10:17
Yang memegang arahan berada dalam jalan kehidupan: tetapi orang yang menolak teguran adalah salah.
Di sinilah hikmah! Inilah salah satu pelajaran Solomo yang paling bernilai. Kamu mungkin tidak dapat menghargai kuasa dan hikmah amsal ini, tetapi ia tanda yang paling besar akan perangaimu dan kejayaan atau kesesakan masa depan. Mentaati arahan dan amaran ialah bukti yang paling jelas bahawa kamu mulia dan berhikmah. Menolak pembetulan dan teguran ialah bukti kamu adalah bebal dan cabul. Peraturan ini berilham; diagnosisnya tepat dan jitu sekali. Apakah hasil ujian penilaian dirimu?
Kamu sampai ke dalam kehidupan tanpa mengenal apa-apa pun. Satu-satunya cara kamu dapat maju melebihi kejahilan itu adalah untuk mendengar, belajar, dan taat. Sesetengah tidak maju melebihi fikiran kebudakan kerana tidak memakai langkah-langkah ini kepada hikmah, dan sesetengah lagi bertumbuh dengan cepat dalam pengetahuan dan pemahaman. Jika kamu tidak merendahkan dirimu untuk mentaati arahan guru-guru, maka kamu akan dipaksa belajar pelajaran-pelajaran kehidupan dengan cara yang paling sukar – oleh kemurungan dan kesesakan dalam kehidupanmu.
Kunci kepada hikmah dan kemuliaan ialah kerendahan hati – kemampuan untuk menolak fikiranmu supaya mendengar dan mentaati orang lain (Ams 15:33; 18:12). Apakah yang menghalangmu daripada memperolehsepenuhnya hikmah dan kehormatan? Keangkuhan! Ia menjadikanmu menolak dengan angkuh dan dengan mementingkan diri sendiri pendapat-pendapat orang lain, yang meninggalkanmu bersendirian dengan bayangan-bayangan bebal akan hatimu yang rosak dan yang jahil (Ams 18:1-2). Keangkuhan tidak mahu diperbetulkan atau diajar oleh orang lain. Seseorang terlalu angkuh untuk diajar adalah lebih buruk daripada seorang bebal (Ams 26:12). Tanggapilah pelajaran yang mudah ini! Kasihilah pembetulan!
Adakah kamu bebas daripada keangkuhan dan mudah merendahkan dirimu di hadapan arahan dan teguran orang lain? Adakah kamu selalu memakai tali pinggang ketika memandu? Memandu mengikut had kelajuan? Mentaati nasihat-nasihat pra-perkahwinan yang telah diberi kepadamu? Mengikuti buku panduan pekerja daripada majikanmu? Melengkapkan jadual pengelolaan tepat pada waktunya bagi kenderaanmu? Berbuat apa yang suamimu suruh buat pada hari itu juga? Mematuhi segala peraturan dan permohonan ibubapa?
Keperluan untuk mentaati pembetulan dan arahan dengan rendah hati ditekankan dalam Amsal (Ams 12:1; 15:5,10; 17:10; 29:1). Seluruh Alkitab menekankannya juga. Mendengar lalu melakukan arahan membawa berkat dan keselamatan (Mat 7:24;27; Yak 1:21-25). Mengapakah Paulus memberi amaran, “Janganlah memandang hina nubuat-nubuat” (1Tes 5:20)? Banyak orang tidak mahu seorang pengkhutbah untuk memberitahu mereka apa untuk dibuat. Mereka benci diperbetulkan dari mimbar. Mereka orang bebal yang sedang maju kepada kebinasaan!
Pelajaran amsal yang mudah ini membuktikan dua perkara – perangaimu dan masa depanmu. Ia benar sepasti hukum graviti! Orang berhikmah suka diajar, dan mereka menjadi berjaya (Ams 9:8-9). Orang bebal membenci untuk diperbetulkan atau ditegur, dan mereka akan dibinasakan (Ams 9:7; 12:15; 14:16). Hikmah berjanji untuk ketawa dan memperolok-olok orang bebal, ketika malapetaka mereka sampai, dan orang berhikmah ketawa bersama Puteri Hikmah, ketika mereka menyaksikan kepedihan dan kesesakan orang bebal (Ams 1:20-33).
Walaupun kehidupan yang kekal di syurga ialah pemberian yang tidak bersyarat oleh rahmat Allah melalui pencapaian dan usaha Yesus Kristus, ia disahkan melalui pematuhan arahan. Melakukan kehendak Allah ialah salah satu bukti yang paling besar akan kehidupan kekal yang menjadikan panggilanmu dan pemilihanmu pasti (Mat 7:21; 1Tes 1:2-4; Ibr 5:9; 2Pet 1:5-11). Orang yang tidak mempedulikan Allah dan tidak mentaati injilNya akan dibinasakan di dalam pembalasan yang berapi-api yang menjelang (2Tes 1:7-10).