Amsal · Proverbs

7:24
Maka, endahkanku sekarang, hai anak sekalian, dan beri perhatian kepada perkataan mulutku.

Apakah tujuan seorang ayah? Untuk mencari nafkah? Untuk melindungi rumah pada waktu malam daripada penceroboh? Untuk main sukan di taman? Untuk menyediakan wang saku supaya anak dapat membeli gula-gula dan mainan? Untuk menyediakan wang pendidikan bagi kolej? TUHAN, Sang Pencipta syurga dan bumi, telah mengisytihar bahawa bapa harus membesarkan anak-anak mereka di dalam pemeliharaan dan teguran Tuhan (Efe 6:4).

Apa yang harus diajar ayah? Bagaimana mengayuh basikal? Bagaimana membuat kira-kira perbelanjaan? Bagaimana memandu kereta? Allah telah mengisytihar bahawa ayah harus mengajar takut akan TUHAN dan berpegang kepada jalan TUHAN (Maz 34:11; Kej 18:19). Takut akan Allah dan berpegang kepada perintah-perintahNya ialah keseluruhan tugas manusia, maka itulah apa yang harus menjadi matlamat utamanya dalam ajaran (Pkh 12:13-14; Maz 78:1-8).

Allah mengutuk hal berkendak, atau seks di luar nikah (Ibr 13:4). Salomo telah memakai bab ini untuk memberi amaran kepada anak lelakinya tentang perempuan lacur. Sesudah memperkenalkan subjek (Ams 7:1-5), dia telah menulis perumpamaan yang panjang tentang seorang teruna yang bebal yang tergoda sampai binasa oleh perempuan asing (Ams 7:6-23). Amsal ini memulakan ringkasan amarannya (Ams 7:24-27).

Ia aib benar bahawa kebanyakan ayah Kristian kurang terbuka, praktikal dan realistik seperti Salomo, terutamanya di generasi yang gasang ini. Daripada menjadi terlampau senonoh dan diam tentang godaan seksual, kaum ayah perlu memberi amaran terhadap itu dengan segala teknik yang dapat dikuasai mereka. Bahayanya besar; godaannya berleluasa; kaum teruna memerlukan ayah sebegitu.

Salomo memakai perumpamaan ini dengan memanggil anak-anaknya untuk mendengarnya. Dengan melihat pokok perbincangan ini, anak-anak ini bukanlah bayi atau budak kecil. Kaum ayah tahu jauh lebih tentang hal ini daripada anak-anak lelaki pada umur remaja atau belia. Dia telah memberitahu anak-anaknya untuk mendengar dan untuk mengambil perhatian. Dia memakai nasib buruk teruna itu untuk menunjuk kepada mereka bahawa mereka memerlukan arahannya dan amarannya.

Hai kaum ayah! Janganlah rasa ditakut-takuti. Jangan malu. Jangan keberatan. Anak lelakimu menghadapi godaan pornografi, seks bersahaja, dan perempuan yang tak tahu malu. Jadilah terbuka, praktikal, dan realistik. Bawalah firman Allah untuk dipakai kepada bahagian hidup ini yang penting. Bandingkanlah Yusuf dan Simson. Jelaskanlah butir-butir yang telah menjadikan Yusuf jauh lebih besar daripada Daud.

Hai anak! Ketika ayahmu atau ibumu berbicara kepadamu tentang perkara seksual dalam kehidupan, dengarlah mereka. Ambil perhatian. Kamu masih pemuda sederhana yang kekosongan pemahaman (Ams 7:7). Jadikanlah ia mudah untuk mereka mengajarmu. Beritahulah mereka godaan-godaanmu. Berterima kasih kepada mereka kerana berbicara.

Hai pembaca! Bapamu di syurga telah mengajar segalanya yang berkenaan dengan kehidupan dan kesalihan. Sudahkah kamu mendengar dengan baik-baik? Adakah kamu mengambil perhatian? Sudahkah kamu mentaatiNya sepenuh-penuhNya? Ia baik dan untung untuk mengendahkan arahan ibubapa, tetapi ia jauh lebih penting untuk mentaat arahan Allah.