Amsal · Proverbs

5:6
Supaya jangan-jangan kamu merenungi jalan kehidupan, jalan-jalan dia berubah-ubah, sehingga kamu tidak dapat mengenalnya.

Hai anak lelaki, musuhmu yang paling besar pandai menyesuaikan diri. Dia akan mengubahkan kaedah-kaedahnya supaya dapat menggodamu dan mengekalkanmu bersamanya, sebab dia tidak boleh membiarkan dirimu adanya peluang untuk menyelidiki kehidupanmu atau mempertimbangkan kesan-kesan berurus lebih lanjut dengannya. Adakah kamu mengenal musuh ini? Adakah kamu mengenal taktik-taktiknya? Adakah kamu tahu bagaimana untuk menyelamatkan dirimu daripada dia? Biar diri berwaspada dan hidup, hai anak lelakiku (Ams 5:1)!

Solomo memakai banyak amsal untuk memberi amaran kepada lelaki tentang perempuan asing dan bagaimana itu membinasakan lelaki (Ams 7:26; 23:28). Perempuan asing ialah mana-mana pun wanita yang bukan isterimu, tetapi terutamanya seorang yang lacur; Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya dengan cukup teliti tentang perempuan itu (Ams 5:1-5). Dia sendiri sudah tahu kepedihannya, dan pengalaman berkata bahawa perempuan tersebut merupakan ancaman yang sungguh besar untuk membinasakan lelaki muda (Pkh 7:25-29).

Solomo mengenal banyak godaan perempuan tersebut. Dia tahu tentang kata-katanya yang mengampu(Ams 6:24), kecantikannya (Ams 6:25), pandangan matanya(Ams 6:25), ciumannya (Ams 7:13), akhlaknya yang berpura-pura (Ams 7:14), sayangnya yang romantis (Ams 7:15), persetubuhannya yang kreatif (Ams 7:16-18), dan sikap cermatnya supaya selamat berasmara bersama (Ams 7:19-20). Tetapi lelaki itu tidak mengenal segalanya yang perempuan itu tahu.

Hal untuk melepaskan diri daripada perempuan asing mewajibkan lelaki untuk menyelidiki secara serius dan secara tidak beremosi akan kehidupannya dan akan hasil-hasil masa depan tindak lakunya sekarang. Renungan dalam ketenangan akan menyatakan kepada dirinya bahawa dia sedang digantung di atas lubang neraka, dengan kepedihan dan maut pahit sebagai hasil-hasil yang pasti. Segalanya yang dapat perempuan ini tawarkan ialah kenikmatan yang sekejap dan sementara sahaja. Lelaki harus dengan serta-merta pergi sejauh semungkin daripadanya.

Seorang pelacur tidak boleh membiarkanmu untuk berfikir secara serius, sebab itu akan merosakkan rancangannya, maka dia akan memakai segala tipu helah untuk memastikan kamu tidak sedar akan situasimu yang membinasakan diri. Dia menggodamu dengan tidak terhenti-henti dengan pelbagai cara, supaya kamu tidak dapat melepaskan diri daripada daya tarikannya. Dia memakai naluri-naluri perempuan, didikan neraka, dan godaan keiblisan untuk memastikan dirimu tidak dapat teguh berdiri dan akan kekal di bawah pukauannya. Dia tidak mampu membiarkanmu mempertimbangkan jalan-jalanmu. Dia mahu mengekalkan jiwamu supaya terus diperhamba keinginan-keinginannya.

Solomo telah belajar dengan cara yang keras bahawa “hatinya merupakan jerat dan jaring, dan tangannya adalah seperti belenggu” (Pkh 7:26). Jerat dan jaring ialah alat-alat yang dipakai orang untuk memerangkap binatang-binatang yang tidak sedar atau burung atau ikan. Jerat itu disembunyikan daripada pandangan; ia kerap kali berubah kedudukannya; dan ia ada umpan yang menarik yang sudah siap dipasang. Perempuan yang lacur adalah seperti binatang-binatang pemangsa, yang sedang mendekam, menghendap, menyembunyi, dan kemudian menerkam mangsa-mangsa mereka yang tidak sedar akan kebinasaan nyawa mereka (Ams 23:27-28; 22:14).

Simson tahu Delila berusaha untuk membinasakannya, melalui tiga peristiwa; namun dia tidak dapat menahan tipu helah godaannya, lalu Delila membinasakan orang kuat itu (Hak 16:4-21; Ams 7:26). Kebinasaan Simson adalah sukar untuk dipercayai, demikian juga Solomo memberi amaran yang jelas dalam amsal di sini. Tamar tahu bahawa dia harus mengubahkan wajahnya dan jalannya untuk memerangkap Yehuda, dan rancangan itu berjaya (Kej 38:12-19).

Orang pelacur boleh main tarik harga – atau mudah untuk diperoleh. Mereka mungkin bersikap gasang dan kotor – atau bersikap jujur dan mulia (Ams 7:14). Mereka boleh menawarkan kasih – atau memberi ancaman balas dendam. Mereka mungkin memerangkapmu dengan perkataan – atau dengan sentuhan. Mereka boleh bersikap rahsia – atau bersikap berani. Mereka mungkin dapat menyatakan diri seperti mahu menghilang – atau berjanji untuk mencintai sampai ke akhirat. Mereka boleh berpura-pura tidak tahu dan berakhlak mulia – atau mereka boleh berani dengan liar sekali. Mereka akan berubah-ubah untuk mengikatmu kepada diri mereka!

Hai teruna, keselamatan yang pasti adalah untuk menjauhi dirimu daripadanya (Ams 5:8; 4:15; Rom 13:14). Jangan memperdayakan dirimu sendiri tentang kemampuanmu untuk menahan godaannya. Untuk mendedahkan dirimu sendiri kepada tipu helahnya adalah di luar kemampuanmu untuk bertahan. Hampir mana-mana perempuan yang lacur pun merupakan godaan yang terlalu besar bagi mana-mana lelaki, maka jauhilah diri, sekarang! Lari diri dengan lekas dan dengan jauh sekali (Kej 39:12; 2Tim 2:22)!

Kamu tidak akan dapat melepaskan diri daripada alu-aluan seorang perempuan kecuali kamu merenungi jalan kehidupan. Adakah kamu menyelidiki dirimu sendiri di dalam cahaya firman Allah, di mana jalan kehidupan dinyatakan dengan teliti bagimu (Maz 139:23-24)? Adakah kamu bersiap sedia untuk khutbah firman Allah untuk menginsafkan dirimu daripada apa pun kesalahan dalam kehidupanmu? Inilah kegiatan yang wajib bagi keselamatanmu dan kejayaanmu dalam kehidupan (2Kor 13:5).

Melebihi perempuan lacur, iblis juga merupakan musuhmu. Dia merayau-rayau untuk mencari sesiapa pun yang dia dapat baham, seperti seorang perempuan sundal yang mencari mangsa (1Pet 5:8). Pakailah seluruh perlengkapan perisai Allah, dan berdiri teguh menentang tipu helahnya yang menggoda (Efe 6:10-19). Yesus menentang tiga usaha terbaik iblis untuk membinasakan DiriNya dengan memakai firman Allah dengan waras, serius, dan takzim (Mat 4:1-11).

Melebihi kegiatan mempengaruhi perempuan lacur dalam taktik durjana mereka untuk menggoda, si iblis juga mempengaruhi gereja-gereja palsu untuk mengubahkan kaedah-kaedah mereka untuk menipu jiwa-jiwa yang tidak teguh (2Pet 2:14). Yang paling ulung di kalangan gereja-gereja tersebut ialah gereja yang berada di Rom, yang telah menggoda berbilion-bilion jiwa ke dalam rumah lacur agamanya dengan banyak ciptaan rohani yang membinasakan (Wah 17:1-6).

Yesus telah digoda dari segala segi, namun tanpa berdosa (Ibr 2:17-18; 4:15). Sementara merupakan manusia yang sempurna, Dia mengalami perempuan yang berniat jahat dan yang lemah memburu jiwaNya (Ams 6:26), tetapi Dia dengan mulia telah menahan mereka semua. Sesudah menjalani suatu kehidupan yang sebegitu berjaya, Dia merupakan imam yang paling berbelas kasihan bagi orang yang menghadapi godaan-godaan demikian. Pergilah kepadaNya untuk kekuatan, dan pergilah kepadaNya untuk pengampunan.