Amsal · Proverbs

1:16
Kerana kaki mereka lari menuju kejahatan, dan bergegas untuk menumpahkan darah.

Orang bebal tidak dapat meninggalkan kebebalan. Para pendosa tidak dapat meninggalkan dosa. Mereka berlari dengan bergegas kepada lebih kedurjanaan daripada berjalan. Mereka dengan tamak berasak-asak untuk memuaskan nafsu jahat mereka (Efe 4:17-19). Oleh sebab adanya ciri ini, para teruna haruslah menjauhi orang bebal dan para pendosa sejauh semungkin.

Selepas memperkenalkan buku Amsal (Ams 1:1-9), Salomo menulis sebuah perumpamaan untuk mewaspadakan anaknya tentang bahaya dahsyat pergaulan jahat (Ams 1:10-19). Sahabat-sahabat bebal membinasakan lebih orang muda daripada apa pun faktor yang lain. Perumpamaan ini menceritakan kumpulan orang kejam yang harap untuk memujuk seorang teruna untuk menyertai mereka, dan Salomo memberitahu anaknya ke mana tempat yang ditujui orang bebal sedemikian.

Undangan untuk menyertai kumpulan orang kejam mungkin keterlaluan, tetapi pertimbangkan godaan bagi teruna untuk menyertai geng-geng di sekolah atau di bandar, persatuan mahasiswa yang tidak bermoral, organisasi politik atau militan yang subversif, KKK, Pertubuhan Masonic Lodge, Parti Komunis, dan apa pun lagi yayasan atau perbadanan manusia yang mengejar kepelbagaian matlamat jahat yang sekadar dengan itu.

Bahaya untuk berjalin dengan orang durjana ialah kegilaan mereka untuk semakin bergegas kepada apa yang lebih jahat. Tidak kira apa pun keinginanmu untuk mengelak dosa dan kedurjanaan, pujukan undangan-undangan mereka dan kuasa tekanan rakan sebaya adalah terlalu hebat untuk ditahan. Kamu akan merosot bersama mereka, dan pasti akan jatuh bersama mereka. Salomo telah menjadikan ini cukup jelas sebelum mengakhiri perumpamaan ini (Ams 1:17-19).

Dosa tidak tahu maksud kepuasan. Satu dosa tidak akan mencukupi. Selepas melanggari perintah Allah dan mengecapi buah kenikmatan yang terlarang, dosa mengingini lebih. Hati akan mengeras, hati nurani diselar, nafsu diberahikan, dan fikiran tidak dapat melupakan detik-detik keterujaan yang curi-curi. Proses meluru turun ke lembah kebinasaan sudah bermula. Apakah yang akan menghentikan pendosa itu?

Kamu tidak dapat mereformasikan kawan yang durjana. Sebaliknya, kawan durjana akan merosakkan adab baikmu (1Kor 15:33). Keselamatan hikmah mudah sahaja: jangan sesekalipun memulakan persahabatan dengan orang bebal (Ams 1:10; 4:14-17; Maz 1:1-3). Jika kamu ada kawan yang bebal, tinggalkan mereka dengan serta-merta (Ams 9:6; 13:20; 14:7). Peraturan ini penting untuk nyawa dan kejayaan (Ams 2:10-22).

Hanya Allah boleh mengubahkan orang bebal, dan itu telah dilakukanNya dengan mulia seperti kes Saulus dari Tarsus (Tit 3:3-5). Jika kamu fikir kamu dapat mengubahkan mereka, kamu sungguh-sungguh tersilap. Janganlah terperdaya (1Kor 15:33). Salah satu lagi amsal yang lain menyimpulkan ini, “Walaupun kamu menumbuk seorang bebal bersama-sama gandum di dalam lesung batu dengan penumbuk, kebebalannya masih tidak akan meninggalkannya” (Ams 27:22). Paulus pun mengelak mereka yang ketiadaan iman dan takut akan Allah (2Tes 3:1-2; 2Tim 3:1-5).

Pelajaran di sini adalah mudah dan bernilai tinggi. Sahabat yang bebal akan membinasakan sesiapa pun. Maka, tolaklah segala sahabat durjana untuk sahabat Raja Sion (Maz 101:1-8; 119:63,79; 144:11-15; Tit 1:8). Kamu dapat menemui mereka di gereja tempatan yang menyanjungi doktrin dan amalan rasuli, iaitu tempat yang kamu dapat menggesa dan membantu satu sama lain mencapai iman dan ketaatan yang lebih besar kepada Yesus Kristus.