Amsal · Proverbs

9:7
Dia yang mencela si pencemuh memperoleh malu bagi dirinya sendiri: dan dia yang menegur si durjana memperoleh noda bagi dirinya sendiri.

Bukan semua orang layak untuk menerima kemurahan bantuan teguran atau pembetulan. Sesetengah orang sebegitu jelek sehingga mereka harus ditinggalkan untuk menderita dalam mereka punya derhaka pandai memberontak. Orang berhikmah menimbang kemungkinan kejayaan dan risiko kesan-kesannya sebelum dia memperbetul atau menegur seseorang.

Biasakah kamu memprovokasi ular orok-orok? Dengan mendesis-desis, ia lekas mematuk, menembusi kulitmu dengan gigi taringnya yang beracun. Lidahnya yang bercabang bercelas-celus dari mulutnya yang dahsyat, sementara mata jahatnya memandang dengan kebencian yang dingin. Ular harus dielak. Orang berhikmah belajar untuk mengenalpastikan mereka dan menjauhi diri.

Apakah yang akan terjadi kalau kamu cuba mengajar atau memperbetulkan si pencemuh? Sama seperti di atas! Jiwa-jiwa yang keiblisan ini akan menyerang dengan mulut berbisa dan cuba melukakanmu (Ams 9:8). Mereka bertindak oleh roh bapa mereka di dalam diri mereka, yakni ular tua itu, si Iblis (Yoh 8:44; 2Tim 2:26). Mereka tidak ada hati nurani atau belas kasihan, maka mereka memandang hina dan menolakmu dan usaha-usahamu.

Para pencemuh tidak layak untuk mendapat pembetulan atau kebenaran (Ams 23:9; 26:4; Mat 7:6). Mereka telah meniadakan kemurahan kasih sayang dan prihatin daripada orang berhikmah. Membazir masa dengan para pencemuh adalah bebal dan berisiko. Para pembenci kebenaran boleh dibiar untuk memakai kehidupan mereka dalam penderitaan, yang akan Allah dengan adil menyampaikan demikian kepada mereka. Orang berhikmah tidak membazir nafas atau reputasi baik untuk berbahas dengan mereka (Ams 22:10; 24:9; 2Tim 2:23).

Apakah itu pencemuh? Ia nama panggilan untuk orang jahat dengan akhlak yang menjijikan. Mereka bukan sahaja penuh dengan keangkuhan sombong, tetapi mereka memandang hina sesiapa pun yang cuba membantu mereka dengan arahan dan teguran (Ams 26:12,16). Jiwa mereka meluap-luap dengan benci bagi sesiapa pun yang tidak melayani diri mereka sebagai seorang allah dan yang tidak menunduk kepada gagasan-gagasan mereka yang sia-sia (Yes 29:20-21).

Apakah itu pencemuh? Ia orang yang mempersendakan agama, membenci pembetulan, dan mengolok-olok guru – orang yang degil berbuat kedurjanaan. Mereka bukan sahaja degil, tetapi juga biadap dan bongkak dengan soalan-soalan yang tidak munasabah dan balasan angkuh terhadap teguran. Mereka merupakan budak yang derhaka dan yang sombong yang mencemuh dan tidak mengendahkan ibubapa mereka.

Jika kamu membantu si pencemuh atau si durjana, kamu akan mendapat malu dan noda. Dia akan memandang hina dan mempersendakan kata-katamu yang berhikmah; dia akan menyakitimu kerana mengucapkan kata-kata itu; dia akan berbuat segalanya yang dapat dibuat dirinya untuk membinasakan reputasimu; kamu akan dinampakkan seperti orang bebal kerana membazir masa dengan orang sedemikian. Tiada alasan untuk membantu si pencemuh dan ada banyak alasan yang menentang bantuan kepadanya. Jika hal menghormati orang bebal adalah bebal dan membazir (Ams 26:1,8), maka ia jauh lebih teruk untuk menghormati seorang pencemuh.

Orang pandir diundang untuk mendengar hikmah (Ams 9:4-5). Tetapi pencemuh ialah suatu kategori kebebalan yang berbeza. Orang Farisi ialah pencemuh, dan mereka menaruh kepada Yesus noda dan kemudian menyalibkanNya. Yesus dan para rasul tidak mahu membazir masa dengan mereka (Mat 7:6; 15:10-14; 21:23-27). Jawapan-jawapan Yesus kepada soalan-soalan mereka bukan untuk membantu mereka tetapi untuk membinggungkan dan memalukan mereka (Mat 22:15-46). Dia tahu mereka tiada keinginan yang benar untuk kebenaran dalam hati mereka.

Orang berhikmah mengelak para pencemuh, ketika mereka mengesan kebencian terhadap pembetulan atau kebencian terhadap orang yang memberi pembetulan (Ams 9:8; 13:1; 15:12; 19;28; 21:24). Mereka tidak akan menurunkan darjat kebenaran atau hikmah dengan menawarkannya kepada para pencemuh. Mereka tidak akan merisikokan nama baik yang mungkin diaibkan kerana memperbetulkan mereka. Menolak para pencemuh akan membawa damai sejahtera kepada kehidupanmu, sebab cinta mereka kepada perbalahan merosakkan ketenteraman dan kesatuan (Ams 22:10).

Orang berhikmah juga mengenalpasti dan menolak ciri-ciri pencemuh di dalam diri sendiri. Mereka belajar untuk menerima pembetulan dan teguran dengan sikap yang suka menunduk. Mereka tidak selalu menyoal atau membangkitkan satu lagi “tetapi” kepada pihak berkuasa atau terhadap arahan mereka. Mereka rendah hati untuk mendengar teguran dan pembetulan, dan mereka menghargai orang yang cukup murah hati untuk mengajar dan mewaspadakan mereka (Ams 27:6; Maz 141:5).

Yesus bertentangan dengan pencemuh, sebab Dia dengan ceria dan dengan rela belajar kehendak BapaNya bagi kehidupannya dan melakukannya. Seperti Juruselamat para pendosa, Dia juga mengampuni para pencemuh seperti Saul dari Tarsus dan pencuri di atas salib. Hai pembaca, jika kamu merupakan suatu kes yang degil dan yang sukar bagi ibubapa atau guru-guru yang lain dalam kehidupanmu, akuilah kebebalanmu itu kepadaNya pada hari ini. Belajarlah teladanNya yang sempurna untuk kerendahan hati dan penundukan dan hargai dan pujilah guru-gurumu.