Amsal · Proverbs

9:6
Tinggalkanlah yang bebal, lalu hidup; dan pergi menurut jalan pemahaman.

Inilah nasihat yang berharga! Tolaklah kawan bebal dan pengaruh bebal! Kehidupan, yakni suatu kehidupan yang diberkati dan yang damai, yang menyenangkan Allah dan manusia, bergantung kepadanya. Jauhilah orang bebal. Pergi menurut jalan – pilihlah gaya hidup – pemahaman. Jalanilah kehidupan yang salih dan yang berhikmah. Jangan biar sesiapa pun menghalang atau menggodamu ke arah yang lain. Kehidupanmu, dan keluargamu, sedang dipertaruhkan. Orang bebal akan menjatuhkanmu. Salomo kerap kali memberi amaran tentang bahaya ini (Ams 4:15; 5:8; 13:20; 19:27; 25:5).

Nasihat pertama Puteri Hikmah, sesudah menawarkan rumah dan kenduri yang mewah bagi orang pandir, adalah untuk meninggalkan orang bebal dan memilih jalan hikmah (Ams 9:1-5). Satu hal yang dapat kamu buat bagi dirimu sendiri adalah untuk memutuskan hubungan orang bebal dan pengaruh mereka. Pergaulan yang buruk akan menjatuhkanmu dan membinasakan kehidupanmu, tidak kira berapa banyak kamu fikir diri sendiri kuat. Jika kamu ingin hidup, iaitu benar-benar hidup, maka jauhilah orang bebal, dan pilihlah suatu kehidupan salih dengan hikmah dan pemahaman.

Ia suatu konsep yang mudah – pengaruh bebal merosakkan adab yang baik (1Kor 15:33). Namun, Paulus kena memberi amaran, “Jangan diperdayakan”. Hatimu, sementara bersetuju dengan Syaitan untuk membinasakanmu, akan memberi izin kepada pengaruh bebal. Dia membisik, “Mereka tidak akan ada kesan pada dirimu”, atau, “Janganlah kamu kurang mesra”, atau, “Semua orang melakukannya, dan mereka pun okey sahaja”, atau yang paling teruk, “Kamu akan dapat peluang untuk mempengaruhi mereka kepada kebaikan”. Kamu mungkin sedang cuba memberi alasan untuk memperbenarkan pengaruh-pengaruh bebal pada saat ini juga.

Pertimbangkan Lot. Dia tidak takut datangnya pengaruh Sodom. Pekerjaan yang lebih baik bagi dia adalah berbaloi untuk menanggung risiko itu. Dia dan keluarganya akan okey sahaja. Lagi pula, bukankah dia anak buah kepada Abraham? Dia memilih rumah yang dekat-dekat Sodom; kemudian, dia berpindah ke dalam kota itu; kemudian, dia menyertai majlis perbandaran; kemudian, dia membenarkan tiga anak perempuannya kahwin dengan lelaki tempatan. Dia langsung tidak meninggalkan orang bebal. Mereka membinasakannya, isterinya, dan kelima-lima anak-anak perempuannya. Betapa keji dan durjana pembaziran nyawa tujuh orang ini!

Pertimbangkan Rehabeam. Dia anak lelaki Salomo dan objek banyak amsal. Tetapi dia menolak para penasihat ayahnya yang berhikmah lalu memilih rakan-rakan sebaya sebagai sumber nasihat. Adakah itu memberi kesan kepada kehidupannya? Dalam satu generasi sahaja, dia kehilangan negara besar ayahnya dan kemakmurannya yang agung,sementara sepuluh suku kaum Israel menolaknya dan membentuk sebuah negara yang baru. Betapa jijiknya pembaziran itu!

Pertimbangkan Yosafat. Dia salah seorang yang dari keturunan Daud dan seorang raja yang hebat di Yehuda. Dia memilih untuk berkawan dengan Ahab, iaitu raja yang pagan dan yang cabul di Israel. Dia membenarkan anak lelakinya untuk berkahwin dengan anak perempuan Ahab. Kesatuan dengan orang yang berkompromi dan yang durjana itu merugikannya dengan menghambat berkat dan damai sejahtera pada waktu pemerintahannya, sebab Tuhan marah kepadanya kerana perhubungan itu. Kemudian, Allah menghapuskan tiga keturunannya dari salasilah rajani Yesus Kristus kerana gabungan yang tidak salih itu.

Di sinilah isu bagi kamu! Mana satu kamu punya Sodom? Siapakah yang menjadi para penasihatmu? Siapakah Ahab kamu? Sudahkah kamu menolak orang bebal di persekolahan anak-anakmu, di tempat penggajianmu atau bidang kerjamu, di gerejamu, di keluargamu, dan di jaringan kawan keluargamu? Sesiapa sahaja kawan atau pengaruh yang tidak sama atau yang tidak melebihi kekudusan dan hikmahmu akan lama-kelamaan menarik dirimu ke tahap rendah mereka. Terjamin! Jangan berbohong kepada dirimu sendiri tentang hakikat yang pasti ini.

Bagaimanakah kamu memilih sahabat? Daud memilih mereka dengan cara ini: “Aku teman kepada semua mereka yang takut akan engkau, dan kepada mereka yang memegang ketetapan-ketetapanmu” (Maz 119:63). Dan, “Hati yang rewel akan dijauhkan daripadaku: aku tidak akan mengenal orang yang durjana” (Maz 101:4). Dia sungguh berhati-hati dalam hal memilih sahabat. Adakah kamu serupa? Sudah tentulah, kamu pasti kekurangan sahabat dengan cara ini, tetapi itu menjimatkan masa dan usaha. Siapakah yang memerlukan banyak sahabat, terutama kalau sahabat-sahabat itu sedang merosakkan dirimu?

Semua sahabatmu orang Kristian? Oh ya ke? Betapa pandainya dirimu! Sepertiga penuh orang di bumi ini adalah Kristian. Mungkinkah itu menjadikan kesemua mereka pengasih kebenaran dan hikmah? Orang yang beragama yang menuduh Yesus dengan palsu lalu menyalibkanNya. Tahap sukatanmu teramat rendah. Orang Kristian yang benar menjalani kehidupan yang kudus dan yang menyangkal diri sendiri, tidak mengasihi benda duniawi, percaya tepat kepada apa yang diajar Paulus, dan berfikiran rohani (Tit 2:11-14; Flp 3:18-19; Rom 16:17-18; 8:5-9).

Bagaimana pula dengan televisyen? Adakah kamu membaca hikmah pada waktu pagi, yang hangat mengecam kebebalan, dan kemudian menonton kebebalan yang dikecam itu pada waktu petang? Daud berkata, “Aku tidak akan menempatkan apa pun yang jahat di depan mataku: Aku benci perbuatan-perbuatan mereka yang menyimpang; ia tidak akan berpaut kepadaku” (Maz 101:3). Televisyen adalah neutral secara moral – ketika ia dipadamkan! Ia suatu alat neraka yang menjahanamkan – ketika ia dipasang! Kurang adanya siaran yang akan disyorkan Puteri Hikmah dan yang baik itu pun beberapa minit sahaja.

Siaran televisyen yang paling baik pun adalah tanpa Tuhan, kekosongan hikmah, memuliakan filsafat palsu humanisme, ketiadaan harapan, dan badaniah. Maklumat jahat yang dimuntahkangambar dan bunyinya merosakkan jiwa – terutamanya kanak-kanak yang mudah terpengaruh dan tertakjub melalui penawanan penuh mata dan telinga oleh TV. Siaran yang paling “sihat” pun tidak pernah menggalakkan iman, kesalihan, perkahwinan, doa, doktrin, kerohanian, kebenaran, bapa, Alkitab, dsb.

Pengaruh orang bebal boleh menyerap ke dalam sanubarimu secara tidak ketara. Kawan-kawan bebal yang nampaknya tidak ditimpa kesan buruk dosa akan menumpulkan kebencianmu bagi dosa; perbualan mereka yang kurang rohani menghambat perbualan rohanimu; dan penggalakkan mereka yang ceria supaya menyertai mereka menimbulkan godaan yang kuat. Siaran televisyen yang mempersembahkan suatu gaya hidup tanpa Tuhan dan yang badaniah mengebaskan kepekaanmu untuk pemikiran rohani dan kehidupan kudus. Pengagungan dosa menerusi audio-video sungguh banyak mengghairahkan nafsumu.

Bagaimana pula dengan gerejamu? Kebanyakan gereja pada zaman kini memakai kebebalan untuk menjamin kehadiran orang muda, untuk melegakan orang yang tidak terjanakan semula, dan untuk menambahkan bilangan kehadiran dan aliran tunai. Adakah setiap perkataan dari mimbar, dan setiap aktiviti gereja, dapat disokong satu-satunya Alkitab? Jika ia tidak boleh disokong, maka kamu sedang memilih kebebalan malah dalam hal agamamu juga. Pergaulan jahat merosakkan adab yang baik di sana seperti di mana-mana jua (1Kor 15:33).Sementara disukat oleh buku panduan yang keperempuanan dari ibu pejabat denominasi, gerejamu mungkin kelihatan berhikmah. Tetapi jika disukat Firman Allah, ia besar kemungkinan tidak!

Hai ibubapa, mungkinkah kamu membiarkan anakmu untuk bermalam dengan orang yang suka memperkosa budak atau dengan seorang pembunuh? Untuk mendengar soalan itu pun meloyakan! Tetapi Puteri Hikmah di sini memberi amaran kepadamu akan ini: pengaruh-pengaruh bebal akan membinasakan kehidupan anakmu. Adakah kamu melihat bahaya itu? Jiwa mereka jauh lebih penting daripada tubuh mereka. Bagaimana mungkinkah kamu membiarkan anak untuk memilih kawan-kawan sendiri, untuk mendengar muzik sendiri, untuk memilih jodoh sendiri, atau untuk membenarkan televisyen sendiri di dalam bilik mereka?

Bahayanya cukup terang! Simpang jalan berada di depanmu! Arah ke kiri ialah pintu yang luas terbuka menuju ke neraka. Semua orang yang lain sedang memasuki pintu itu dengan ketawa dan dengan semangat komuniti yang hebat – dan mereka memanggilmu untuk berjalan bersama mereka. Arah ke kanan ialah pintu yang sungguh mengongkong dan yang suntuk, yang menuju ke kehidupan. Jarang ada sesiapa pun yang memasuki pintu itu, dan orang yang masuk nampaknya serius dan menganggap pintu itu penting. Lari kepadanya, hai pembaca! Dan lari melaluinya!

Hatimu sungguh durjana dan berbohong kepadamu lebih kerap daripada apa yang disedarimu (Yer 17:9). Tanpa rahmat dan jagaan tekun Allah, kamu akan condong kepada kebebalan dan dosa. Tetapi untuk mendedahkan diri sendiri kepada kebebalan dalam apa pun bentuk merupakan malapetaka yang pasti. Ia akan menjatuhkanmu! Sebaliknya, “Kenakanlah pada diri kalian Tuhan Yesus Kristus, dan jangan membuat peruntukkan bagi daging untuk memuaskan nafsunya” (Rom 13:14). Agama yang sejati di hadapan Allah adalah untuk berjaga-jaga supaya dirimu tidak ternoda bersama dunia (Yak 1:27).