Amsal · Proverbs

4:6
Jangan meninggalkannya, dan dia akan mengekalkanmu: sayanginya, dan dia akan memeliharamu.

Ada perempuan yang hebat yang akan melindungimu daripada kesakitan dan masalah dalam kehidupan. Setiap lelaki memerlukannya, sebab nyawa lelaki itu bergantung kepada perhubungannya dengan perempuan ini. Perempuan ini sempurna dan indah, namun siap sedia bagi mana-mana pun lelaki. Lelaki tidak harus meninggalkannya, dan harus mengasihinya. Jika lelaki itu memenuhi syarat-syarat yang mudah ini, perempuan ini akan membelanya dan menyebabkannya untuk menjadi makmur. Perempuan ini akan menjaganya dan mengekalkannya supaya tidak gagal. Siapakah perempuan ini? Dia merupakan Puteri Hikmah yang ajaib itu.

Lelaki muda memikir banyak tentang perempuan, jadi Daud mempersonifikasikan hikmah sebagai seorang perempuan untuk mendapat perhatian anak lelakinya dengan ucapan kiasannya yang menarik. Inilah karangan kesusasteraan Daud, sebab Solomo baru sahaja menyebut waktu ketika dia masih seorang budak, “Sebab aku dahulu anak ayahku, lemah dan satu-satunya yang tersayang di pandangan ibuku. Ayahku juga telah mengajarku” (Ams 4:3-4). Solomo menggalakkan anak lelakinya dengan merujuk balik kepada perhubungan dan didikan yang Solomo telah terima daripada ayahnya.

Kita faham arahan Daud kepada Solomo bermula dari Amsal 4:4, tetapi ia lebih sukar untuk mengenalpastikan di mana ia tamat dan di mana Solomo bermula. Pertimbangkan pengesahan yang ajaib kepada kitab Amsal ini! Daud yang termasyhur itu menyumbang kepada isi kitab ini secara langsung dengan mengarang amsal dan secara tidak langsung dengan mengajar Solomo. Orang yang mengabaikan suatu kitab yang demikian, iaitu meninggalkan Puteri Hikmah, sedang memilih untuk menjadi kegagalan dalam kehidupannya.

Orang Amerika menghargai gagasan seorang perempuan yang melindungi mereka, sebab mereka ada di pelabuhan New York suatu lambang besar akan Puteri Kebebasan (Lady Liberty) yang mengangkat obornya untuk menerangkan jalan bagi rakyat jelata yang letih, miskin, berhimpit-himpit, ketiadaan rumah, dan yang sungguh ingin untuk menarik nafas kebebasan. Dia sudah menjadi api isyarat kebebasan kepada berjuta-juta pendatang asing dan tanda keselamatan bagi orang askar yang kembali ke tanah air. Kata-katanya sungguh menggalakkan; patungnya besar; dan gabungan itu sungguh berkuasa. Seorang pembaca yang berhikmah akan mempertimbangkan kata-kata Daud, menggambarkan metafora itu, dan menerima pelajarannya.

Kehidupanmu bergantung kepada bagaimana kamu memperlakukan hikmah yang telah ditawarkan kepadamu. Ibubapamu mengajarmu hikmah dahulu. Selepas itu, guru-guru dan pastor cuba mengajarmu. Tetapi yang paling banyak sekali, hikmah ditemui di lembaran Alkitab, yang Allah syurgawi telah menyatakan peraturan-peraturan bagimu supaya memiliki kehidupan dan kekekalan yang berjaya dan yang makmur (Ula 29:29; Maz 19:7-11; 119:98-100,104,130; Yes 8:20; 1Tim 6:3-5; 2Tim 3:16-17; 4:1-4).

Kamu membuat banyak pilihan setiap hari yang ada kesan-kesan jangka masa singkat dan/atau panjang. Kehidupan adalah seperti berjalan melalui suatu kawasan periuk api. Satu langkah yang salah di sini, atau satu langkah yang salah di sana, akan membawa kehilangan, kepedihan, atau masalah. Kehidupan adalah seperti suatu ujian pagar sesat - kalau salah belok, kamu terhalang daripada menyedari terbaik daripada Allah untuk kehidupanmu. Tetapi Allah telah menawarkanmu suatu pedoman yang istimewa untuk menghadapi periuk-periuk api kehidupan dan seorang pakar untuk memimpin mengharungi pagar-pagar sesat kehidupan untuk mencapai hadiah untuk kehidupan yang paling hebat – Puteri Hikmah!

Jika kamu meninggalkan hikmah ibubapamu, guru-gurumu, dan tawaran Alkitab, maka kamu akan menderita kesan-kesan yang pedih bagi kehidupan yang bebal. Tetapi jika kamu berpaut dan mengasihi hikmah, ia dapat menyelamatkanmu daripada kesukaran disfungsi yang kebanyakan orang pakai setiap hari. Pelajarannya mudah. Apakah yang akan kamu buat dengan hikmah? Apakah yang telah kamu buat pada hari ini dengan kitab hikmah, iaitu Alkitab? Sudahkah kamu merendahkan dirimu di hadapan pemahamannya dan kebenarannya?