Amsal · Proverbs

9:4
Sesiapa yang pandir, biar dia berpaling ke sini: demikian juga bagi dia yang kekurangan pemahaman, dia berkata kepadanya,

Orang pandir ada dua pilihan. Mereka boleh menerima undangan ikhlas Puteri Hikmah untuk hikmah dan kehidupan bahagia, atau mereka boleh jatuh ke dalam tipu muslihat godaan pelacur untuk maut dan neraka. Dengan suatu perbandingan yang sungguh berkuasa, Raja Solomo membentangkan pilihan hidup maut bagi anak-anaknya, bangsanya, dan untuk dirimu. Dengar baik-baik. Setiap orang akan menanggung bebannya sendiri.

Buat penimbangan berhikmah untuk melihat perbandingan yang berharga ini. Dua perempuan sedang mengejar jiwamu. Kedua-duanya indah. Keindahan yang satu adalah tidak terhingga; dan keindahan yang satu lagi pula sungguh singkat. Yang satu mengucap kebenaran; yang satu lagi mengucap bohong dari permulaan sampai ke akhir. Kedua-duanya menyenangkan, tetapi kesenangan yang satu sungguh singkat, dan kesenangan yang satu lagi adalah untuk kekekalan. Dua perempuan sedang memanggilmu.

“Sesiapa yang pandir, biar dia berpaling ke sini”, salah satu perempuan berkata kepadamu, “Mari, makan rotiku, dan minum wain yang telah kucampur. Tinggalkanlah yang bebal, lalu hidup; dan jalan dalam jalan pemahaman” (Ams 9:4-6). Inilah Puteri Hikmah yang indah dan yang mulia, yang telah dijelaskan dan berbicara sejak Amsal 8:1.

“Sesiapa yang pandir, biar dia berpaling ke sini: dan bagi dia yang kekurangan pemahaman”, perempuan yang satu lagi berkata kepadamu, “Air yang telah dicuri adalah manis, dan roti yang telah dimakan dengan rahsia menyenangkan” (Ams 9:16-17). Inilah pelacur yang bernafsu dan yang berbahaya sampai mematikan, yakni Puteri Bebal, yang dijelaskan dan yang berucap dalam Amsal 9:13-18. Jangan membiarkan perempuan durjana ini menggodamu.

Perempuan yang bebal ini, iaitu yang asing dan yang pelacur, juga adalah cantik, dan dia juga memanggilmu. Dia mahu lelaki yang pandir dan orang yang kekurangan pemahaman untuk membinasakan mereka, sebab mereka “tidak tahu bahawa orang-orang mati berada di sana; dan bahawa para tetamunya berada di kedalaman neraka” (Ams 9:18). Orang berhikmah terlalu sukar untuk digoda perempuan tersebut, sebab lelaki ini tahu tipu daya dia membawa kepedihan yang pahit benar.

Di meja hidangannya kamu boleh melihat ciri-ciri yang cepat merosot seorang pembohong yang berniat jahat, yang sedang merancang untuk mengambil kesempatan atas kepandiranmu bagi keuntungannya sendiri. Kata-katanya yang mengampu ialah ubat bius untuk jiwamu; ciumannya ialah ciuman mati. Neraka ialah tempat tujuanmu di dunia ini dan di dunia yang akan datang jika kamu berdiam dengan dia satu minit lagi. Larilah diri!

Puteri Hikmah adalah lebih cantik dan telah menyediakan sebuah rumah yang indah, diperlengkapkan sepenuhnya, bagi kemakmuran dan keselesaanmu yang kekal (Ams 9:1-5). Tetamu-tetamunya dihiburkan dengan cukup mewah dan diberi bekalan untuk faedah kekekalan jiwa-jiwa mereka. Lihatlah ulasan pada Amsal 9:1 dan Amsal 9:2. Kepandiranmu tidak menjauhinya; dia ingin membantumu untuk memperoleh hikmah.

Dia sudah menyediakan suatu jamuan besar bagimu, jika kamu hanya menerima undangannya yang murah hati. Dia menawarkanmu kehidupan, dan itu dengan kelimpahan, jika kamu membenarkan dia menghidangkan bagimu jamuan pengetahuan dan pemahaman. Di meja orang pandir ini boleh menjadi berhikmah dan berjaya. Satu-satunya hal yang perlu untuk kemasukkanmu ialah kepandiranmu. Jika kamu kekurangan hikmah dan mahu memperolehnya, dia akan menjadi puan rumahmu yang paling rela. Jangan menolak tawarannya. Terimalah tawarannya sekarang juga.

Ini bukan dua perempuan literal yang disebut di sini, tetapi suatu personifikasi akan pilihan-pilihan setiap lelaki atau perempuan harus buat dalam kehidupan. Akankah kamu mencari dan belajar hikmah syurgawi untuk mengelak kebebalan dunia ini yang akan dengan pedih sekali membinasakanmu? Atau akankah kamu dengan lemah membiarkan dunia lacur menumbangkanmu ke ambang kehidupan godaan kehidupan yang disfungsi, maut, dan neraka?

Orang pandir boleh belajar hikmah dan pemahaman dengan Puteri Hikmah, yang mahu melayani dan membantu orang yang memerlukan pengetahuan. Mereka boleh menjadi berhikmah dengan mengisi kehidupan mereka dengan Firman Allah yang berharga, khutbah Alkitab yang sihat, muzik yang salih, dan orang-orang Tuhan. Untuk belajar daripada Puteri Hikmah, mereka harus benci gagasan-gagasan, muzik, kenikmatan, dan kawan-kawan dunia ini.

Tetapi orang pandir juga boleh dibinasakan oleh perempuan asing, yang akan mengambil kesempatan akan kejahilan orang pandir bagi kepentingan dirinya. Orang pandir terlalu jahil untuk tahu bahawa persahabatannya ialah jalan ke maut dan neraka. Tetapi pembaca yang mengambil perhatian sedang sekarang dimaklumkan dan harus merenung apakah rumah yang telah dimasukinya. Jangan terperdaya, sebab kenikmatan perempuan ini hanya untuk seketika sahaja.

Semua manusia oleh sifat semula jadi adalah pandir dan kekurangan pemahaman. Semua manusia menghadapi pilihan ini. Akankah kamu berhikmah atau bebal? Akankah kamu kekal setia kepada isterimu atau memilih orang yang lain? Akankah kamu harap untuk memperbetulkan kebebalanmu atau membenarkannya untuk menarikmu ke neraka? Adakah kamu mengingini hikmah dan kehematan, atau kebebalan dan kenikmatan, untuk menjadi teman-temanmu menerusi kehidupan?

Hai pembaca Kristian, kamu berpaling kepada perempuan yang mana untuk cari agama? Adakah kamu mencari suatu gereja yang sederhana Yesus Kristus yang adanya jamuan rahmat, kebenaran, dan persekutuan yang dihidangkan bagi para pendosa? Atau adakah kamu jatuh kepada godaan gereja pelacur dengan tarikan yang menjolok mata, doktrin yang palsu, kepopularan dunia, dan dongeng yang menghiburkan? Ingat, kenikmatannya hanya tahan untuk satu musim yang singkat, dan kemudian datanglah maut dan neraka yang dia sembunyi di sebalik pura-puranya yang sensual.

Sebaliknya, carilah gereja perawan yang suci yang bertemu dalam kesederhanaan rasuli dan yang mengkhutbahkan kebenaran firman Allah yang keras dan yang tidak digilap, yang diilhamkan dan dikekalkan Allah sendiri. Jika kamu tidak diinsafkan dengan kerap kali dan bertumbuh dalam hikmah dan pemahaman, maka ada kemungkinan bahawa kamu telah kehilangan gereja rasuli dan sedang berada di dalam gereja yang badaniah dan yang berkompromi pada zaman yang membahayakan ini. Biar setiap pembaca mengambil peduli. Hidup atau maut ialah hasilnya.