7:25
Biar hatimu tidak merosot kepada jalan-jalan perempuan itu, jangan menjadi sesat dalam jalan-jalannya.
Hai lelaki muda, kamu dapat mengalahkan perempuan yang lacur – salah satu godaan yang paling sukar diatasi dalam kehidupan – dengan memegang peraturan-peraturan ini: jagalah hatimu, dan hiduplah dengan berakhlak mulia. Jagalah hatimu mengatasi jalan perempuan itu yang berdosa, dan jangan memilih gaya hidupnya yang tidak bermoral. Jadilah berhikmah, dan selamatkanlah dirimu.
Salomo, sebagai ayah yang berhikmah, memberi amaran kepada anak lelakinya dan anak-anak lain akan bahaya kuat godaan perempuan asing (Ams 7:5-23). Seorang perempuan yang asing ialah mana-mana perempuan yang tidak dikahwinimu, tetapi terutamanya seorang perempuan yan gjalang. Godaan kepada lelaki oleh perempuan sedemikian sungguh berkuasa. Ia hampir tidak tertahankan, kecuali langkah-langkah pencegahan dipakai dari awal untuk mengelakkannya sama sekali.
Perbuatan berkendak dan perzinaan sungguh luas menular dan popular, dengan perempuan yang semakin berani dan semakin jalang berbanding dahulu. Mereka berada di merata-rata, dan pelbagai media menonjolkan mereka pada setiap masa dengan cara yang paling menarik. Seseorang lelaki tidak dapat melarikan diri ke tempat sembunyinya di kebun seperti yang dahulu kala, kerana isteri Potifar sekarang berada di mana jua. Amaran di sini ialah kepentingan yang paling tinggi, sebab Allah akan menghakimi segala pelanggan pelacur dan para penzina (Ibr 13:4). Jadilah berhikmah dan selamatkanlah diri kamu.
Untuk menunggu sehingga kamu sudah bertemu dengannya, bercakap dengannya, memeluknya, dengan harapan kamu akan menjadi seorang Yusuf, adalah bebal dan menjamin kebinasaanmu. Yusuf tidak pernah melayani fikiran demikian, sebab dia sudah dengan teliti menjaga hatinya dan menjauhkan dirinya daripadanya sebanyak semungkin. Kamu tidak harus ingin mempertimbangkan pun apa-apa dosa (Ams 24:9), tetapi terutamanya dosa seksual (Ams 6:25).
Pertimbangkan peraturan pertama – jagalah hatimu. Peliharalah hatimu menjauhi gaya hidup perempuan itu yang sensual. Dosa bermula di dalam hati (Yak 1:13-16). Jika kamu tidak memikir akan dosa atau menginginnya, maka kamu akan sungguh jarang melakukannya. Tetapi hatimu mahu merosot menuruti jalan-jalan perempuan itu kerana sifat yang rosak yang diwarisi daripada Adam (Yer 17:9). Kamu harus menjaga hatimu dengan segala ketekunan (Ams 4:23). Giatlah hatimu ke arah hal-hal yang mulia; dan janganlah biar ia tergelincir masuk ke dalam jalan-jalan perempuan itu yang badaniah dan yang gasang.
Hai teruna Kristian, hatimu membentuk fikirannya dan kesayangannya daripada input-input. Jika kamu hanya memberinya makan bahan-bahan kudus dan yang mulia, maka kamu akan ada hati yang kudus dan yang mulia. Jika kamu memberinya makan input televisyen, laman web, buku, muzik, filsafat, gambar, dan kawan dunia ini, maka kamu akan merosot menuruti jalan-jalannya. Kamu akan memikir sepertinya dan menjadi rentan kepada pendekatannya yang berdosa.
Memikir akan apa yang ditawarkannya sangat menyukakan hati yang kedagingan. Gambar-gambar yang dibayangkan akan perempuan itu sungguh cantik di dalam fikiran lelaki. Oleh sebab sifatmu yang berdosa, kamu langsung tidak akan mempertimbangkan kesan-kesan teruk sekali untuk bersetubuh dengan perempuan itu. Kamu harus menolak apa pun fikiran sebelum ia mula dibentuk pun; kamu harus membenci perempuan jalang dan dosa-dosanya; kamu harus takut akan Allah Yang akan menghakimi perempuan itu dan menghakimi dirimu.
Jangan biar hatimu merosot – semakin turun – kepada fikiran-fikiran kenikmatan sorok luar nikah. Bencilah perempuan itu kerana memakai kecantikannya dan tipu helah untuk membinasakan lelaki; apa pun yang kurang daripada kebencian tidak akan berjaya. Bangkit mengatasi jalan-jalannya yang durjana sampai kepada fikiran-fikiran yang mulia akan Allah, isteri, keluarga, dan rumah. Jika sudah berkahwin, pergilah memegang isterimu; jika tidak berkahwin, maka pergilah memegang ibumu. Sayangilah perempuan yang berakhlak mulia di dalam kehidupanmu, dan bencilah hamba Syaitan ini yang dicemarkan bagi tujuan kebinasaanmu.
Pertimbangkanlah peraturan yang kedua – berjalanlah dengan akhlak mulia. Tolaklah gaya hidup dan aktiviti perempuan tersebut. Dosa tidak akan terjadi di tempat-tempat yang mulia, sementara bergiat di dalam aktiviti yang mulia. Bagaimanakah kamu akan bertemu dengan pelacur dan menemui peluang untuk berdosa di perhimpunan orang-orang kudus, dengan keluargamu, di rumahmu, dan di tempat bidang kerjamu sementara tekun bekerja? Jauhilah perempuan itu, tawarannya yang menghantuimu, dan aktiviti-aktiviti perempuan itu (Ams 4:14-15; 5:8; Rom 13:14; 2Tim 2:22). Perempuan tersebut jauh terlalu kuat untuk berhadapan dengannya.
Kalau Daud berada di medan peperangan, yang sepatutnya demikian, maka Daud tidak mungkin nampak Batsyeba (2Sam 11:1-2). Jika Daud telah tinggal pada malam itu di dalam rumah istananya, dia tidak mungkin dapat melihatnya. Tetapi Daud merayau ke luar tempat yang tidak seharusnya Daud berada. Simson sudah mungkin dapat mengelak segala masalahnya dengan pelacur orang Filistin, kalau Simson hanya duduk di rumah.
Ia sungguh bebal untuk mengunjungi bar, kelab, tempat berjoget, gim campuran jantina, kolam renang, parti, sekolah campuran jantina, perkhidmatan dating, dan tempat-tempat lain di mana perempuan adalah jalang dan jahat. Tempat dan gaya hidup perempuan itu akan menggoda dan memerangkapmu dengan godaan besar untuk mengorbankan nilai murnimu di mana kamu tidak dapat melepaskan diri daripadanya. Kamu sendiri berjalan ke dalam neraka. Jauhilah dirinya dan aktiviti-aktivitinya.
Ayah Salomo, Daud, telah menulis, “Diberkatilah orang yang tidak berjalan di dalam nasihat orang tidak salih, dan tidak berdiri di dalam jalan pendosa, dan tidak duduk di dalam tempat duduk pencemuh. Tetapi kesukaannya adalah di dalam hukum TUHAN; dan hukum TUHAN itulah yang dia renungkan siang dan malam” (Maz 1:1-2). Daud ada dua peraturan dalam turutan songsang: jauhilah jalan-jalan perempuan jalang itu dan berilah jiwamu makanan Firman Allah. Dan Anak Daud, Tuhan Yesus Kristus, telah melakukan itu juga (Ibr 7:26).