menjadikanmu berjaya dalam peranan-perananmu.

Tugas pertama adalah untuk memperoleh hikmah dan pemahaman. Satu-satunya sumber hikmah di bumi ialah Alkitab, sebab apa pun sumber yang lain ialah kegelapan (Yes 8:20). Alkitab yang diilhamkan adalah sempurna untuk mengajar hikmah (2Tim 3:14-17). Tumpukan perhatian kepada firman dan cahaya yang lebih pasti ini (2Pet 1:19-21). Ia harus dijadikan kesukaanmu setiap hari (Ayb 23:12; Maz 19:10).

Setelah Filipus menanya sida itu jika dia memahami apa yang sedang dibacakan, sida itu berkata, “Bagaimanakah aku mungkin faham, kecuali ada orang untuk memandu pemahamanku?” (Kis 8:30-31). Filipus mengkhutbahkan Yesus kepadanya; dia dengan lekas dibaptis; dan dia meneruskan perjalanannya dengan bersukacita. Allah telah menyediakan pastor dan guru sebagai pemandu pemahaman firmanNya (Neh 8:8; Mal 2:7; 2Tim 2:2).

Tetapi tanpa berkat Roh Allah, baik membaca Alkitab mahupun mendengar khutbah tidak akan berkesan. Paulus telah berdoa kepada orang kudus Efesus supaya diterangi Roh hikmah dan wahyu untuk mengenal hal-hal Allah (Efe 1:17-18; Maz 119:18). Allah telah berjanji untuk memberi hikmah dan RohNya dengan murah hati kepada orang yang bermohon untuknya (Yak 1:5; Luk 11:13).

Sesudah memakai Alkitab, para hamba Allah, dan doa untuk memperoleh hikmah dan pemahaman, tugasmu yang kedua adalah untuk mengingati apa yang telah dipelajarimu. Paulus bimbang bagi orang Korintus, sebab mereka telah melupakan ajarannya tentang kebangkitan (1Kor 15:1-2). Ia tugasmu untuk merenung hal-hal yang telah diajar kepadamu dan jangan biar ia tercicir (Ams 6:20-22; Ibr 2:1-4).

Sementara memegang hikmah dengan teguh dalam ingatanmu, kamu juga harus mentaatinya dalam perangaimu. Kamu tidak boleh undur daripada apa yang telah diajar kepadamu. Tugas yang ketigamu adalah untuk jangan undur. Kamu harus berpegang teguh kepada iman rasuli tanpa goyah dan tidak dialihkan daripada injil yang sejati (2Tes 2:15; Ibr 10:23). Kamu harus melakukan apa yang kamu dengar, sebab mendengar sahaja tidak menyenangkan Allah, dan mendengar tanpa berbuat apa-apa ialah dosa (Yak 1:21-25; 4:17; Luk 8:11-18).

Tidak mungkin adanya gereja Roman Katolik, ibu segala kekejian dan gereja palsu (Wah 17:1-6), jika gereja rasuli di Rom melekat kepada nas-nas Alkitab. Rasul Paulus mengajar bahawa tujuan gereja tempatan adalah untuk membantu satu sama lain untuk berpaut kepada iman (Ibr 3:12-13; 10:24-25). Sudahkah kamu menjadi seorang ahli gereja tempatan Yesus Kristus yang sejati, yang setia dan yang bersungguh-sungguh, yang sementara demikian, dapat membantu ahli lain untuk berpaut kuat kepada hikmah dan kebenaran, dan mereka dapat membantumu?