Amsal · Proverbs

7:23
Sehingga suatu damak menembusi hatinya; seperti seekor burung yang bergegas-gegas ke dalam perangkap, dan tidak mengetahui bahawa dia sedang mempertaruhkan nyawanya.

Seks bersahaja akan membunuh kamu! Berapakah banyak amaran oleh Allah dan Salomo akan kamu ketepikan? Perzinaan, berkendak, sodomi, melanggani pelacur, dan seks bersahaja merupakan dosa-dosa yang membinasakan.

Ia tidak penting bahawa ia nampak tidak salah, bahawa generasi yang durjana ini mengglamorkannya, atau bahawa ia memberi kenikmatan berjangka masa pendek. Ia merupakan pelanggaran yang membawa hukuman mati. Tolaklah bohong-bohong perdayaan dunia yang rosak ini yang mencadangkan seks bersahaja sebagai kenikmatan besar. Dunia membuktikan bahawa ia jahil akan kasih sejati atau kenikmatan seksual kerana ia mempertahankan seks cabul sejenis.

Damak yang menembusi hati adalah parah. Sebelum penyempurnaan bidang memanah dan permulaan senapang patah dan senapang raifal, damak dilempar atau dihulurkan untuk membunuh binatang buruan atau musuh di pertempuran (2Sam 18:14; 2Taw 32:5; Ayb 41:26,29; Efe 6:16; Ibr 12:20). Hati, iaitu organ dalaman yang sungguh penting, ialah kiasan sinekdok untuk bahagian-bahagian asas tubuh. Damak yang terkena tepat pada tempat yang sesuai menembusi hati atau organ penting yang lain akan menyebabkan kematian.

Juga pada masa itu, burung ditangkap dengan perangkap dan kemudian dibunuh (Maz 124:7; Pkh 9:12). Burung tidak terbang perlahan, maka gambar yang ditimbulkan kiasan simile ini sungguh berkesan. Seekor burung, yang tidak sedar akan perangkap dan tujuan utamanya, melayang ke bawah dengan langsung tidak curiga dan ditangkap dengan mudah dan dibunuh. Ia tidak sedikit perasan pun bahawa maut tersembunyi di dalam umpan yang sungguh menarik itu. Ia tidak perasan bahawa kebebasan dan nyawanya akan dirampas oleh situasi yang nampak sebegitu tidak bersalah.

Raja Salomo, seorang ayah yang berhikmah dan yang berilham, takut bagi anak lelakinya. Dia tahu bahawa perempuan yang lacur dapat mencabut jiwa anaknya, membinasakan reputasinya, merosakkan pemerintahannya, mengurangkan kewangannya, dan merosakkan salasilahnya. Dia memberi amaran kepadanya berulang kali akan bahaya penzina perempuan, yang dia panggil sebagai perempuan asing (Ams 2:16-19; 5:1-23; 6:20-35; 7:1-27; 9:13-18; 22:14; 23:27-28; 30:20; Pkh 7:26-29). Akankah kamu mengambil perhatian kepada nasihat berilham raja yang paling berhikmah kepada anak lelakinya?

Dia menggesa supaya anak lelakinya setia kepada isterinya dan menikmati tubuhnya dan anak-anak yang dapat dilahirkan isterinya baginya (Ams 5:15-19). Setiap ayah yang berhikmah akan berbuat sama dengan kerap kali memberi amaran kepada anak-anaknya terhadap dosa-dosa seksual, terutamanya pada generasi yang gasang dan merajalela ini. Seks bersahaja patut dipanggil apa yang sebenarnya – perzinaan, berkendak, dan melanggani pelacur.

Konteks amsal ini ialah perumpamaan yang panjang lebar menjelaskan dengan butir-butir godaan seorang lelaki muda (Ams 7:6-23). Amsal di hadapanmu ini ialah kesimpulannya, yang Salomo kemudian teruskan dengan nasihat pengamalan dan gesaan kepada anak-anaknya (Ams 7:24-27). Pemuda perumpaan itu, yang terpesona dengan penampilan, pengampuan, dan janji-janji si penggoda perempuan itu, telah menyertainya sejahil dan serela seekor lembu jantan yang masuk pembantaian atau orang bebal yang masuk penjara (Ams 7:22).

Pelajarannya mudah, tetapi penting. Seks bersahaja, tidak kira betapa menariknya, membawa padah maut! Kecantikan yang kelihatan, kata-kata pengampuan, dan syahwat yang deras timbul dengan teruja itu ialah bohong. Lembu jantan bodoh itu tidak lama lagi akan disembelih; burung bodoh itu tidak lama lagi akan dibunuh. Jika kamu fikir tentang hal berkendak atau penzinaan pun, kamu bodoh seperti kedua-dua binatang itu. Maut adalah pasti. Kamu tidak dapat melihat dengan jelas, kerana kamu sudah mengizinkan nafsumu untuk membuta matamu (Yak 1:14-15).

Perzinaan merosakkan jiwa (Ams 6:32). Ia mengutuk hati nurani (Ams 5:11-14). Perzinaan merosakkan reputasi (Ams 5:9; 6:30-33). Ia membinasakan keyakinan (Ams 6:26). Perzinaan mencuri aset-asetmu (Ams 5:10). Ia menambat hatimu supaya diabdikan (Ams 5:22). Perzinaan membinasakan perkahwinan dan melanggari kepercayaan ahli-ahli keluarga (Ams 5:17; Mal 2:11-16). Buat apa kamu mahu pertimbangkannya pun?

Perzinaan hampir tidak mungkin ditamatkan (Ams 23:27-28). Ia dapat pembunuhan kerana berbalas dendam (Ams 6:34-35). Perzinaan dapat membawa penyakit kelamin. Ia mengurangkan daya fungsi seks. Perzinaan dapat membawa hukuman mati (Ima 20:10). Ia membawa penghakiman Allah (Ibr 13:4). Dan kemudian, perzinaan mengheretmu ke bawah untuk kekekalan di dalam api neraka (Wah 21:8).

Berapa banyakkah bahaya serius ini yang pemuda itu lihat? Sedikit pun tidak! Dia nampak kecantikan fizikalnya yang mengapi-apikan keinginannya melalui nafsu matanya (Ams 7:10). Dia merasakan lengannya dan ciumannya yang mengapi-apikan nafsu dagingnya (Ams 7:13). Dan dia tertakjub dengan kata-katanya yang membelai keangkuhannya (Ams 7:21). Dia patut menjauhi diri daripadanya dan langsung tidak melihat semula kepada arahnya (Rom 13:14; 1Yoh 2:15-17).

Hai pembaca, kamu ada tiga musuh yang membencimu dan akan memberitahumu bahawa perzinaan itu tidak berbahaya. Pertama, hatimu yang rosak, yang dikawal oleh nafsumu, akan memberitahumu bahawa amaran-amaran terhadap seks bersahaja ialah gembar-gembur orang tua-tua yang tidak tahu apa pun tentang seks. Kamu perlu belajar tentang hatimu – ia sungguh-sungguh durjana dan memperdaya mengatasi segala sesuatu yang lain (Yer 17:9).

Kedua, dunia, oleh arahan syaitan, akan mengglamorkan, menggalakkan, dan menjadikannya mudah dicapai bagimu melalui setiap jalan yang dapat direkaciptakan mereka. Dan ketiga, Syaitan dan para malaikatnya akan membisik fikiran-fikiran galakan ke dalam fikiranmu untuk mencondong kepadanya. Jika kamu jahil atau lamban dengan musuh-musuh tersebut, mereka akan menjatuhkanmu, sama seperti mereka buat kepada Simson dan Daud.

Apakah rawatannya? Tulislah amsal ini dan amarannya akan maut yang pasti itu ke dalam hatimu (Ams 6:20-24; 7:1-5,24-27). Jauhilah apa pun godaan terhadap dosa-dosa seksual, sama ada melalui pornografi di majalah, buku novel, televisyen atau internet.

Elakkanlah gim, pantai, kelab malam, parti di pejabat, bilik chat di internet, atau mana-mana pun tempat atau aktiviti di mana orang-orang yang tidak bermoral dan yang tidak berpakaian berkumpul. Dan elaklah orang yang berakhlak mulia pun di kalangan kawan, keluarga, orang urus niaga, atau ahli-ahli gereja yang menjadi godaan kepada jiwamu.

Apakah rawatannya? Berkahwin dengan orang yang salih, dan berusaha di dalam perhubungan suami isteri yang membahagiakan dan yang memuaskan jiwa (Ams 5:19; 1Kor 7:1-5). Tidak seorang pasanganpun di dalam Kidung Agung Salomo sedang memikir akan perzinaan! Bersukalah di dalam kenikmatan jangka masa panjang sebuah keluarga yang sah dan yang saling mengasihi dengan anak-anak (Ams 5:15-18; Maz 127: 3-5; 128:1-4). Gantikan aktiviti-aktiviti peribadi dan persendirian yang condong kepada dosa dengan aktiviti kekeluargaan yang menggalakkan nilai murni.

Adakah ia terlambat bagimu? Sudahkah kamu terlibat di dalam dosa yang amat teruk ini? Sudahkah damak menembusi hatimu? Sudahkah perangkap menangkap dirimu untuk dibunuh? Bertaubatlah! Akuilah kebodohanmu! Lari diri daripada apa pun godaan lanjut dan sepasti Yusuf yang melarikan dirinya daripada isteri Potifar (Kej 39:12). Jangan lari pada hari esok – lari pada hari ini, sekarang juga!

Allah mampu dan akan mengampuni (Ayb 33:27-28; 1Yoh 1:9). Dia dapat dan akan menghormatimu lagi (1Kor 6:9-11). Daud masih kegemaran Allah, meskipun pernah berzina dan membunuh (1Raj 15:1-15). Pengampunan Allah adalah jauh melebihi pemahamanmu melalui penyediaan penuh dan percuma Yesus Kristus bagi para pendosa yang bertaubat (Yes 55:6-9). Percayalah itu! Tetapi kamu harus bertaubat dan lari diri sekarang juga, pada saat ini juga, sebab kamu tidak dapat mengharapkan keinsafan malah jangka hayat pun tidak untuk hari esok.