7:9
Pada waktu senja, pada waktu malam, di dalam kehitaman dan kegelapan malam:
Banyak dosa berlaku pada waktu malam, terutamanya dosa-dosa berkenaan seks. Allah memberi amaran tentang kegelapan dan malam. Disinilah seorang lelaki muda yang keluar pada waktu malam mencari-cari dosa dan ditemui oleh seorang perempuan jalang. Di dalam perumpamaan yang panjang ini, Raja Solomo telah menjelaskan pembinasaan seorang muda yang bebal kerana seks sambilan (Ams 7:6-27).
Lelaki muda, berhati-hati dan berwaspada. Ada lebih godaan pada waktu malam; tugas-tugas hari siang yang mengasyikkan lelaki sudah berlalu; kamu akan berfikir dengan bebal bahawa kamu boleh berselindung dibawah lindungan kegelapan. Lelaki yang berhikmah pulang ke rumah awal-awal; lelaki yang salih tahu menetap di rumah selepas makan malam.
Seseorang lelaki bebal yang mencari-cari pelacur memulakan cariannya “pada waktu senja, pada waktu malam, di dalam kehitaman dan kegelapan malam.” Dia tidak mendekati rumah perempuan itu pada siang-siang hari kerana dia dapat dilihat orang; dan perempuan itu juga tidak sebegitu mudah ditemui pada waktu itu juga, kerana dia kena menyembunyikan kegiatan-kegiatannya.
Ayub menjelaskan penzina-penzina sebegini: “Mata seorang penzina juga menanti-nantikan senja, dan berkata, Suatu mata pun tidak akan melihat aku: lalu dia menyamar wajahnya” (Ayub 24:15). Di tempat yang lain, Ayub melanjutkan penjelasannya lagi untuk menyatakan betapa orang jahat benci terang (Ayub 24:13-17).
Dosa menyebabkan rasa salah dan rasa malu, dan ia membawa hukuman, jadi lelaki menyembunyi kegiatan-kegiatan berdosa daripada pandangan orang lain. Yesus berkata bahawa orang jahat suka kepada kegelapan untuk menyembunyikan dosa-dosa mereka, supaya jangan terang itu mendedahkan kejahatan mereka (Yoh 3:19-21). Adam dan Hawa cuba menyembunyikan ketelanjangan mereka dengan daun-daun pokok ara dan dengan daun daripada pokok-pokok taman itu (Kej 3:7-8). Tetapi kegelapan selalunya menjadi selubung seks yang digemari orang.
Pada waktu siang, kawasan-kawasan jahat di bandar pun nampak bebas daripada dosa dan maksiat; tetapi selepas senja, mereka dipenuhi dengan orang jahat yang memakai malam untuk menyembunyikan identiti dan kegiatan-kegiatan mereka.
Bar untuk bertemu dengan pendosa-pendosa dipanggil sebagai kelab malam dengan sebab yang cukup jelas – ia tidak dapat berfungsi sebagai kelab siang! Las Vegas, lembah najis Amerika, melangsungkan kebanyakan niaga mereka pada waktu malam. Kasino-kasino pakar di dalam kerosakan manusia dan ia juga menurut amsal ini.
Restoran-restoran dan ruang istirahat pada waktu malam menurunkan terang dan menaikkan muzik, sebab mana-manapun wanita nampak lebih baik di dalam lampu malap selepas beberapa gelas air keras dan diiringi muzik duniawi. Keberanian untuk mengejar kemabukan, penzinaan, dan dosa-dosa yang lain sungguh digalakkan oleh selubung kegelapan.
Rancangan televisyen selepas pukul 9 malam, iaitu waktu rancangan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak, direkabentuk dengan teliti untuk penonton-penonton dewasa dengan gambar dan wayang yang tidak bermoral. Selepas semua kegiatan sah dan berhasil tamat, orang dewasa boleh menidurkan anak lalu mengisi fikiran-fikiran mereka dengan gambar dan perangai yang tidak salih untuk merosakkan jiwa dan fikiran mereka pada waktu malam. Pawagam-pawagam juga diisi para penonton biasanya pada waktu malam sampai ke larut malam, dengan tema utamanya – seks.
Moyang kamu ada rutin-rutin yang lebih baik sebelum tenaga elektrik membawa televisyen, wayang, dan pelbagai jenis kegiatan pada waktu malam. Mereka masuk ke kamar tidur pada waktu yang sama dengan burung dan juga bangun pagi menurut masa burung; tiada masa atau peluang untuk meronda, berfoya-foya atau melayani kelab pada waktu malam. Mereka memulakan setiap hari awal-awal pagi dan bekerja keras, dan mereka mengakhiri setiap hari tidak lama selepas makan malam.
Mereka mengamalkan suatu jadual yang menggalakkan masa berdiam dan masa renungan pada waktu pagi yang sekarang sudah ketinggalan. Penekanan mereka adalah untuk betapa banyak kerja yang dapat disiapkan pada waktu pagi daripada cuba mengharungi siang supaya dapat bermain pada waktu malam. Kehidupan serius mereka itu mengutuk generasi kini, yang telah ketagihan hiburan dan kenikmatan, dan kebanyakannya itu pada waktu malam.
Amerika dulu menurut kata pepatah, “Awal ke katil, awal bangun, menjadikan seseorang sihat, kaya dan berhikmah.” Orang Kristian boleh menambahkan kesalihan kepada pepatah itu, sebab secara am kegiatan-kegiatan yang disahkan Allah berlangsung daripada waktu pagi sehingga petang. Orang Amerika pada hari ini bodoh-bodoh menertawakan sesiapa “orang tua kolot” yang akan tidur sebelum pukul 9 malam.
Jika Daud telah berada di dalam katilnya dengan salah seorang isterinya yang merinduinya, dia langsung tidak akan ternampak Batsyeba mandi di dalam kegelapan (2Sam 11:2). Betapa bebal pilihannya untuk meninggalkan kamarnya dan keluar pada waktu malam daripada keselamatan rumahnya. Kesan-kesan hanya satu malam merayau-rayau menghantuinya sepanjang hidupnya.
Bukan semua kegiatan malam salah, seperti Paulus sesuatu kali telah khutbahkan pada waktu tengah malam dan sampai larut malam (KPR 20:7-11). Tuhan Yesus berdoa sepanjang malam sekali-sekala, oleh sebab tuntutan orang ramai terhadapNya pada siang hari (Luk 6:12). Gembala-gembala berdiam di ladang pada waktu malam apabila mereka terdengar pengumuman kelahiran Tuhan. Tetapi ini merupakan kekecualian dan untuk tujuan yang salih.
Perintah berkurung bagi orang muda ialah peraturan yang sungguh baik, sebab minda orang muda-mudi yang bebal lebih cenderung kepada nafsu-nafsu daging selepas senja, dimana tingkahlaku mereka dapat disembunyikan dan suara hati mereka diberanikan lagi untuk mencubai perkara-perkara yang tidak mungkin mereka cubai pada waktu yang lain. Membuat mereka bangun awal-awal pagi dan menuntut mereka bekerja keras akan membuat mereka letih dan merindui tilam apabila malam sudah menjelang.
Biarlah amsal singkat ini memberi kesan kepada kamu dengan dua cara. Pertama, jadilah lebih waspada akan godaan seksual pada waktu malam. Kedua, pertimbangkan untuk mengubah jadual kerja kamu kepada waktu pagi dan kurangkan rancangan pada waktu malam. Kurangkan aktiviti-aktiviti kanak-kanak selepas makan malam dan ajarlah mereka tabiat-tabiat yang sihat untuk mengurangkan godaan-godaan kegelapan. Biarlah Terang dunia menyelamatkan kamu dan anak-anak kamu.
Sepanjang Wasiat Baru, orang Kristian dinyatakan sebagai anak-anak terang dan bukan anak-anak kegelapan. Mereka harus jalani hidup sebagai anak-anak terang di dalam dunia yang gelap ini – pelajaran amsal ini dipakai secara luas oleh Tuhan dan rasul-rasulNya (Luk 16:8; Yoh 1:4-9; 3:19-21; 11:9-10; 12:35-36,46; KPR 26:18; Rom 13:11-14; 1Kor 4:5; 2Kor 4:6; 6:14; Efe 5:8-14; 6:12; Kol 1:13; 1Tes 5:1-8; 1Pet 2:9; 1Yoh 1:5-6; 2:8-11).
Jika kamu salah seorang anak Allah, kamu harus mengingat dan mempertimbangkan bahawa langsung tiada kegelapan di syurga, sebab Domba Allah akan menjadi terang selama-lama dan terang yang mulia di tempat itu (Wah 21:23, 25; 22:5). Tetapi orang jahat akan meraung di dalam kabus hitam kegelapan yang tidak dapat diatasi selama-lamanya, sebab langsung tiada terang atau siang di neraka (2Pet 2:4,17; Yud 1:13). Mereka yang telah mengasihi kegelapan dan malam akan diisi dengan kedua-duanya, dan lebih lagi, untuk selama-lamanya!