7:11
(Perempuan ini lantang dan degil; kakinya tidak tinggal di rumahnya sendiri:
Di sinilah tiga ciri pelacur atau penzina perempuan. Semua perempuan berhikmah akan bertekun supaya mengelak tiga ciri ini, dan semua lelaki berhikmah akan berhati-hati supaya mengelak perempuan yang mempunyainya. Di sinilah hikmah yang terpendam di dalam suatu takrif yang panjang akan penggodaan dan pembinasaan seorang lelaki muda oleh seorang perempuan asing.
Bab tujuh secara besar merangkumi suatu perumpamaan yang dramatis tentang seorang lelaki muda yang digoda dan diambil oleh seorang perempuan asing (Ams 7:6-23). Solomo, bapa yang paling berhikmah, memakaikannya untuk menekankan kepada anak lelakinya dan anak-anaknya akan bahaya musuh yang menggodakan ini (Ams 7:1-5,24-27).
Pelacur secara am ialah perempuan yang lantang. Dia suka bercakap; dia bercakap banyak; dan dia bercakap secara lantang (Ams 9:13). Dia sudah bersiap sedia menyampaikan pendapatnya baik ia ditanyakan mahupun tidak walaupun dia biasanya jahil akan topik yang dibincangkan. Jika dia terima apa-apapun tentangan, dia hanya menjadi lebih lantang. Dia kerap kali memperbetulkan orang lain yang sedang bercakap akan butir-butir remeh yang tidak berkenaan.
Dia suka mengakhirkan ayat-ayat orang lain. Kamu dapat mendengarnya memperbetulkan anak-anaknya dan suaminya dengan lantang. Pertengkaran menyukakannya. Dia mengikut kehendaknya sendiri, berkeras kepala, dan ingin meluahkan pendapatnya sendiri. Dia lancang dan tidak bersopan memakai mulutnya, menjelekkan dan biadap dengan kata-katanya, dan bercanggah di dalam ucapannya. Kamu pernah dengar perempuan sebegini. Elakkannya!
Seorang perempuan yang salih, yang jauh lebih baik daripada pelacur yang paling baik, ada semangat yang suka menurut dan diam, yang Allah sendiri anggap bernilai besar (1Pet 3:3-4). Dia ingat akan peranannya yang bawahan; dia selalu berbudi baik; kebaikan memerintah mulutnya; dan dia rela kalau kena senyap (Ams 11:16; 31:26; 1Kor 14:34-35). Dia menganggap kerendahan hati dan sikap malu itu sebagai nilai-nilai murni (1Tim 2:9-10). Apabila dia bercakap, kata-katanya ialah kata-kata yang orang lain hargai (Ams 15:23; 24:26; 25:11).
Hai perempuan Kristian, bolehkah kamu mengurangkan suara dan ucapanmu? Dapatkah kamu lakukannya? Perubahan yang sebegitu sederhana akan menaikkan taraf penampilanmu di hadapan lelaki dan perempuan yang baik. Reputasi kamu akan bertambah baik dengan setiap pengurangan bilangan perkataan dan desibel (Ams 17:27-28). Jika kamu memang seorang perempuan yang sangat berdiam, kamu harus jangan pedulikan nasihat perenggan ini.
Pelacur pula secara am ialah perempuan yang degil. Dia tidak suka diberitahu apa untuk perbuat; dia ingin memakai caranya sendiri; dia benci pertanggungjawaban kepada sesiapapun; dia benci pembetulan dan arahan. Dia mengikut kehendaknya sendiri dan suka akan pendapatnya sendiri. Tak kira sama ada kekuasaan atau kelemah-lembutan dipakai untuk memujuknya, dia akan bertahan sehingga mendapat apa yang diingininya. Dia akan memakai tangisan, ugutan, emosi, atau balasan-balasan yang lain untuk menolak pimpinan suaminya dan orang lain.
Seorang perempuan yang berbudi baik, yang jauh lebih baik daripada pelacur yang paling baik, tunduk dengan sukacita dan sungguh rela mengikuti pimpinan suaminya (Efe 5:22-24; Kol 3:18). Dia tidak menyoal, atau bercanggah dengan suaminya. Dia tahu bahawa dia telah diciptakan bagi suaminya, dan dia tahu bahawa dia harus hormat dan takut akan dia (1Kor 11:9; Efe 5:33; 1Pet 3:1-2). Dia memuliakan suaminya dan jawatan suaminya sebagai suami, dan ia merupakan kesukaannya untuk mentaatinya dan memenuhi keinginan-keinginannya.
Hai perempuan Kristian, tahukah anda bahawa kedegilan ialah ciri yang terbenci di dalam seorang perempuan? Ia sungguh menjadikannya menjelekkan (Ams 30:21-23). Seorang perempuan yang bertengkar menjadikan kehidupan perkahwinan sungguh murung (Ams 12:4; 19:13; 21:9,19; 25:24; 27:15-16). Taatilah dengan sukacita tanpa bercampur mulut, dan kamu akan nampak kemajuan layanan oleh suami, keluarga dan orang lain terhadap kamu.
Pelacur secara am tidak suka berdiam di rumah (Ams 7:12). Tugas-tugas rumah melayani suami dan anak-anak sungguh membosankan, merunsingkan dan merendahkan diri. Dia ingin keluar dan berada di dalam kota untuk menghadiri aktiviti sekian sekian sampai mengabaikan panggilan tingginya itu. Dia jemu menjadi seorang suri rumah; dia takut terhimpit di dalam rumah; dia suka membeli-belah; dia suka meninggalkan rumahnya. Dia tidak berpuas hati mengusahakan rumah dan keluarganya supaya menjadi yang paling baik.
Perempuan yang mulia, yang jauh lebih baik daripada pelacur yang paling baik, suka panggilannya di rumah dan bersukacita menetap di rumah untuk menguruskan rumah dan menyediakan keperluan-keperluan bagi suaminya dan anak-anak suaminya (Ams 31:10-31; Kej 18:9; 1Tim 5:13-14; Tit 2:4-5). Dia memahami peranannya yang sungguh besar di dalam sokongan suami dan pengasuhan anak-anaknya. Mengasuh bayi dan menyediakan suatu hidangan sarapan bagi keluarganya menyukakan jiwanya, meskipun ini melibatkan tugas mencuci bayi nanti dan mencuci dapur selepas sarapan itu.
Hai perempuan Kristian, akankah kamu berusaha lebih lagi pada hari ini untuk menjadi diam, tunduk, dan bersuka di dalam tugas-tugas rumahmu? Kamu dapat membina rumahmu – keluargamu dan kekayaanmu – melalui hikmah di dalam hal-hal ini (Ams 14:1). Kamu dapat menjadi hebat di pandangan Allah dan manusia dengan menolak ciri-ciri akhlak perempuan asing itu. Kamu boleh menjadi lebih bernilai daripada batu delima.
Biarlah setiap perempuan yang menyeru nama Kristus menolak kelantangan, menolak kedegilan, dan menolak ketidaksukaan kehidupan di rumah. Sebaliknya, pilihlah untuk menjadi teladan yang hidup akan semangat yang suka menurut dan berdiam, sikap menunduk dan hormat kepada suami, dan permaisuri rumah yang disebutkan di dalam Amsal 31. Kamu pasti akan bersukacita pada masa yang akan datang sementara Allah memberkati nilai-nilai murnimu dengan buah roh dan ganjaran (Ams 31:25).
Biar semua lelaki mengelak dan menolak perempuan yang memiliki tiga ciri yang jahat ini. Perempuan yang sebegini tidak layak mempunyai kedudukan di dalam masyarakat manusia, dan mereka terutamanya tidak layak menerima seorang suami untuk menyokong dan memelihara kehidupan berdosa mereka itu. Lelaki muda, pilihan ini kamu punya. Tetapi kamu akan menanggung bebanmu sendiri. Carilah perempuan yang murah hati dan berbudi baik, dan tolaklah semua pelagak-pelagak yang lain.
Pelacur besar Rom dengan anak-anak perempuan sundalnya bermegah secara lantang, berdegil di dalam tradisi manusia mengatasi Alkitab, dan dari dahulukala telah menyimpang daripada Kristian rasuli yang sederhana. Biarlah setiap gereja meneliti diri sendiri supaya pasti tidak ada jangkitan najis Rom di dalamnya. Dan biarlah setiap orang Kristian keluar daripadanya supaya jangan kamu juga turut di dalam dosa dan tulah-tulahnya (Wah 18:4).
Sebagai pengantin perempuan benar Kristus, setiap orang Kristian, tak kira jantina, berhutang kepada Tuhan dan Suami penundukkan penuh dan kerelaan yang siap untuk melayani gerejaNya. Setiap orang kudus harus menunduk secara diam di dalam perlaksanaan tugas-tugasnya untuk berkhidmat bagi kerajaan Allah. Daripada dipersonakan dengan doktrin-doktrin baru dan amalan-amalan sembahyang yang inovatif, biarlah anak-anak Allah yang benar didapati mendengar baik-baik, mentaati dengan setia, dan memenuhi peranannya yang diberi oleh Allah di dalam gereja.