6:33
Suatu luka dan aib akan diperolehnya; dan malunya itu tidak akan dapat digosok keluar.
Perzinaan patut membawa maut (Ima 20:10; Ula 22:22). Tetapi jika tidak, ia membawa aib dan malu di kebanyakan masyarakat. Para penzina patut memakai “A” merah. Perzinaan tidak boleh dipertahankan, didalihkan, dijelaskan, diperbenarkan, atau dirasionalkan. Ia jenayah yang keji untuk dihukum oleh para hakim (Ayb 31:9-10). Ia pelanggaran yang tidak munasabah yang orang lain tidak boleh faham (Ams 6:30-32).
Raja Salomo tahu perzinaan merupakan ancaman kepada anak lelakinya dan dosa yang menggoda dan yang membinasakan bangsanya. Dia telah menyaksikan kesan-kesan perzinaan kepada keluarganya sendiri (2Sam 11-13). Dia mengutuk perzinaan dengan apa pun cara yang mungkin. Dia membencinya kerana perzinaan punya keterikatan,pembinasaan kepada keluarga, penyakit, perbelanjaan, anak luar nikah, reputasi rosak, pasangan yang suka berbalas dendam, maut, dan neraka.
Pengutukan panjang terhadap perzinaan ini ada dua hujahan utama (Ams 6:20-35). Pertama, oleh sebab ia tidak dapat dipertahankan dan tidak rasonal, manusia tidak akan memaafkannya, maka ia merosakkan reputasi (Ams 6:26-33). Kedua, oleh sebab ia tidak dapat diperbenarkan atau diberi penjelasan munasabah, ia biasanya tidak mungkin untuk menenangkan suami yang cemburu (Ams 6:34-35). Hujahan-hujahan Salomo patut membantumu membenci perzinaan.
Apakah luka? Hukuman oleh majistret, masyarakat, atau seseorang suami yang sudah dicabuli pernikahannya (Ams 6:30-35)! Semua sedang dipertimbangkan melalui konteks. Sementara seseorang pencuri dapat menebus dirinya dengan membayar pampasan semula, si penzina pula tidak boleh melakukan apa pun untuk menguraikan dosanya bahkan sedikit pun tidak.
Apakah aib? Akhlak, hidup, nama, dan reputasi seseorang lelaki sudah diaibkan dan dimalukan. Lelaki yang lapar yang mencuri makanan tidak dipandang hina, tetapi perzinaan pula tiada alasannya. Oleh sebab itu, perzinaan cukup-cukup durjana dan patut ditolak dengan sekuat-kuatnya.
Apakah malu yang kekal itu? Skandal dan stigma dosa yang mengisytiharkan kekurangan pemahaman! Ia tidak boleh digosok bersih, kerana tiada pampasan atau penjelasan. Walaupun seorang pencuri membayar balik harta yang dicuri, seorang penzina pula langsung tidak dapat menterbalikkan jenayahnya.
Bandingkan hikmah Allah dan kebebalan dosa. Hollywood menggalak dan mengglamorkan perzinaan, sementara firman Allah mengutuk itu sebagai tindakan yang tidak waras dan yang cabul. Yang mana satu akan kamu percaya dan taat, hai pembaca? Jangan tutup mata kepada maut dan neraka di sebelakang selimut katil itu (Ams 2:18; 5:5; 9:18).
Mungkinkah adanya harapan untuk penzina? Ya, hanya bagi penzina yang bertaubat! Allah telah melukakan satu-satunya Anak Tunggalnya bagi mereka (Yes 53:5). Dia telah dipandang hina dan ditolak Allah dna manusia bagi mereka (Yes 53:3-4). Dia juga telah menjadi aib bagi pihak mereka (Ams 22:6; 69:20)! Oleh sebab korbanNya dan penderitaanNya bagi mereka, Daud dan Maria dan orang lain seperti mereka boleh menemui pengampunan, damai, dan pemulihan dengan Allah dan manusia. Haleluya! Ajaibnya Juruselamat kita!