9:5
Mari, makan rotiku, dan minum wain yang telah kucampur.
Perempuan yang paling diingini mengundangmu ke makan malam. Puteri Hikmah menawarkan jamuan di rumahnya bagi kenikmatanmu dan kemakmuranmu. Dia mengingini persekutuanmu dan persahabatanmu. Pilihlah temanmu untuk kehidupan – Puteri Hikmah (Ams 9:5) atau Puteri Kebebalan (Ams 9:13-18).
Hikmah itu mudah. Pertimbangkan undangan itu sekali lagi. Allah dan Salomo menawarkan hikmah dengan terbuka secara ini kepada mana-mana orang pandir yang ingin berhikmah. Hanya keangkuhan dan kedegilan menghalangmu. Akankah kamu menerima tawaran yang murah hati ini, atau akankah kamu memberontak dan berpegang kepada jalanmu sendiri yang bebal?
Personifikasi Salomo bagi hikmah bersambung di sini (Ams 8:1 – 9:12). Di sinilah dia membandingkan undangan Puteri Hikmah (Ams 9:1-6) dengan undangan Kebebalan, yakni seorang perempuan yang sundal (Ams 9:13-18). Kedua-dua ada rumah (Ams 9:1,14); kedua-dua pun berseru kuat kepada lelaki (Ams 9:3,14); kedua-dua pun memakai undangan yang sama (Ams 9:4,16). Sementara Puteri Hikmah menawarkan kehidupan, Kebebalan membawa maut (Ams 9:6:11,18).
Lihatlah santapan yang dihidangkan di rumah mereka masing-masing. Puteri Hikmah sudah menyembelih binatang-binatangnya bagi hidangan stik, mencampuri wainnya yang berbagai vintaj, dan menyiapkan hiasan mejanya dengan sungguh mulia (Ams 9:2). Dia sudah membakar roti yang sungguh enak, yang dihidangkannya bersama wainnya. Jamuannya besar, sungguh menyenangkan, dan suatu gabungan komponen-komponen yang terbaik bagi makanan mewah. Akankah kamu terima undangannya?
Kebebalan pula menawarkan santapan penjara – roti dan air (Ams 9:17). Mengapakah sesiapa pun mempertimbangkan tawaran sedemikian? Kerana dia perempuan sundal dan berkata bahawa air yang dinikmati secara haram adalah manis dan roti yang dimakan secara rahsia sungguh menyenangkan. Walaupun hidangannya tiada khasiat benar, dia menggoda banyak lelaki oleh daya tarikan pemakanan berdosa yang alang-alang dan yang singkat. Akankah kamu menerima undangannya?
Kedua-dua perempuan itu memanggil kepada lelaki sepanjang hayat lelaki. Hai pembaca, persaingan bagi jiwamu sengit benar. Kesan-kesannya cukup keras. Apakah yang akan kamu buat? Sudahkah kamu bertekad untuk menolak setiap godaan daripada perempuan asing, tidak kira betapa menarik godaan itu? Sudahkah kamu menyerahkan kehidupanmu kepada Puteri Hikmah? Sudahkah kamu bermohon kepadanya untuk membantumu membenci Kebebalan?
Banyak orang Kristian tiada pemakanan yang baik. Banyak menolak wain, yang menyukakan hati Allah dan manusia (Ula 14:26; Hak 9:13; Maz 104:14-15). Hidangan ulam dengan jus anggur kurang benar sebagai sarapan. Biar Puteri Hikmah memimpin dietmu. Kedua-dua Melkisedek dan Yesus memilih untuk bersekutu dengan roti dan wain (Kej 14:18; Luk 7:33-34). Ambillah roti Perancis atau roti Itali yang segar dan yang panas dari oven bersama-sama satu gelas wain yang sedap, dan nikmatilah daging filet mignon kamu [stik bahagian yang paling mewah] (Ams 9:2).
Jika kamu mengingini suatu hidangan besar yang memperkasakan kesihatan dan yang menjadi pengalaman pemakanan yang sungguh ajaib, ada hanya satu pilihan – Puteri Hikmah. Hidangannya mengenyangkan, berkhasiat, dan paling menyenangkan. Bagaimanakah caranya kamu menerima undangannya dan makan di mejanya? Rendahkanlah dirimu di hadapan Allah dan firmanNya dan pilihlah hikmah sebagai cara hidupmu (Ams 1:7; 9:10; Maz 19:7; 119:98-100). “Tinggalkanlah yang bebal, lalu hidup; dan jalan dalam jalan pemahaman” (Ams 9:6).
Perkahwinan dengan seorang perempuan yang berakhlak mulia dan yang takut akan Allah adalah kehidupan yang paling baik yang dapat dinikmati di bumi ini, malah bagi seorang raja pun (Ams 18:22; 19:14; 31:1-31; Pkh 9:9). Biar dirimu memilih untuk mengasihi dan bersuka dengan tubuhnya dan cinta asmaranya, sementara memandang hina, menolak, dan mengelak mana-mana perempuan yang lain untuk kenikmatan baik dari segi emosi mahupun dari segi jasmaniah (Ams 5:19; 6:25). Biar dirimu memilih untuk menikmati suatu keluarga yang besar dan yang bahagia secara sah, yang merupakan berkat yang istimewa dan yang ajaib dalam perkahwinan (Ams 5:15-18; Maz 127:3-5; 128:1-6).
Jauhilah Kebebalan sebanyak semungkin, supaya jangan-jangan undangan bohongnya yang menarik memperdayakanmu untuk mempertimbangkan hidangan penjara, maut, dan nerakanya yang sedang disembunyikan di sebalik skirtnya dan di dalam dekapannya. Dia dapat mendekatimu di mana jua, dan memanggil kepada nafsu daging dan nafsu matamu. Kamu boleh menyaksikannya di televisyen, di sekolah, di dalam majalah, di tempat kerja, lagu, teks mesej, di gereja, atau pada waktu cuti di pantai, atau ketika di pusat membeli-belah. Lari diri!
Ada peperangan bagi jiwamu (1Pet 2:11). Kebebalan, iaitu pilihanmu secara hati naluri, ingin membinasakanmu – kelebihan memperoleh seorang perempuan yang berbohong tentang roti dan air ialah setakat itu sahaja yang dihidangkan perzinaan dan perbuatan berkendak. Maut dan neraka ialah hasil yang sebenarnya. Hikmah, yang merupakan tawaran Allah oleh firmanNya, akan memakmurkan kehidupanmu. Tiada apa pun yang dapat dibandingkan dengannya (Ams 8:11). Dia adalah seperti seorang pemaisuri yang menawarkan damai sejahtera dan kenikmatan yang selamanya di dalam rumahnya (Ams 9:1-6). Terimalah tawarannya pada hari ini juga!