Amsal · Proverbs

1:21
Dia berseru-seru di tempat utama di dataran, di muka pintu gerbang: di dalam kota dia mengucapkan kata-katanya, dengan berkata,

Di manakah hikmah? Solomo menulis Amsal untuk mengajar hikmah terutamanya kepada orang lelaki muda dan kepada semua anak Allah secara am (Ams 1:1-6). Di manakah kamu harus pergi untuk mencarinya? Hikmah dengan percuma ditawarkan di serata tempat untuk orang yang akan berhenti dan mendengar (Ams 1:20-23; 8:1-10; 9:1-5).

Solomo mempersonifikasi hikmah sebagai seorang perempuan, seperti orang Amerika memanggil alam semulajadi, “Mother Nature”. Puteri Hikmah berbicara untuk kebanyakan bab ini (Ams 1:20-33). Solomo memakai personifikasi ini dengan kerap kali (Ams 2:1-4; 3:13-18; 4:5-13; 8:1-36; 9:1-12). Hikmah sedang mencarimu. Dekapilah dia!

Di manakah hikmah? Ayub menanya soalan yang besar ini (Ayb 28:1-12). Manusia semulajadi tidak dapat menemuinya atau membelinya (Ayb 28:13-22). Hanya Allah tahu di manakah ia ditemui (Ayb 28:23-27). Allah syurgawi – Jehovah – berkata, “Lihatlah, takut akan Tuhan, itulah hikmah” (Ayb 28:28)!

Takut akan Allah ialah permulaan hikmah (Ams 1:7; 9:10). Apakah itu? Ia kekaguman terhormat untuk memegang perintah-perintahNya dan untuk membenci dosa (Ams 8:13; Ayb 28:28; Maz 111:10; Pkh 12:13-14; Ibr 12:28-29). Ia bersuka dalam Allah dan hal-hal yang Dia kasihi (Ula 6:4-9; Yer 9:23-34).

Hikmah bertentangan dengan segalanya yang dipercayai dan diajar oleh CNN, Hollywood, PIBG, Harvard, PETA, PBB, Oxford, Vatican, dan Astro!

Puteri Hikmah memanggil! Dia berseru-seru di tempat utama di dataran, iaitu tempat lalu lintas orang ramai. Dia berseru-seru di muka pintu gerbang, iaitu tempat masuk keluar kota. Dia berseru-seru di kota. Dia berdekatan bagi sesiapa pun, yang akan menghentikan kesibukannya dan keasyikannya supaya dapat mendengar (Maz 4:3-5; 46:8-11).

Allah Pencipta telah menyatakan dirinya di syurga dan di bumi (Maz 19:1-6; Rom 1:20). Suatu khutbah yang mudah difahami diceritakan siang dan malam dalam setiap bahasa dan loghat. Dia memberi kesaksian tentang diriNya setiap kali ia hujan dan kamu menikmati suatu musim buah (Mat 5:45; Kis 14:17; 17;27-28). Jika kamu percaya dusta evolusi, kamu tidak akan sesekali pun melihat apa pun hikmah.

Allah juga telah menyatakan hikmah melalui kitab-kitabNya yang terilham, yakni Alkitab Kristian (Ula 4:5-8; Maz 19:7-11; Yes 8:20). Dia telah mengutus orang terpilih untuk mengkhutbahkan hikmahNya kepadamu (Yer 3:15; 1Kor 2:6-16; Kol 1:28-29). Jika kamu sedang membaca amsal ini dan ulasannya, Allah yang murah hati telah membawa hikmah di hadapan matamu. Sujud! Rendahkanlah hatimu! Pujilah Penciptamu! Bersyukur kepadaNya bagi firmanNya! Baca firmanNya! Percaya firmanNya! Puteri Hikmah sedang memanggil!