Amsal · Proverbs

6:31
Tetapi jika dia ditemui, dia akan mengganti rugi tujuh kali ganda; dia akan memberi segala harta rumahnya.

Mencuri ialah jenayah, malah jika niatnya untuk memperoleh makanan ketika lapar. Seorang lelaki dapat mengemis atau meminjam makanan, jika dia ada kecemasan. Walaupun orang tidak memandang hina seorang pencuri kerana mencuri makanan kerana lapar, mereka masih akan menghukumnya menurut hukum kerana melanggari hak milik orang lain (Ams 6:30). Jika terlalu angkuh untuk mengemis atau meminjam, maka dia akan direndahkan kepada perhambaan untuk mengganti barang yang telah dicuri dan memberi pampasan yang sewajarnya kepada pemilik yang berhak.

Amsal ini ialah sebahagian pengutukan Salomo bagi perzinaan, sebab tiada perbenaran bagi jenayah yang hina itu (Ams 6:27-35). Manusia mungkin faham mencuri kerana kelaparan, tetapi mereka masih akan tuntut pemulihan penuh. Tetapi perzinaan tidak dapat difahami! Ia tidak dapat diterbalikkan dengan apa pun jumlah bayaran, dan manusia tidak dapat faham mengapa jenayah sedemikian boleh dibuat, kerana ia melanggari lelaki punya hak milik yang paling intim tanpa apa pun kemungkinan pemulihan atau penggantian.

Orang zaman purba tidak merekaciptakan hak milik atau perlindungan harta milik. TUHAN Allah Jehovah Israel telah menentukan hukum itu dengan menulis di loh batu, “Kamu tidak akan mencuri” (Kel 20:15; Ula 5:19). Ketika ditemui, para pencuri kena memulihkan barang-barang tercuri dan barang-barang pampasan dengan kadar dua kali ganda sampai kadar tujuh kali ganda apa yang telah dicuri (Kel 22:1-15). Jika si pencuri tidak dapat bayar, maka dia dijual ke dalam perhambaan untuk menjelaskan hutangnya. Bandingkan itu dengan kebebalan penjara si penghutang yang sekarang ada!

Setakat mana hukum Allah untuk melindungi hak milik? Jika kamu menangkap seorang pencuri di rumahmu, kamu ada hak untuk membunuhnya. Allah memahami nilai keselamatan pada waktu malam dan adrenalin yang menderu ketika pencuri ceroboh masuk rumahmu. Walau bagaimanapun, jika kamu menemui seorang pencuri menjual barang-barangmu pada hari kemudian di pasar lambak, maka kamu tidak dapat mengenakan pembalasan fizikal terhadapnya. Pencuri itu harus semata-mata mengganti harta milik yang tercuri itu (Kel 22:2-3).

Pampasan sedemikian dapat mengurangkan penjara di negara. Jika seseorang pencuri tidak dapat bayar, maka jual dia sebagai hamba di sektor swasta. Para pencuri tidak dapat “membayar hutang kepada masyarakat” dengan berdiam di ruang selesa, makan tiga kali sehari, memiliki pakaian yang elok, dan bermain daun. Sebaliknya, pampasan menuruti hukum Tuhan akan menjadikan si pencuri lekas belajar nilai harta milik dan kebebasan tanpa apa pun beban kepada pembayar cukai negara.

Hak milik bukanlah suatu rekacipta kapitalisme atau teori politik atau teori ekonomi. Hak milik merupakan kehendak Allah yang ternyata dan hukum untuk masyarakat. Dia melindungi aset-asetmu daripada orang lain, orang yang kerana iri hati atau ketamakan mendambakan apa yang bukan milik mereka dan akan dengan selindung-selindung atau dengan ganas cuba mengambil apa yang merupakan milikmu. Jika kamu mengenal itu, maka berjaga-jaga untuk melindungi harta milik orang lain, lebih banyak lagi daripada harta milikmu (Kej 31:39; 1Sam 25:14-16; Ams 16:11; 20:10,14,23; 22:28; 23:10; 1Kor 6:7-8; Flp 2:4).

Hai pembaca, adakah kamu faham bahawa perzinaan itu lebih teruk, kerana kerosakan yang telah dibuat tidak dapat dibaiki, dan kerugian itu jauh lebih banyak? Maka Allah mewajibkan hukuman mati bagi dosa yang pada zaman kini sudah diglamorkan dan dilindungi (Ima 20:10; Ula 22:22-24; Ayb 31:9-12; Ibr 13:4). Jika fikiran seorang pencuri mencerobohi rumahmu dan mengambil barang-barangmu itu menjadikanmu marah, maka kamu harus lebih marah terhadap apa pun fikiran perzinaan. Jagalah hatimu dengan segala ketekunan untuk memandang hina dan membenci apa pun khayalan untuk melukakan perkahwinan orang lain melalui perzinaan.

Allah menyamakan perhubungan umatNya kepadaNya dengan perkahwinan, maka Dia menganggap persahabatan yang kamu ada dengan dunia sebagai perzinaan rohani (Yak 4:4). Dia membenci dunia, dan dunia membenciNya, maka main cintamu dengan kawan-kawan duniawi, gaya hidup duniawi, atau filsafat duniawi adalah keji kepadaNya ibarat isteri berasmara dengan musuh suami. Jadilah setia dan tunggal hati keapdaNya pada hari ini juga, biar Dia tahu bahawa kamu juga membenci dunia dan tidak mahu menyentuhnya.