6:9
Berapa lama akan kamu tidur, hai si lamban? bilakah akan kamu bangun daripada tidurmu?
Tidur boleh menjadi hal yang bahaya, jika kamu mendapat terlalu banyak tidur, atau jika kamu terlalu banyak suka tidur. Ia terutamanya membahayakan orang muda, yang ditekankan Salomo dalam tulisan Amsal.
Pukul berapa kamu bangun? Bagaimana kamu bangun? Masa dan cara yang kamu bangun pada waktu pagi memberi kesan kepada kejayaanmu atau kegagalanmu dalam kehidupan. Orang hebat dapat mendahului orang lain pada waktu pagi.
Mereka menyerang setiap hari sebagai kesempatan, daripada menganggapnya sebagai hukuman. Ada faktor-faktor yang lain juga, tetapi mencintai katilmu pada waktu pagi akan membazirkan potensimu.
Betapa praktikal kitab ini! Orang yang memikir bahawa Alkitab tidak relevan lagi dan merupakan buku teologi ketinggalan zaman yang hanya berguna untuk mengumpul habuk di almari, tidak pernah membacanya. Salomo, orang yang paling berhikmah dan raja yang paling berjaya, mengenal kebebalan kemudaan dan kebebalan kemanusiaan, maka dia memberi amaran kepada anak lelakinya dan kamu terhadap hal suka tidur atau tidur telalu lama (Ams 6:6-11; 10:5; 19:15; 20:13; 21:17; 23:21; 24:30-34).
Orang muda keras bermain dan keras tidur. Sementara mereka tidak ada beban tanggungjawab untuk menjadi berhasil bagi sebuah keluarga, mereka akan memakai setiap minit yang mungkin di bawah selimut sebelum terjaga daripada tidur dan terhuyung-hayang pada siang hari. Tetapi mereka bukan satu-satunya orang demikian. Sesetengah orang tua fikir mereka memerlukan lebih tidur kerana mereka sudah bekerja keras dalam kehidupan.
Sesetengah perempuan memikir bahawa mereka boleh menghilangkan siang hari dengan kekal berbaring di katil di bawah selimut yang selesa. Mendekapi bantal dan selimut membantu mereka untuk menangguh-nangguh dan berkhayal kesenangan tidak bekerja. Sebaliknya, mereka ada kurang lagi masa, kurang tenaga, dan lebih banyak untuk buat ketika bangun. Perempuan muda, yang memakai kebanyakan waktu dalam sehari untuk bermain pada zaman kini, tidak dapat membayangkan mengapa mereka harus sesekali pun bangun.
Pepatah, “Awal ke katil, dan awal bangun, akhirnya sihat, kaya, dan berhikmah”, dianggap hasil karangan Benjamin Franklin, walaupun ia pepatah yang sudah wujud sebelum dia dilahirkan. Mark Twain, yang memikir bahawa bangun sebelum 9.30 pagi ialah kejahatan yang teruk benar, memperlekehkan amsal Ben. Tetapi Allah dan Salomo telah memberi peraturan yang berilham 3000 tahun dahulu. Suatu pendekatan yang awal membawa kepada hikmah (Ams 8:17). Dan suatu pendekatan yang awal membawa kepada kemakmuran (Ams 6:9-11; 20:13; 24:33-34).
Adakah kamu letih pada waktu pagi? Maka pergilah tidur lebih awal. Tidur pada waktu perdana bukan sahaja akan membantumu bangun pada awal pagi, tetapi juga akan menyelamatkanmu daripada apa yang paling teruk yang Hollywood dapat menawar kepadamu. Kamu tidak dapat tidur lena pada waktu malam? Maka pergilah bekerja dan biar dirimu kurang tidur. Kalau segalanya pun sama seperti biasa, seseorang yang berjerih lelah akan tidur dengan sungguh lena (Pkh 5:12).
Adakah ia sukar untuk bangun pada waktu pagi? Pupuklah suatu tabiat dan rutin yang baik bagi dirimu. Suatu jadual yang tegas dan yang rutin akan dapat membantu kebanyakan orang. Jangan memakai butang “tidur sekejap lagi” pada jam locengmu. Jika ia waktu bangun, maka bangunlah, pada waktu itu juga. Terus mandi atau pakai air pada mukamu dengan cara apa pun. Bangun! Berjaga! Pergi pakai baju! Pergi bergerak! Hayat kita pendek, mengapa buang itu di atas katil? Kamu memerlukan suatu rasa kepentingan masa untuk menyerang siang harimu (Pkh 9:10).
Dunia telah berkomplot menentang hikmah di sini. Penjimatan waktu siang membekalkan lebih banyak masa untuk bermain pada waktu petang dan kurang matahari pada waktu pagi. Jika penjimatan waktu siang penting, mengapa tidak menjimatkannya pada waktu pagi dengan menggerakkan jam sejam lebih awal? Dengan itu, orang dapat menyelesaikan hari kerja sebelum sampai waktu makan tengah hari. Tetapi orang lebih suka main lambat.
Amsal ini ada had yang terbatas. Malam dan tidur ialah rancangan Allah untuk manusia. Sebenarnya, Dia tidak mahu kamu bekerja tanpa tidur yang lena, dan memikir bahawa kejayaan bergantung sepenuh-penuhnya kepada usaha-usahamu (Maz 127:1). Dia mengundangmu untuk memakai amsal ini dengan munasabah, kerana apa pun usaha yang melebihi itu adalah sia-sia dan tidak bernilai; Dia mahu kamu tidur (Maz 127:2).
Bangun awal dan tidak tidur terlalu lama hanya sebahagian kehidupan. Sesudah kamu bangun, apakah yang akan kamu buat? Allah memerintahkanmu untuk memiliki kerja yang baik dan bertekun di dalamnya (Rom 12:11; Efe 4:28; 1Tes 4:11-12). Inilah niat yang utama di sini supaya kamu boleh mengikuti teladan semut yang rajin (Ams 6:6-8). Selepas kerja kamu ada tugas-tugas yang lain – perkahwinan, kanak-kanak, ibubapa, gereja, kewangan, rumah, jiran, negara, senaman, dan yang lain-lain.
Ada alasan yang lebih baik untuk bangun awal. Kamu boleh mencari Tuhan dan hikmah pada waktu itu. Kamu akan lebih cergas (ketika bangun sepenuh-penuhnya!). Ada kurang peralihan perhatian di luar atau peralihan perhatian fikiran. Kamu akan kurang diganggu kerja. Ia menaruh keutamaan kepada Allah dan hikmah. Ia menyiapkan jiwamu sebelum hari bermula. Dan ia Alkitabiah (Maz 5:3; 55:17; 119:147). Membaca Alkitabmu, berdoa, dan merenung sebelum apa-apa pun aktiviti lain ialah jalan kepada kehidupan yang berjaya (Ayb 23:12; Maz 19:7-11; 119:103,127).