Amsal · Proverbs

5:7
Maka dengarkanku sekarang, wahai anak sekalian, dan janganlah meninggalkan kata-kata mulutku.

Pendidikan seks itu suatu tanggungjawab. Ibubapa yang baik tidak akan mengabaikannya oleh sebab tidak selesa atau ketakutan. Di sinilah kata-kata amaran yang penting daripada seorang ayah kepada anak-anaknya. Dapatkah anda mengesan bahawa dia sungguh-sungguh ambil berat mereka? Dapatkah kamu menanggap ketakutannya dimana anak-anaknya mungkin mengabaikan atau menolak nasihatnya?

Apakah bahaya dahsyat yang sedang dikemukakan di sini? Solomo, ayah yang mengasihi dan berhikmah, telah memberi amaran kepada anak-anaknya supaya menentang penzinaan, atau aktiviti seks di luar perkahwinan Kristian yang wajar (Ams 5:1-23). Kedua-dua bab ini dan bab tujuh dikhususkan kepada topik ini.

Godaan seksual itu suatu ancaman yang besar kepada orang muda. Ada dua sebab bagi bahaya ini – nafsu badaniah dan sosial sungguh kuat, dan kesan-kesannya teruk. Jika seseorang ayah mengasihi anak-anaknya, dia akan mengerah segala usahanya untuk melindungi mereka daripada godaan ini besertakan kesan-kesannya yang merosakkan hidup. Oleh sebab kebebalan semulajadi di dalam orang muda, ayah haruslah memberi amaran dengan cukup tegas.

Godaan-godaan dosa seksual itu sungguh kuat, terutamanya bagi orang muda. Mereka mempunyai tubuh yang muda dengan tahap hormon seks yang paling tinggi. Mereka bebal dan tidak dapat nampak kesakitan yang menjelang kerana menipu. Mereka terdorong oleh tekanan rakan-rakan sebaya untuk mencari-cari kawan jantina lain, yang kerap kali menyebabkan kompromi seksual. Mereka kerap kali mempunyai kebebasan berlebih-lebihan dan banyak aktiviti badaniah yang memimpin kepada keseronokan dan peluang bagi dosa sedemikian.

Kesan-kesannya sungguh teruk. Sudah tentulah, orang muda yang bebal, tanpa arahan dan amaran wajar, tidak akan menanggap bahaya itu. Mereka tidak dapat secara wajar rasa gerun terhadap malu, rasa salah, kehilangan keperawanan, kandungan yang tidak terjangka, parut-parut emosi, ingatan yang menyakitkan, kehilangan persekutuan dengan Allah, perhubungan-perhubungan yang renggang, ikatan seksual, hati nurani yang tercemar, penyakit-penyakit seksual, kesukaran untuk maju ke depan, kepercayaan yang pecah, perasaan hilang harga diri, kemampuan berintim yang rosak, dan sebagainya.

Generasi cabul zaman kini menjadikannya lebih teruk. Penzinaan, ataupun, seks main cinta sepertimana yang dipanggil mereka, adalah biasa, ajaib dan tidak menyakitkan. Mereka mempromosikannya melalui lagu, wayang, buku novel, dan majalah yang penuh berahi. Mereka mempromosikannya dengan pakaian tidak senonoh dan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Mereka mencemuh kesucian dan keperawanan. Mereka memandang hina kekuasaan ibubapa yang mengehadkan aktiviti-aktiviti dengan jantina yang lain. Mereka tidak mempedulikan perkahwinan. Mereka membekalkan pil perancang dengan mudah. Mereka menimpa deria-deria bertalu-talu dengan gambar-gambar audio/visual untuk membinasakan penguasaan diri.

Kanak-kanak! Kamu harus betul-betul pertimbangkan dan mengingati amaran-amaran ibubapamu. Taatilahnya. Jangan fikir kamu lebih pandai. Jangan fikir bahawa ibubapamu itu sedang merampas kenikmatanmu. Janganlah memperdayakan dirimu sendiri. Kamu tidak tahu langsung tentang kesan-kesan sakit yang disenaraikan di atas. Kenikmatan jangka masa pendek dosa seksual itu tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan jangka masa panjang dan masalah yang sudah tentu menjelang. Hanya ibubapa dan pastor anda orang yang benar-benar ambil berat bagi masa depanmu yang berjaya. Jika kamu ada apapun hikmah, dengarlah mereka dan taatilah mereka!

Ibubapa! Adakah anda berterus-terang di dalam amaranmu kepada anak tentang bahaya itu? Adakah kamu membuat peraturan-peraturan sejak umur muda supaya menentang dating yang tidak bercaperon? Adakah kamu mempunyai peraturan-peraturan tegas bagi musik, wayang, bahan bacaan, kawan-kawan, dan aktiviti-aktiviti? Adakah kamu jelas-jelas menunjukkan daya tarikan dan kuasa nafsu seksual? Adakah kamu mengenalpastikan jelas-jelas kesan-kesan yang sakit itu? Jika kamu tidak melakukan hal-hal ini dengan terbuka dan dengan cekal, kamu bersubahat di dalam pembinasaan masa depan anak-anakmu. Ia tidak kira kalau kamu ada melaksanakan tugas-tugas lain, sebab tugas inilah yang mungkin perjuangan yang paling besar.

Pembaca! Adakah kamu melebihi umur nafsu orang muda? Bagus! Tetapi Bapamu benci penzinaan rohani – kompromi agama (Yak 4:4; 2Kor 6:14-18). Adakah kamu mencari dan mendengar khutbah doktrin yang kukuh (Luk 8:18; 2Tim 4:3-4)? Adakah kamu mengabdikan diri kepada jalan-jalan kuno Kristian rasuli (Yer 6:16; Yud 1:3)? Bahaya untuk melacurkan diri sungguh besar, terutamanya dengan godaan Kristian badaniah (2Tim 3:1-7). Tuhan Yesus Kristus tidak akan bertahan dengan kecuranganmu (Wah 2:20-23). Bertaubat! Kekalkanlah dirimu sebagai perawan yang suci (2Kor 11:1-2)!