5:8
Alihkan jalanmu jauh daripadanya, dan jangan mendekati pintu rumahnya:
Berapa dekat haruskah kamu ke cerun bukit di dalam kegelapan? Berapa dekat haruskah kamu membenarkan seorang bayi main berdekatan kolam renang? Berapa dekat haruskah juruterbang menghampiri kapal-kapal terbang yang lain? Berapa banyak titis racun arsenik yang dibenarkan ke dalam minuman? Semakin bahaya dan berisiko sesuatu benda, semakin jauh orang berhikmah akan menjauhinya. Pelajaran di sini adalah mudah, tetapi segelintir orang sahaja yang akan mematuhinya.
Perempuan asing, iaitu seorang pelacur atau penzina, ialah bahaya besar bagi manusia (Ams 5:1-5). Banyak rumah Kristian dan mimbar terlalu bersopan untuk bercakap terus-terang tentang dia, dan orang lain terlalu badaniah dan duniawi untuk mengambil peduli. Tetapi hikmah Allah adalah untuk mengenalpastikan dia, mengutuk dia, dan memberi kepada manusia hikmah yang serius dan yang praktikal untuk menentang perempuan asing. Mana-mana pun perempuan yang tidak berkahwin denganmu ialah asing kepadamu bagi apa pun kenikmatan intim, dan kamu harus menjauhkan diri daripadanya.
Untuk berdiam dalam isu ini adalah untuk melakukan pembunuhan moral dan menolak firman Allah, sebab perbuatan berkendak ialah ancaman yang sungguh besar bagi lelaki. Hanya segelintir lelaki boleh menolak perempuan menarik yang memakai perkataan dan tipu muslihat untuk mengundangnya kepada kenikmatan seksual (Ams 7:13-21). Simson, orang yang paling kuat, mendedahkan rahsia besarnya kepada seorang pelacur Filistin yang Simson sudah tahu ingin membinasakannya (Ams 7:26).
Amsal ini ada pelajaran yang mudah – suatu peraturan ajaib dari syurga. Adakah kamu benar-benar ingin berjalan dengan Allah dan menyenangkanNya dalam segala hal? Di sinilah hikmah: jauhilah perempuan asing, dan jangan mendekatinya. Rawatan bagi godaan seksual adalah untuk menjauhinya sejauh semungkin, seperti kamu ingin menjauhi cerun bukit dalam kegelapan. Jauhinya! Pergi jauh benar! Pergi jauh-jauh sekarang juga!
Godaan seksual terlalu kuat untuk bermain-main dengannya. Kamu harus melarikan diri daripada apa pun pengaruh malah pengaruh yang memimpin fikiranmu kepada perempuan yang lain. Kamu tidak dapat memperbenarkan apa pun fikiran sedemikian. Jauhilah dirimu! Kamu langsung tidak boleh bermain-main dengan godaan ini. Hai teruna, lari diri daripada nafsu-nafsu orang muda (2Tim 2:22)! Jika kamu memberi dosa ini apa pun ruang dalam hatimu, ia akan memperdayakanmu dan menggoda jiwamu dengan sungguh tidak terbandingkan. Jika perempuan asing diberi sedikit sahaja ruang terbuka ke dalam hatimu, kamu tidak akan ada kekuatan untuk menolak kata-katanya dan tipu dayanya.
Yesus memberitahu orang untuk mencungkil mata mereka keluar atau memenggal tangan mereka, ketika ia berkenaan godaan seksual. MaksudNya bukan untuk secara literal mencacatkan tubuhmu. MaksudNya adalah untuk memutuskan apa pun atau segalanya dalam kehidupanmu, tidak kira betapa bernilai atau berharga atau menyenangkan, jika ia menggodamu kepada dosa berkendak atau kepada dosa berzina yang mengutuk dan melaknatkan diri.
Paulus memberitahu orang supaya jangan membuat peruntukkan bagi daging, yang bermaksud mengelak apa pun yang membawa kepada kemungkinan berdosa (Rom 13:13-14). Jauhilah diri! Pergi jauh benar! Jangan ingin memberi dosa ini sedikit peluang pun untuk bermula. Jangan ingin pun nak memberinya kemungkinan. Lari! Berapa dekatkah harus kamu berjalan atau memandu dekat cerun bukit dalam kegelapan? Jauhilah bahaya sedemikian.
Tetapi lelaki bermain-main dengan televisyen, di mana perempuan yang cantik dengan kurang pakaian dan ketiadaan moral sungguh berkuasa untuk merangsangkan penglihatan untuk fikiran seksual. Daud, lelaki yang mengejar hati Allah, berazam supaya tidak menaruh apa yang durjana di hadapan matanya (Maz 101:3). Hai pembaca, kamu harus menganggap televisyen sebagai penceroboh yang bersenjata dan yang berbahaya pada waktu malam. Takut akan itu, dan bencilah itu.
Ayub membuat waad dengan matanya untuk elak memandang atau memikir pun mana-mana perempuan yang lain daripada isterinya (Ayb 31:1). Dia mengenal godaan untuk memikir secara seksual tentang perempuan di kalangan para pekerja di rumahnya. Dan dia merayu untuk mendapat penghakiman teruk, jika dia melakukan itu (Ayb 31:9-12). Agaknya berapa banyak waktu menonton televisyen yang kamu fikir wajar bagi seorang lelaki yang takut akan Allah dalam seminggu?
Tetapi lelaki bermain-main dengan bahan lucah (pornografi), di mana banyak teknik telah dipakai untuk menghasilkan gambar-gambar yang paling menarik. Perempuan asing dalam gambar-gambar itu ialah segalanya yang dikhabarkan amaran Solomo. Untuk mengemukakan alasan bahawa tiada yang dipedihkan pornografi adalah untuk mengetepikan Allah, isteri semasa atau isteri masa depanmu, jiwamu sendiri, dan anak-anakmu. Gambar lucah akan membinasakanmu dari dalam hati sampai keluar.
Lelaki bermain-main dengan kolam renang, pantai, dan kapal layar, di mana kain perempuan kerap kali kurang daripada pakaian dalam, walaupun lebih menarik daripada pakaian dalam. Apakah yang salah dengan rekreasi atau cuti sedemikian? Amsal 5:8, menunjukkan apa yang salah! Lelaki yang cuba memperbenarkan dirinya dalam situasi-situasi demikian seumpama orang yang menyalakan api untuk membakar rumahnya dan cuba tidur di dalamnya.
Tetapi lelaki bermain-main dengan pusat membeli belah dan dengan restoran yang popular, di mana perempuan yang kurang berpakaian mempamerkan diri ke sana ke mari dengan pakaian yang menggoda dan dengan kemesraan yang provokasi. Tempat-tempat demikian mungkin merupakan mata dan tangan yang harus kamu potong daripada kehidupanmu! Adakah kamu rela untuk mencungkil keluar atau memotong hal-hal ini untuk mengelak bahaya? Mungkinkah Yusuf, Ayub, Daud, atau Yesus makan di sana?
Lelaki bermain-main dengan situasi di pejabat, di mana setiausaha dan/atau rakan sekerja perempuan bersaing untuk perhatian lelaki dengan pakaian yang sensual, jalan-jalan yang main cinta, dan pengampuan. Kamu tidak dapat meletak jawatanmu kerana godaan seksual? Penyelesaian itu terlalu melampau bagimu? Adakah itu nasihat yang akan diberimu kepada Yusuf, yang telah kehilangan jawatannya yang besar dan memasuki penjara untuk mengelak godaan puannya?
Yusuf tahu apa untuk dibuat. Dia melarikan diri daripada kehadiran Puannya dengan sebegitu cepat sehingga dia meninggalkan jubahnya di dalam tangannya. Dan dia melakukan itu dengan kesedaran penuh akan kesan-kesan pilihannya yang wajar itu (Kej 39:7-20). Dia disaman, disabitkan kesalahan, dan dipenjarakan bagi usaha merogol, tetapi Tuhan menaruh dia ke atas takhta Mesir lalu memberkati isterinya yang sah dengan dua anak yang akhirnya menjadi dua suku kaum Israel.
Lelaki bermain-main dengan jiran, ahli-ahli gereja, dan kawan-kawan yang lain. Pilihannya mudah sahaja – jauhkan diri daripada situasi itu atau siapkan diri untuk mati. Kamu tidak boleh bermain-main dengan api dan harap untuk tidak dibakar. Kamu tidak boleh berjalan di tepi cerun bukit dalam kegelapan dan harap untuk tidak jatuh. Walaupun perbuatan berzina atau berkendak itu tidak dilakukan, kerosakan kepada jiwamu hasil khayalan-khayalan seksual akan mendalam dan menjadi kekal, tanpa rahmat kesembuhan Allah. Fikiran tentang kebebalan adalah berdosa (Ams 24:9).
Jika kamu perlu membatalkan langganan majalah-majalah atau Internet, terus batalkannya. Jika kamu perlu tukar gim untuk mengelak perempuan berpakaian ketat, maka tukarlah keahlian gimmu. Jika kamu tidak dapat lagi bercuti di tepi pantai, maka belajarlah untuk bercuti di pergunungan. Jika kamu perlu buat permohonan untuk memindahkan kerjamu jauh daripada setiausaha di jabatanmu, maka mohonlah untuk itu dengan serta-merta.
Hai orang Kristian, jika kamu menjauhi diri daripada perempuan asing, kamu tidak akan berada bersamanya. Mudah kan? Tetapi Syaitan dan generasi ini sedang cuba memasukkannya ke dalam rumahmu dengan saluran televisyen, Internet, majalah, telefon bimbit pintar, dan media-media massa lain di dalam masyarakat moden kita. Kamu harus memotong dan memutuskan peluang-peluang ini. Jika kamu tidak dapat mengawalnya, maka singkirkan segala-galanya.
Pilihan ada padamu. Jika kamu mengasihi Tuhan Yesus Kristus, maka kamu akan melarikan diri daripada apa pun yang membawa kepada dosa terhadap TUHAN. Jika kamu mengasihi kekudusan, maka kamu akan membenci kedurjanaan dan salah satu godaan yang paling besar terhadapnya – perempuan asing. Bencilah dia! Sebab dia akan melaknatkan jiwamu hanya kerana kenikmatan, dan itu untuk beberapa saat sahaja. Neraka akan kekal untuk selama-lamanya!
Tuhan Yesus digoda dari semua segi seperti kamu digoda, namun Dia tidak pernah berdosa. Dia tahu tentang godaan seksual, tetapi Dia memanggilmu dengan kekuasaanNya dan kasih sayangNya untuk mengelak perempuan asing. Biar setiap orang yang menyebut nama Kristus meninggalkan kejahatan (2Tim 2:19).