Amsal · Proverbs

9:8
Jangan mencela pencemuh, supaya jangan dia membencimu: tegurlah orang berhikmah, dan dia akan mengasihimu.

Belajar untuk menghakimi. Dapatkah kamu mengenalpastikan si pencemuh dan orang berhikmah? Tahukah kamu bagaimana melayanimereka masing-masing? Allah ingin supaya kamu menjadi bijaksana dan berjaya dalam urusan dengan orang. Elaklah pencemuh kerana mereka tidak layak menerima kebenaran dan akan membenci kamu; perbetulkan orang berhikmah dan mereka akan mengasihimu.

Ujilah akhlakmu. Adakah kamu seorang pencemuh atau orang berhikmah? Perbezaan ini besar. Ia bergantung kepada bagaimana kamu menerima pembetulan. Kamu mungkin orang yang paling buruk di dalam Amsal atau yang paling baik atau di tengah-tengah. Allah dan orang baik akan sama ada menunjukkanmu lebih kebenaran ataupun membiarkanmu hidup di dalam kesilapan.

Lihatlah masa depanmu. Jika kamu seorang pencemuh – mengolok-olok ibubapa atau pastor yang diutus Allah untuk memberi amaran kepadamu – maka Dia sudah memutuskandirimu daripada kebenaran. Kemungkinan itu harus menggentarkanmu. Jika kamu mengasihi amaran-amaranNya dan para utusanNya, Dia akan mencurahkan lebih kebenaran kepadamu.

Orang bertindak balas dengan dua cara kepada teguran dan celaan; perbezaan tindak balas menunjukkan hati dan akhlak mereka. Ada yang menghargai pembetulan, belajar daripadanya, dan mengasihi orang utusan itu. Yang lain benci dan menolak pembetulan dan membenci orang utusan itu. Selaraskan akhlakmu sendiri dahulu, dan barulah selepas itu tanggapilah orang lain dengan berhikmah.

Apakah pelajaran-pelajaran di sini? Pertama, dan yang kurang penting, kamu harus belajar untuk berbalas seperti orang berhikmah kepada pembetulan. Kedua, dan yang lebih penting, kamu harus mengenalpastikan akhlak orang lain dan melayani mereka dengan sewajarnya seperti yang dinyatakan amsal ini. Sesetengah orang tidak layak menerima teguran dan kebenaran Allah. Akhirnya, jika Allah mengarahkanmu untuk menolak si pencemuh, cuba kamu fikir apa yang sudah Allah lakukan kepada mereka.

Orang berhikmah suka diperbetulkan, sebab mereka tahu inilah satu-satunya cara untuk menjadi berhikmah (Ams 9:9). Ini benar walaupun pembetulan menyakitkan (Maz 141:5). Mereka tahu bahawa kasih benar akan mencela dan melukakan mereka, dan mereka lebih suka ini daripada ciuman musuh yang memperdayakan (Ams 27:5-6). Apabila kamu mencela orang yang sebegitu, dia akan menghargaimu dan mengasihimu kerana berbuat demikian, maka, lakukanlah itu (Ams 25:12).

Tetapi orang bebal benci diperbetulkan, sebab hati mereka yang jahil menganggap diri sendiri betul (Ams 12:15; 23:9). Para si pencemuh adalah lebih buruk daripada orang bebal, sebab hati angkuh mereka tidak akan menerima teguran; mereka akan membenci pesanan dan pembawa pesanan itu (Ams 9:7). Sikap congkak yang menyanjungi diri sendiri menyebabkan mereka memandang hina arahan, pembetulan dan amaran (Ams 26:12). Berwaspadalah akan mereka, hai pembaca yang dikasihi.

Orang yang congkak dan yang menganggap diri sendiri benar akan menolak tujuh orang yang ada hujahan yang baik (Ams 26:16). Para pencemuh menolak nasihat yang dapat menyelamatkannya sebab mereka dengan angkuh tidak ingin diperbetulkan. Mereka sudah makan roti keangkuhan sebegitu lama sehingga tiada harapan lagi bagi diri mereka (Ams 21:24). Mereka itu kekejian bagi manusia (Ams 24:9); jika kamu berhikmah, kamu akan menyingkirkan mereka (Ams 22:10).

Sementara mungkin kena menegur mereka untuk beberapa kali supaya didiamkan (Ams 26:5), akhirnya kamu harus menamatkan pertengkaran dengan mereka untuk sebab-sebab yang berhikmah (Ams 26:4; 23:9). Bertengkar, berbahas, atau melayani soalan-soalan orang demikian adalah bebal dan salah (2Tim 2:16,23; 1Tim 6:3-5; Tit 3:9). Biarlah hikmah yang berharga dalam nasihat ini membebaskanmu dan memberimu damai sejahtera.

Tuhan Yesus mengajar amsal ini di dalam Matius 7:6, tempat yang Dia memberi perintah supaya jangan membuang mutiara kepada babi atau memberi apa yang kudus kepada anjing. Mutiara dan apa yang kudus itu ialah permata-permata berharga hikmah Allah dan kebenaran. Dia memberi dua alasan yang berhikmah. Binatang-binatang yang angkuh ini akan pertama-tama mencemuh kata-katamu, dan selepas itu memutarbelitkannya untuk menentangmu.

Elakkan orang-orang jahat itu. Kamu tidak berhutang kepada mereka untuk berbahas dengan mereka. Jangan biar keangkuhanmu menghormati mereka kerana langsung bertengkar. Kamu telah diberi amaran untuk meninggalkan mereka. Jika kamu menjauhi para pencemuh, kamu dapat hidup dengan aman dan damai. Tambahan pula, perbetulkanlah apa pun kecenderungan di dalam dirimu atau ahli keluargamu untuk menjadi seperti mereka. Orang sedemikian tidak layak untuk hikmah dan kebenaran.

Belajar untuk mengasihi teguran, kerana itu cara menjadi lebih berhikmah (Ams 9:9; 19:20). Salomo mengenalpastikan kemampuan menerima pembetulan sebagai sukatan yang paling baik untuk hikmah (Ams 15:5,31). Kalau kamu mengehadkan dirimu untuk berkawan hanya dengan orang berhikmah, maka kamu akan menjadi lebih berhikmah (Ams 13:20). Di manakah kamu dapat mencari orang berhikmah sedemikian? Di gereja Yesus Kristus yang menuruti agama purbakala firman Allah.

Yesus mentaati amsal ini ketika menemui para pencemuh. Selepas menegur dan memalukan mereka, dia akan pergi meninggalkan mereka (Luk 13:17). Dia pernah berkata tentang mereka, “Setiap tanaman, yang tidak ditanam oleh Bapa syurgawiku, akan dicabut keluar. Biarkanlah mereka: mereka itu pemimpin yang buta bagi yang buta. Dan jika yang buta memimpin yang buta, kedua-duanya akan jatuh ke dalam parit.” (Mat 15:12-14).

Menurut kadar kamu seorang pencemuh, Allah sudah meninggalkanmu di dalam keangkuhan kejahilanmu, tetapi kamu terlalu bodoh untuk mengenal itu (Yes 44:19-20). Menurut kadar kamu berhikmah dan suka pembetulan, Allah akan menunjukkanmu lebih kebenaran (Ams 4:18). Inilah peraturan Allah akan urusan sesama manusia. Inilah peraturan yang sederhana tetapi cukup mendalam. Rendahkanlah dirimu seperti Salomo dan jadilah berhikmah (1Raj 3:7-9).