Amsal · Proverbs

1:17
Tentulah sia-sia sahaja jaring dibentangkan di depan mata apa pun burung.

Burung sungguh bebal dan bodoh, sampai kepada kebinasaan nyawanya. Si pemikat burung membentangkan jaring di depan burung, tetapi itupun tidak berguna bagi burung itu. Daya tarikan umpan itu memikatnya ke dalam jerat dengan mudah sahaja. Amaran bahaya cukup jelas, tetapi itu tidak melambatkan burung. Kepastian kebodohan burung dan kebinasaannya ialah pelajaran dan amaran bagi manusia supaya berwaspada terhadap bahaya yang ada.

Di sinilah amsal yang klasik – suatu kata pujangga orang berhikmah, yang memerlukan sedikit tafsiran (Ams 1:6)! Ya, Tuhan, betapa mulianya kitab ini yang telah dikarangkanMu! Sudahkah kamu siap, hai pembaca, untuk menyelam cabaran maksud kata-kata ini? Dan amsal ini, sepasti amsal-amsal yang lain, membawa hikmah dan arahan yang sangat penting bagi keselamatan dan kejayaan kehidupanmu.

Seorang pemikat burung memburu burung liar untuk makanan atau untuk sukan. Dia seorang penangkap burung, dan biasanya memakai jaring. Dengan makanan sebagai umpan, dia akan membentangkan suatu jaring yang dengan mudah mungkin dipaparkan ke atas burung atau dikumpulkan dari bawah untuk memerangkapnya. Dia akan menunggu untuk burung datang untuk makanan percuma itu, dan selepas itu melepaskan jaring itu kepadanya. Kerana tidak dapat terbang lagi, si pemikat burung berjaya mendapat mangsanya yang tidak dapat ditolong lagi.

Apakah maksud sia-sia – pembaziran bebal – dalam amsal ini? “Tentulah sia-sia sahaja”, ialah permulaan amsal ini. Tetapi apakah itu sia-sia? Apakah peristiwa yang membazir ini? Mungkinkah ia pembaziran bagi si pemikat burung untuk membentangkan jaring sementara burung sedang melihat, sebab burung pasti tidak akan mendekati umpan itu? Atau mungkinkah ia tidak berguna untuk burung melihat si pemikat itu membentangkan jaring yang bahaya itu sementara burung akan dengan lekas terbang ke umpan sebaik sahaja si pemikat tidak kelihatan?

Tafsiran yang kedua ialah apa yang betul. Membentangkan jerat bagi burung sementara ia memandang sudah pasti tidak akan membantu burung itu, kerana ia akan terbang dengan lekas ke umpan, lalu menggadaikan nyawanya. Ia sia-sia, atau tidak berguna, untuk burung melihat bahaya, sebab ia tidak akan menanggap risiko yang membunuh. Burung terlalu bodoh untuk melihat bahaya, dan ia terlalu tamak umpan untuk terbang melarikan diri. Syukur kepada Allah kerana mendedahkan tafsirannya, supaya kamu dapat belajar pelajaran dan bertumbuh dalam hikmah.

Tafsiran ini adalah betul menurut konteks, yang menerangkan orang durjana yang berlari dengan lekas ke jenayah-jenayah yang ganas (Ams 1:16) yang akan mengakibatkan kehilangan nyawa sendiri (Ams 1:18). Seperti dalam Alkitab, kamu belajar konteks untuk mengenalpastikan niat setiap ayat.Di sini kamu ada Solomo, ayah yang sempurna, memberi amaran kepada anak lelakinya terhadap teman-teman jahat (Ams 1:10-19).

Orang durjana mengejar gaya kehidupan yang berdosa, walaupun ada amaran yang terang-terang di hadapan mata. Mereka membaca para penjenayah yang serupa ditangkap dan dihukum dengan keras-keras; mereka melihat orang lain mati dengan ngeri pada umur muda; mereka mendengar amaran-amaran kuat tentang penghakiman ilahi yang akan datang; dan hati nurani mereka memberitahu mereka bahawa Allah mengutuk perilaku mereka. Namun, mereka langsung terbang ke umpan, harta berharga dan jarahan rompakan (Ams 1:13) dan untung yang tidak wajar daripada pencurian (Ams 1:19).

Dosa itu membutakan dengan teruk. Walaupun Allah memberi amaran kepada Adam dan Hawa dengan terang-terang, mereka masih terbang ke dalam jaring Syaitan untuk umpan buah terlarang. Walaupun sudah diberi amaran terhadap perbuatan berzina dan diberi keterangan tentang kesan-kesannya yang pedih, lelaki bebal masih bergegas kepada perempuan asing, “seperti seekor burung yang bergegas-gegas ke dalam perangkap, dan tidak mengetahui bahawa dia sedang mempertaruhkan nyawanya” (Ams 7:22-23).

Orang durjana mengejar dosa tanpa apa pun pertimbangan bahaya, dan selepas itu jaring melingkupi mereka dengan tiba-tiba (Pkh 9:12). Bahaya ada di sana sepanjang masa, dan ia memang kelihatan; tetapi mereka memperdayakan diri sendiri bahawa mereka tidak akan ditangkap. Mereka menyakinkan diri bahawa mereka dapat terlepas tanpa kesan-kesan yang orang lain deritakan. Mereka tahu penghakiman Allah, namun mereka kekal berdosa, dan dengan para pendosa (Rom 1:32). Mengapakah mereka sebegitu bodoh? Sifat dosa yang memperdayakan dan kuasa Syaitan menjadikan mereka bebal dan mudah dipengaruhi seperti burung (Yer 17:9; 2Tim 2:26).

Tetapi TUHAN Allah tidak akan diperolok-olokkan (Gal 6:7). Jaring akan tutup. Burung yang berdosa itu akan diambil. Si pemikat burung bagi kepentingan pengadilan ilahi akan mengambil mangsanya. Allah sudah dengan licik meletakkan perangkap dan jeratNya bagi orang durjana (Amo 3:1-8). Orang durjana akan terjerat dengan perbuatan tangannya sendiri; dia akan terperangkap dan dibinasakan dalam kebebalannya sendiri, yang akan jatuh kepada kepalanya sendir (Ayb 18:5-10; Maz 7:14-16; 9:15-16; 35:7-8; 57:4-6). Ciumlah Anak (Maz 2:12). Hari ini juga!

Hai teruna, janganlah menjadi burung bebal. “Bebaskanlah dirimu bagaikan rusa daripada tangan si pemburu, dan bagaikan burung daripada tangan si pemikat burung” (Ams 6:5). Lari diri daripada godaan umpan itu. Lari daripada bahaya jaring yang dibentangkan bagi jiwamu. Kamu tidak dapat menemani orang durjana, berfoya-foya dengan perempuan asing, atau mengikuti apa pun tabiat dosa tanpa ia memerangkap dan membinasakanmu. Lari dariapada nafsu orang muda pada hari ini. Terbang lari! Terbang lari!

Hai ibubapa, kebebalan tertambat pada hati anak-anakmu (Ams 22:15). Ia tugasmu untuk mengajar mereka kebebalan dosa dan menyediakan sedikit kepedihan untuk membantu pelajaran itu, supaya jangan mereka menjadi bodoh seperti burung dan terbang kepada pembinasaan mereka sendiri (Ams 13:24; 22:6; 23:13-14; 29:15; Efe 6:4). Tunjukkan perdayaan umpan dosa dan ajar mereka kesan-kesan pedih ketidaktaatan. Ingatilah mereka bahawa para pendosa yang berterusan dalam dosa adalah bodoh seperti burung yang terbang ke dalam jaring yang kelihatan.

Hai pembaca Kristian, kamu telah terjerat oleh si pemikat burung dari neraka, iaitu iblis sendiri, yang telah menawankanmu kepada kehendaknya (2Tim 2:26). Kamu suka umpan dia, dan kamu dengan rela mentaati dusta-dustanya kepada pemerangkapan kekal jiwamu (Efe 2:1-3). Adakah kamu tahu bahawa situasimu sudah suram seperti burung di jaring pembinasa? Tetapi Tuhan Yesus Kristus, yang lebih kuat daripada Syaitan, sudah melepaskanmu daripada jeratnya (Luk 11:20-22; Kol 1:13). Terpujilah namaNya yang mulia!

Syaitan pernah dan akan menggerakkan manusia untuk memasang jerat bagi orang benar, tetapi Tuhan akan melepaskan para orang kudusNya daripada segalanya (Maz 91:3; 140:5; Yes 29:20-21; Hos 9:8; 2Tim 4:16-18). “Terpujilah TUHAN, yang tidak menyerahkan kita sebagai mangsa kepada gigi mereka. Jiwa kita terlepas seperti burung dari jerat si pemikat burung: jerat itu sudah dipatahkan, dan kita sudah terlepas. Pertolongan kita adalah di dalam nama TUHAN, yang telah menjadikan syurga dan bumi” (Maz 124:6-8). Terpujilah namaNya Yang Maha Mulia!