7:10
Dan, lihatlah, ada ditemuinya di sana seorang perempuan berpakaian sundal dan berhati licik.
Ada sesetengah perempuan yang membahayakan! Bagaimanakah kamu dapat mengecamkan mereka sedangkan kamu tidak dapat nampak hati mereka? Pandanglah kepada pakaian mereka. Ada sukatan-sukatan yang lain tetapi pakaian yang tak senonoh pada seorang wanita ialah suatu amaran. Jika kamu membaca kesemua penjelasan Salomo, kamu akan mengenalpastikan ciri-ciri yang lain akan perempuan yang membahayakan.
Lelaki yang pandir di dalam amsal ini tidak dapat bertahan (Ams 7:6-9). Dia secara bebal pergi mencari keghairahan duniawi bersama-sama perempuan jalang, dan si penggoda ini telah menemui lelaki ini. Perempuan ini akan menumbangkannya ke ambang kebinasaan seperti lembu yang masuk ke pembantaian (Ams 7:21-23). Berwaspadalah – seorang perempuan sensual dengan niat yang jahat terlalu kuat bagi lelaki. Bahkan lelaki yang kuat (Ams 7:24-27).
Seorang perempuan jalang memilih pakaiannya untuk menarik perhatian lelaki. Dosa seksual mewajibkan penanggalan pakaian, tetapi perempuan asing memakai baju untuk mendapatkan perhatian dulu. Lalu dengan mata kail di dalam mata lelaki, perempuan itu maju lagi dengan pengampuan, ciuman, dan pelukan (Ams 7:11-21). Di sini, Salomo menyambung amarannya kepada anak lelakinya tentang bahaya-bahaya dahsyat perempuan asing itu (Ams 7:1-27).
Seorang perempuan jalang ialah seorang perempuan yang kamu tidak kawini – kamu tidak boleh berada di atas katil bersamanya, dan kamu tidak ada apa pun hak atas tubuhnya. Dia seorang asing kepada perkahwinanmu dan persetubuhanmu. Dia harus tetap tidak dikenalimu dari apa pun segi intim. Hanya perkahwinan menjadikan perbuatan seks itu mulia (Ibr 13:4). Tanpa perkahwinan, kamu dilarang menikmati seks bersama-samanya.
Apakah pakaian seorang pelacur? Ia pakaian yang direka dan dipakai untuk menarik mata lelaki kepada tubuhnya dan mengghairahkan nafsu daging bagi dosa seksual. Ia merupakan aksesori dan kain yang terancang untuk memaksimakan penampilan fizikalnya bagi perhatian dan penggodaan lelaki. Ia merupakan pilihan dan usaha perempuan dalam hal pakaian untuk menjadi secukup menarik secara seksual semungkin. Orang berhikmah akan menjauhi mana-mana wanita sebegitu atau di mana-mana tempat yang para perempuan sebegitu berkumpul.
Perempuan Kristian, pernahkah kamu berpakaian seperti seorang pelacur? Kamu mungkin tidak berniatberbuat sebegitu, tetapi jika pakaianmu menarik perhatian lelaki kepada tubuhmu, maka kamu bersalah di dalam kejahatan ini. Kamu penyubahat di dalam pembinasaan jiwa lelaki, walaupun kamu tidak menidurinya. Berapa telitikah kamu sebelum keluar dari rumahmu? Adakah kamu melihat wajah bahagian belakangmu dengan cermin? Tahukah anda apa untuk ditelitikan? Adakah kamu tanya ayah, adik lelaki, abang, atau suami untuk tolong?
Jika kamu fikir pelacur memakai kasut bertumit tinggi, sarung kaki jaring ikan, skirt kulit yang hitam dan pendek, dan sweater yang berwarna merah cerah, kamu membuktikan kejahilanmu akan subjek ini. Para pengiring mewah kepada lelaki mungkin berpakaian bisnes yang langsung berlainan dengan gambar di dalam fikiranmu. Salomo di sini memberi penjelasan akan seorang puan yang ada kelas, kaya dan beragama.
Berwaspada. Pelacur ini licik hatinya. Ini bermaksud bahawa dia pandai menipu dan memperdaya. Dia tidak menampilkan diri terang-terang lalu berkata, “Aku seorang pelacur, dan aku ingin kamu berdosa bersamaku”. Dia bukan sebegitu bodoh, murah, kasar, atau teruk sehingga berpakaian seperti perempuan jalang di tepi jalan. Dia ingin menjaga suatu imej yang bertahap tinggi, sementara memenangi perhatian lelaki yang lebih tinggi kelasnya.
Allah membuat pakaian untuk menutupi Adam dan Hawa. Mereka menutupi bahagian paha mereka dengan cawat dedaun pokok ara,tetapi Allah menutupi tubuh mereka sepenuhnya dengan kot yang diperbuat daripada kulit (Kej 3:7,21). Pakaian itu adalah untuk menutup dan menyembunyi, dan bukan untuk menarik perhatian dan mendedahkan. Kulit tidak perlu ditunjukkan supaya menonjol bentuk badan perempuan yang menjolok mata dan minda lelaki kepada nafsu seksual.Potongan badan yang terdedah oleh pakaian yang sendat atau yang ketat cukup berkuasa sama seperti mendedahkan banyak kulit.
Industri pakaian tidak berusaha untuk menyembunyikan tubuh perempuan, tetapi sebaliknya untuk menambahkan daya tarikan, mendedahkan tubuh dan membuka lagi pakaian. Setiap tahun ciri-ciri yang baru direka untuk mendedahkan lebih banyak tubuhnya secara lebih menonjol daripada yang dahulu. Setiap perempuan Kristian haruslah berusaha dengan sungguh teliti supaya senonoh dengan pakaiannya. Sementara seorang perempuan tidak boleh memahami minda seorang lelaki, dia harus mendengar ayah, adik lelaki, abang atau suami berkenaan ciri-ciri yang nafsu di dalam pakaian, dan dia harus mengelakkannya.
Skirt pendek menonjolkan terlalu banyak paha, blaus yang rendah mendedahkan terlalu banyak dada. Semua perempuan yang suci dan senonoh patut tahu bahawa pemilihan pakaian sedemikian adalah salah. Spandeks dan spaghetti strap, bahagian pinggang telanjang, seluar jean yang ketat dan baju tiub adalah terlarang bagi perempuan yang berakhlak mulia. Tentulah seseorang suami mungkin gemar baju sedemikian bagi isterinya! Hal senonoh itu tidak diambil kira kalau seorang perempuan sedang berpakaian bagi kenikmatan suaminya (Ibr 13:4). Biarlah setiap isteri menjadi perempuan yang pandai bercumbu-cumbu (Kej 26:8).
Tetapi skirt panjang juga boleh mendedah dan menggoda sedikit sebanyak dengan belahannya, dan skirt lurus atau skirt ketat betapa panjang pun mendedahkan punggung dengan terang-terang. Blaus yang menutupi seluruh tubuh tetapi diperbuat daripada kain yang nipis boleh jadi lebih teruk daripada blaus rendah, dan sweater leher penyu dapat menyerlahkan buah dada perempuan lebih daripada pakaian yang lain. Sesetengah sweater lengan panjang kerap kali tidak senonoh.
Kasut bertumit tinggi tidak diciptakan untuk keselesaan, tetapi untuk mengubahkan bentuk betis dan bentuk gerakan punggung sementara berjalan. Berjalan mengada-ngada itu berjalan gasang (Yes 3:16). Baju gaun yang tidak berlengan, sandal dengan tali pengikat, pelapis les atau kain kasa, gelang kaki dan banyak lagi benda yang lain harus menjadi pertimbangan hati nurani seorang perempuan yang sedang berusaha bersenonoh di tempat awam.
Sudah tentulah perempuan yang moden memberontak terhadap cadangan atau larangan bagi pemilihan pakaian mereka. Tetapi perempuan dari beberapa tahun dahulu akan fikir bahawa gaya yang baru ini tidak wajar untuk menjadi senonoh. Apa yang sudah terjadi? Dunia menjunam masuk ke dalamjurang keterlampauan berahi. Kristian benar mencari-cari pintu lurus dan jalan yang sempit.
Allah Yang berbahagia, Yang telah menciptakan perempuan dan seks, mengisytiharkan bahawa roh yang suka menurut dan yang tenteram adalah berharga di pandanganNya (1Pet 3:3-4). Di pandanganNya? Di pandanganNya! Seorang perempuan yang berbudi baik dan yang salih memang indah sekali untuk dipandang, tetapi jiwa dan rohnya itulah yang terserlah dan bukan tubuhnya. Seseorang perempuan yang mulia menekankan perangai yang kudus dan suatu semangat yang rendah hati dan murah hati daripada menekankan rambut, aksesori, atau pakaian. Dia akan menghiasi diri sendiri dahulu dengan kesalihan.