6:32
Tetapi sesiapa yang melakukan zina dengan perempuan kurang ada pemahaman: dia yang melakukan itu membinasakan jiwanya sendiri.
Perzinaan ialah perbuatan membunuh jiwa dan amat bodoh. Sementara mencuri makanan kerana kelaparan boleh difahami, meskipun pencurian itu harus dibayar balik, perzinaan pula tidak dapat dijelaskan atau diperbenarkan (Ams 6:30-31). Langsung tiada apa pun keperluan atau keadaan terdesak untuk menjadi alasan bagi jenayah yang sebegitu keji ini.
Godaan untuk berbuat zina mungkin memang sungguh besar, tetapi ia melibatkan percabulan yang jauh lebih teruk daripada mencuri makanan semata-mata, dan ia merosakkan reputasi sendiri dengan teruk sekali dan layak untuk hukuman yang tidak boleh dielakkan dengan apa pun bayaran untuk memuaskan mangsa.
Salomo dan isterinya mengajar dan memberi amaran kepada anak lelaki mereka tentang bahaya perempuan asing (Ams 6:20-35). Perempuan lacur, sama ada pelacur ataupun penzina, menjadi ancaman yang sungguh besar kepada nyawa dan jiwa lelaki, terutamanya lelaki muda. Kedua-dua ibubapa tersebut dengan terus terang dan dengan keras sekali mengutuk jenayah yang cabul ini bagi keselamatan anak lelaki.
Konteks mendorong tafsiran. Mencuri untuk memuaskan kelaparan ada munasabahnya. Manusia tidak akan memandang hina seorang pencuri atau jenayahnya dalam situasi begitu, meskipun mereka akan menuntut bayaran yang mencapai takat penuh aset pencuri itu (Ams 6:30-31). Namun, perzinaan ialah jenayah yang layak untuk hukuman mati, yang orang adil, secara persendirian dan secara politik, memandang hina si pelanggar itu dan kesalahannya (Ams 6:32-35).
Orang sedemikian membinasa jiwanya dengan membinasa reputasinya dan mengorbankan nyawanya sendiri, bukan asetnya sahaja. Daripada mencuri untuk mengekalkan jiwanya, atau nyawanya (Ams 6:30), dia berbuat zina dan mengorbankan jiwanya, atau nyawanya (Ams 6:32). Tidak ada apa pun untuk difahamkan dalam pelanggaran ini; tiada apa pun jalan untuk menyelesaikannya; tiada bayaran untuk memberi pampasan. Ia dosa yang keji yang harus dihukum (Ayb 31:9-12). Perzinaan haruslah dipandang hina dan dibenci oleh setiap orang yang mulia.
Perbezaan di antara perbuatan mencuri untuk penghidupan dengan perzinaan sungguh bernilai. Pertama, perzinaan tiada apa pun keperluan dan dengan itu menyatakan semangat yang kebinatangan dan yang cabul; ia membuktikan kekurangan pemahaman. Kedua, walaupun mencuri mewajibkan pampasan yang sungguh besar menurut hukum Allah, perzinaan pula merupakan jenayah hukuman mati dalam pertimbangan penghakiman kudus Allah. Ketiga, aib itu kekal elbih lama, malah selama-lamanya, seperti ia kekal bagi Daud sampai hari ini pun. Keempat, barangan yang tercuri boleh dibayar balik, tetapi tiada jalan untuk membayar balik kenikmatan yang tercuri. Tiada apa pun tebusan atau pemberian yang dapat dijadikan pampasan bagi perzinaan.
Amsal ialah peraturan am: amaran keras sekali kepada anak lelaki Salomo, tanpa kelayakan ataupun kekecualian, yang hanya akan mencairkan kekerasan pelajaran. Raja Salomo tahu bagaimana ayahnya dan ibunya telah bertemu – di pertiduran yang berzina. Lelaki yang mengejar hati Allah sebelum itu dan selepas itu, telah menunjukkan daya penghakiman yang sungguh kurang, keterikatan kepada nafsunya yang kebinatangan dan yang merajalela, dan usaha yang sungguh terdesak sebagai pembunuh untuk menutupi jenayahnya yang memalukan itu.
Walaupun sudah diampuni Allah dan manusia, dan diberi kuasa untuk meneruskan jawatan-jawatannya, kehidupan Daud diaibkan dosa ini sejak hari itu sampai sekarang. Walaupun dia bertaubat dengan salah satu dukacita yang paling mendalam yang tercatat di Alkitab, dia telah menerima hukuman daripada Allah dalam pelbagai bentuk untuk seluruh sisa hidupnya. Walaupun tidak mengulangi semula dosa itu, peristiwa yang satu sahaja itu besar kemungkinan telah merosakkan moral beberapa anak. Misalnya, Amnon, Absalom, Adonia, dan Salomo.
Hikmah Allah yang disampaikan amsal ini menjadikan perzinaan dosa yang teruk sekali dengan kesan-kesan yang buruk. Tetapi dunia mengglamorkannya melalui media hiburan dan melalui gaya hidup orang-orang yang terkenal. Kerajaan sivil, daripada menjadi hakim dan pelaksana hukuman bagi jenayah sebegitu, tidak mempedulikannya sama sekali. Gereja-gereja pula, daripada mengenalpasti dan menyingkir para pelanggar sebegitu, mengkhutbahkan pengampunan yang tiada isi lalu menutupi mata kepada dosa itu.
Oleh sebab itu, ia hikmah untuk membenci dosa dengan segala kekuatanmu. Ia hikmah untuk mengelak apa pun yang menggodamu untuk melakukan jenayah yang keji itu. Ia hikmah untuk jangan sesekali membenarkan Hollywood merobohkan daya pertahananmu melalui novel, soundtrack, atau drama menarik untuk menikmati perlakuan durjana ini melalui tontonan perbuatan orang lain. Ia hikmah untuk mencari suatu kerajaan yang menganggap dosa ini seperti yang dianggap Alkitab. Ia hikmah untuk mencari gereja di mana perzinaan ditentang dalam khutbah dan para pelanggar dihukum.