Amsal · Proverbs

1:20
Hikmah berseru-seru di luar; dia melaungkan suaranya di lapangan:

Puteri Hikmah ingin membantumu. Dia menawarkan pengetahuan dan pemahaman hari demi hari kepada semua manusia. Dia tidak akan selalu bersedia ada. Jika kamu cukup lama menolak dia, dia tidak akan mengendahkanmu pada waktu kamu bermasalah. Pastikan kamu menerima dan mentaati tawarannya yang murah hati pada hari ini.

Mengapakah kamu terus menyakiti dirimu? Bilakah agaknya akan kamu jemu dengan kesakitan? Apakah yang akan menjadikanmu mencuba pendekatan yang berbeza dalam kehidupan? Mengapakah kamu ingin mendengar orang bebal memanggilmu (Ams 1:10-19)? Kamu pasti mengasihi maut, kerana kamu membuat pilihan-pilihanmu menurut arah itu (Ams 8:32-36).

Puteri Hikmah menawarkan kehidupan yang bahagia dan yang berjaya kepadamu. Perempuan yang mulia ini berseru untuk mendapat perhatianmu dan kasihmu. Dia berada dekat padamu sekarang. Dapatkah kamu mendengarnya di jalan? Dia sedang memanggilmu. Puteri ini ialah Salomo punya personifikasi hikmah yang cukup berkesan sebagai perempuan.

Puteri Hikmah mahu perhatianmu. Dia akan memberimu hikmah, yang memimpin kepada kehidupan yang seelok semungkin di dunia ini dan di dunia yang berikutnya. Kamu semua harus menyahut seruan tawarannya. Bagaimanakah dia melaungkan tawarannya? “Berapa lama lagi, hai orang pandir, akan kalian mengasihi kepandiran? dan para pencemuh bergemar di dalam cemuh mereka, dan orang bebal membenci pengetahuan? Berpalinglah kalian kepada teguranku: lihatlah, aku akan mencurahkan rohku kepada kalian, aku akan mempertahukan kata-kataku kepada kalian” (Ams 1:22-23).

Kebanyakan orang menderita salah sesuatu jenis kesakitan dan masalah, tahun demi tahun, generasi demi generasi. Mereka pasti mengasihi ketakutan, dukacita, disfungsi, dan kebinasaan, kerana mereka tidak pernah berubah. Ibubapa bercerai; anak-anak berjanji tidak akan bercerai; anak-anak akhirnya pun bercerai. Seorang ayah berzina; anak lelakinya berjanji dia langsung tidak akan melakukan sebegitu; lalu dia berzina pula. Dosa dan penderitaan berterusan tanpa berakhir-akhir dari seorang bebal kepada orang bebal yang lain.

Seorang datuk kaki minum; anak-anaknya, cucunya, dan anak-anak buahnya bersumpah tidak akan salah pakai alkohol; tetapi beberapa dari antara mereka pula akhirnya menjadi pemabuk seperti datuk itu. Seorang pemberontak bebal bertengkar dan berbalah dengan ibubapanya, dan akhirnya dibuang dari rumah untuk sendiri menyara diri. Dia bergaduh di sekolah; dia bergaduh di militari; dia bergaduh dengan rakan sekerja dan majikan. Isterinya meninggalkannya; anak-anaknya membencinya; tetapi dia kekal bergaduh sampai kepada nafas terakhir.

Seorang gadis kecil Hindu merenung mengapa berjuta-juta allah tidak berbuat apa-apa, mengapa lembu jirannya boleh jadi Pakcik Rahul, mengapa agamanya menggalakkan orang balu membakar diri sampai mati di upacara perkuburan suaminya, mengapa bangsanya bersembahyang di sungai Ganges yang kotor, mengapa dia sendiri mungkin dibakar mati jika keluarganya tidak membayar mas kahwin yang besar kepada keluarga pengantin lelaki, dan mengapa bangsa-bangsa dan orang yang bersembahyang kepada Yesus Kristus bebas daripada kepercayaan karut teruk sedemikian dan dapat hidup dengan makmur. Namun dia membesar untuk menjadi penganut Hindu yang kuat dan mengajar itu kepada anak-anak perempuannya lagi.

Seorang gadis kecil dari negara Amerika merenung mengapa adanya banyak gereja dan mengapa kedua-dua cagaran dan wang kertas Amerika menyebut “God”, sementara sekolahnya menyangkal Yesus Kristus, Alkitab, dan doa; mengapa banyak undang-undang melindungi anjing Pit Bull tetapi mengizinkan pembunuhan anak yang belum lahir pula, mengapa dia harus belajar bersungguh-sungguh untuk kerja masa depan tetapi negaranya percuma menyokong suatu golongan orang sihat yang kononnya “cacat”, mengapa dua lelaki atau dua perempuan boleh berkahwin tetapi sifat semulajadi tidak membenarkan mereka memperoleh anak, mengapa dia wajib menjelas hutangnya pendidikan sekolahnya tetapi kerajaan pula tidak menjelas hutang kerajaan sendiri, dan mengapa banyak rakan sekelas dengannya diberi preskripsi ubat untuk seumur hidup bagi hal yang hanya memerlukan disiplin. Namun gadis Amerika itu masih menghantar anak perempuannya ke jenis sekolah yang sama dan tidak menghadiri apa pun gereja yang sedia ada.

Allah Pencipta menawarkan hikmah melalui syurga yang diciptakanNya (Maz 19:1-6), melalui Alkitab yang telah dikarangNya (Maz 19:7-11), dan melalui para pengkhutbah injil yang diutusNya untuk mengajar Alkitab (Yer 3:15; Kol 1:28-29; 2Tim 3:16-17). Dengarlah amsal sekali lagi: “Hikmah berseru-seru di luar; dia melaungkan suaranya di lapangan” (Ams 1:20). Tetapi Kristian pun pada zaman kini telah berpaling daripada doktrin sihat yang membawa hikmah dan berpaling pula kepada dongeng dan kenikmatan (2Tim 4:3-4).

Alkitab ialah perpustakaan yang paling unggul – 66 kitab yang tidak ternilai yang dipilih oleh Allah Yang Maha Kuasa. Ia berilham ilahi dan merupakan buku panduan hikmah. Kitab-kitabnya terselit dengan banyak jenis karya sastera dan meliputi setiap aspek kehidupan, menyediakan pandangan dunia yang menyeluruh, dan menjawab setiap soalan dan kesulitan filsafat yang direnungi manusia yang waras. Allah menyerahkannya untuk mengubahkan orang pandir kepada orang berhikmah dan untuk mengisytiharkan kebenaran tentang Anaknya yang tunggal, Yesus Kristus.

Puteri Hikmah, Salomo punya personifikasi bagi hikmah, memanggilmu untuk menyahut kesempatan tawaran Allah yang murah hati ini. Tetapi kebanyakan orang memilih untuk percaya kepada Darwin, Nietzsche, Spock, Freud, Gandhi, atau Oprah. Apakah yang dilakukan Allah? Dia menolak doa-doa mereka, membutakan mereka daripada kebenaran dan hikmah, dan mendawai semula otak mereka untuk melakukan hal-hal yang tidak pantas seperti sodomi (Ams 1:20-32; Rom 1:18-32). Puteri Hikmah memanggil dengan sungguh-sungguh. Apakah yang akan kamu buat pada hari ini untuk belajar hikmah?