10:16
Jerih lelah orang benar cenderung kepada kehidupan: dan buah orang durjana kepada dosa.
Apakah yang akan kamu capai pada hari ini? Dunia ada orang benar dan orang durjana. Mereka berdua akan bangkit setiap hari untuk berjerih lelah di sekolah, di tempat kerja, dan di dalam hal-hal yang lain. Usaha orang benar membawa kepada kesalihan dan kehidupan. Usaha orang durjana membawa kepada dosa dan maut.
Tiada tempat yang neutral di antara dua jenis orang ini. Kamu sama ada benar atau durjana. Usaha-usahamu sama ada membawamu kepada kehidupan atau kepada kematian. Bagaimana pula denganmu hai pembaca? Jika kamu hidup dengan durjana, maka aktiviti yang paling tidak bersalah atau yang paling neutral pun ialah dosa terhadap Allah (Ams 21:4).
Amsal-amsal solomo kerap kali ada dua pernyataan yang saling bertentangan. Dengan membandingkan dua pernyataan itu, kamu dapat menemui maksud amsal tersebut sepenuh-penuhnya. Amsal ini ada tiga perbandingan. Jerih lelah dibandingkan dengan buah, orang benar dibandingkan dengan orang durjana, dan kehidupan dibandingkan dengan dosa. Membandingkan jerih lelah dengan buah menandakan suatu pertimbanganusaha dan kesan akan dua gaya hidup itu. Membandingkan kehidupan dengan dosa menunjukkan kedua-dua sifat dan kesan akan dua gaya hidup itu.
Oleh sebab itu, kamu boleh menyimpulkan bahawa Solomo telah memberkati dan telah memuji gaya hidup orang benar, di mana usaha dan kesan-kesan usaha itu cenderung kepada kesalihan dan kehidupan. Dan dia mengutuk dan memberi amaran terhadap pilihan dan aktiviti orang durjana, kerana usaha dan kesan-kesan usaha itu cenderung kepada dosa, masalah, dan kematian. Amsal ini ialah amaran bahawa gaya hidupmu menentukan bagaimana usahamu akan membawa kesan kepada dirimu.
Inilah aksiom hikmah – kewajaran membawa kehidupan dan kedurjanaan membawa kematian – ia bukan selalu nyata. Sesetengah kali orang durjana nampak seakan-akan mereka hidup dengan baik (Maz 37:35; 50:16-21; 73:3-14). Sesetengah kali orang benar nampak seperti mereka satu-satunya orang yang menderita (Maz 34:19; Kis 14:22). Tetapi orang durjana akan dibawa kepada kebinasaan dan neraka, dan orang benar akan diangkat mengatasi mereka – kadang kala di dalam kehidupan ini – tetapi selalunya di dalam kehidupan di akhirat (Maz 37:36; 50:22; 73:15-20).
Suatu lagi aksiom menyatakan bahawa kamu tidak boleh terlepas daripada kesan-kesan perbuatanmu. “Barang apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya” (Gal 6:7). Tetapi hatimu yang memperdayakan dirimu akan berbohong kepadamu menentang Allah (Ams 12:15; 26:12,16; Yer 17:9). Si iblis akan membaling damak berapi ke dalam mindamu (Efe 6:16; Kej 3:4). Dan bohong dunia bersetuju dengan kedua-dua penyesat itu (1Yoh 2:15-17).
Kejayaan di hadapan Allah dan manusia bergantung kepada hal berjerih lelah menurut peraturan hikmah dan kebenaran. Jika kamu main tipu atau berkompromi dengan peraturan, maka kamu akan menderita hukuman yang adil atau dihakimi kerana kedurjanaan. Dosa tidak berbaloi; ia membinasa dan membunuh. Kemakmuran adalah mudah, jika kamu berpegang kepada peraturan-peraturannya (Ams 3:13-18; 8:12-21; 13:15; Maz 1:1-6; 19:11; 106:3; 112:2; Yak 1:25; 1Pet 3:10-12).
Kehidupan di dunia akhirat juga bergantung kepada pekerjaan peraturan hikmah dan kebenaran, kerana kalau tidak kamu tiada harapan untuk hidup yang kekal (Mat 7:21; Yoh 6:27; Gal 6:8; 1Tim 6:17-19; Ibr 5:9). Bukti kamu terpilih dan dijamin syurga adalah dengan melakukan apa yang telah difirmankan Allah bagi anak-anakNya, dan kamu patut sungguh tekun berbuat hal-hal itu (1Tes 1:2-4; 2Pet 1:5-11).