Amsal · Proverbs

6:13
Dia mengenyit dengan matanya, dia bercakap dengan kakinya, dia mengajar dengan jarinya;

Berhati-hati dengan bahasa tubuh. Orang jahat sering kali menyembunyikan niat jahat di sebalik mata, isyarat tangan, atau isyarat kaki. Daripada menyebut matlamat jahat mereka terang-terang dan ditolak sebagai jahat, mereka memakai ragam yang tidak langsung bagi kejahatan mereka. Seseorang yang berhikmah akan mengecami orang-orang munafik ini, walaupun mereka berusaha untuk menyembunyikan rancangan mereka yang berniat jahat itu. Setiap orang yang mulia patut menolak ragam yang rahsia sebegitu dan menjadikan niat baik mereka mudah dikenali.

Amsal ini tersepit di antara amsal yang mengenalpastikan subjek petikan ini sebagai orang yang jahat, berniat buruk, dan nakal (Ams 6:12,14). Ini bukanlah perbuatan mengenyit, pergerakan kaki dan ajaran jari yang biasa. Konteks ini mewajibkan bahawa isyarat-isyarat tubuh ini ialah sebahagian daripada ragam orang babil dalam komunikasi fikiran jahatnya kepada orang lain. Orang yang berhikmah dan berniat baik memakai perbuatan mengenyit, gerakan kaki dan telunjuk jari untuk menunjukkan sesuatu tidak perlu takut akan amsal ini.

Orang jahat dikawal oleh kebebalan dan kejahatan dalam hati mereka (Ams 6:14). Mereka tidak dapat menghentikan fikiran atau tindak-laku mereka yang berdosa itu (Ams 6:14). Mereka menjalani hidup dengan mulut yang babil, angkuh dan memberontak (Ams 6:12). Mereka selalu sibuk di dalam kerja mencerai-beraikan orang (Ams 6:14). Mereka tidak dapat rehat jikalau orang semua beraman-damai, kerana mereka selalu ingin bersengketa (Maz 55:21; 120:7). Mulut, mata, kaki, dan jari mereka semua bekerja menuju satu matlamat – untuk menipu orang lain.

Yudas mengkhianati Tuhan Yesus Kristus dengan satu ciuman (Luk 22:47-48). Luka daripada kawan lebih baik daripada ciuman sedemikian (Ams 27:6). Perempuan jalang tidak mengumumkan dengan terbuka bahawa mereka itu jalang – mereka berkomunikasi niat mereka dengan mata, pakaian, dan gerakan tubuh mereka (Ams 6:25; 7:10; Yes 3:16-23). Kanak-kanak pemberontak menjeling mata terhadap ibubapa mereka daripada mengeluarkan kata-kata kutuk, tetapi Allah menganggap kedua-duaperbuatan itu sama tahap kejahatannya (Ams 20:20; 30:17).

Amsal ini mengajarmu untuk mengenalpastikan orang jahat melalui mulut angkuh mereka dan bahasa tubuh mereka yang berselindung-selindung. Ini supaya kamu dapat mengelak mereka supaya jangan kamu menjadi mangsa niat jahat dan komunikasi berselindung-selindung mereka, dan supaya kamu tahu bahawa Allah akan menghakimi mereka tanpa penawar tidak lama lagi (Ams 6:15). Allah yang berbahagia dan kudus di syurga membenci orang yang sedemikian (Ams 6:15-19). Jauhilah orang yang bahaya ini. Kalau tidak, mereka akan mengambil kesempatan atasmu ketika ia menguntungkan mereka (Ams 10:10; Maz 35:19).

Amsal ini juga mengajarmu untuk menjadi terus-terang, jujur dan berakhlak mulia dalam tutur kata dan tindak laku. Pertuturan dan bahasa tubuh orang yang benar haruslah jauh berbeza dengan orang semacam ular yang dijelaskan di atas. Kata-katamu haruslah jelas, ringkas lagi padat, mulia, dan wajar. Tindaklakumu harus terbuka dan jujur tanpa apapun unsur subversif [menjatuhkan orang], atau apapun yang kelihatan sedemikian. Biarlah pandanganmu itu terkawal, serius dan tenang [sober] dan cekal, tanpa mengenyit. Biar kakimu hanya dipakai untuk berjalan. Dan biarlah jarimu hanya menunjuk kewajaran di hadapan semua orang.

Yesus Kristus ialah Orang yang sedemikian, mengisytiharkan hal-hal terbuka kepada dunia, mengajar dengan terang-terang di saumaah dan bait Allah, dan tidak menyatakan apa-apa dalam rahsia (Yoh 18:20). Dia dipanggil sebagai Setia dan Benar, kerana Dia yang setia dan saksi yang benar (Wah 3:14; 19:11). Hamba-hamba Allah yang benar adalah seperti Dia kerana memakai ucapan yang terang tanpa kelicikan atau perdayaan (2Kor 3:12; 4:1-2). Adakah kamu mengenal Yesus Kristus? Adakah kamu memiliki salah seorang pastorNya untuk mengajarmu?