9:3
Dia telah mengutus dayang-dayangnya: dia menyeru di tempat-tempat yang tertinggi di kota,
Perempuan yang paling baik di dunia menginginimu. Dia ada rumah dengan tujuh tiang (Ams 9:1). Dia telah menyiapkan jamuan besar (Ams 9:2); dia ingin makan dengan intim bersamamu (Ams 9:5). Solomo mempersonifikasikan hikmah sebagai perempuan yang diingini, Puteri Hikmah. Akankah kamu menerima undangannya?
Hikmah tersedia bagi sesiapa pun lelaki atau perempuan yang mengingininya. Ia tidak jauh; ia tidak sukar untuk diperoleh. Ia tidak sukar untuk dicari; ia bukan sahaja untuk yang pandai atau yang terpelajar. Tiada had untuk umur atau jantina. Syaratnya hanya kepandiran atau kejahilan (Ams 9:4).
Jika kamu keliru dengan apa-apa pun aspek kehidupan, Hikmah sedang memanggilmu. TUHAN Allah Yang Berbahagia menawarkan hikmah dan pemahaman kepada manusia. Apa yang harus dibuat mereka untuk membalas undangan itu adalah untuk merendahkan diri di hadapanNya dan dengan tekun memakai arahan yang ditawarNya dengan percuma kepada mereka.
Hikmah ditemui di dalam ciptaan (Maz 19:1-6), sebab Allah telah menyatakan kuasa kekalnya dan keilahianNya dengan menciptakan apa yang kamu boleh lihat. Ia juga ditemui di dalam ibubapa, guru-guru, para penasihat dan pastor (Ams 5:13; 24:6; Mal 2:7; Efe 6:4). Tetapi kebanyakannya ditemui di dalam Alkitab (Maz 19:7-11).
Pemazmur telah mengisytiharkan, “Kemasukan firmanmu memberi cahaya; ia memberi pemahaman kepada orang pandir” (Maz 119:130). Alkitab hanya boleh menjadikan seorang pemimpin sempurna (2Tim 3:16-17). Kamu harus memberikannya perhatian, sebagai satu-satunya cahaya di dunia yang gelap ini (Yes 8:20; 2Pet 1:19).
Allah telah memberimu buku panduan hikmah dengan Alkitab. Dia juga telah menjanjikan Roh hikmahNya kepada sesiapa pun yang bertanya, dan Dia akan memberi kedua-duanya dengan murah hati (Luk 11:13; Efe 1:17; Col 1:9; Yak 1:5). Dengan tawaran seperti mimpi Solomo, adakah kamu berdoa untuk hikmah dan pemahaman?
Dayang-dayang Hikmah mengingini perhatianmu. Hikmah berseru bagimu. Kamu tidak boleh menyenangkan Allah tanpa dia. Kamu memerlukan dia untuk berjaya atau berbahagia. Kamu tidak dapat bersemuka dengan Allah selepas maut tanpa dia. Jika kamu mengabai atau menolak panggilannya, dia akan menghukum kebebalanmu (Ams 1:20-32; 8:32-36).
Ujilah hatimu tentang Puteri Hikmah sekarang juga. Adakah kamu menghargai ibubapamu yang menegurmu? Kawan-kawan yang memperbetulkanmu? Pastor yang memberi amaran kepadamu? Adakah kamu mendambakan perhimpunan dengan orang-orang kudus, iaitu tempat yang Firman Allah dikhutbahkan dengan berani? Meskipun khutbah itu panjang?
Adakah kamu membaca amsal-amsal ini dengan teliti, dengan harapan untuk memperoleh setiap cebisan hikmah semungkin, sementara itulah hikmah Allah yang berilham daripada pena Raja Solomo? Kamu tidak perlu memandang jauh-jauh untuk melihat dayang-dayang Puteri Hikmah yang telah diutus untuk mengundangmu. Apakah yang akan dibuat kamu pada saat ini juga?
Yesus Kristus ialah Hikmah yang dipersonifikasikan (1Kor 1:30; Kol 2:3). Hikmah Allah dilihat jelas-jelas di dalam kehidupan Yesus Kristus. Para rasulNya yang merupakan saksi-saksi kebangkitanNya, telah mengkhutbahkan injilNya menerusi seluruh dunia. Sudahkah kamu percaya dan taat pesanan hikmah itu?