10:15
Kekayaan orang kaya ialah kotanya yang kuat: kebinasaan orang miskin ialah kemiskinan mereka.
Wang menjawab segala-galanya! Siapakah yang menyatakan kata-kata ini? Sang Pengkhutbah, Solomo menyatakan itu (Pkh 10:19). Adakah ia benar? Ya, ia benar, sebab wang boleh menyelesaikan banyak masalah dan berbuat banyak. Solomo juga menyatakan bahawa wang ialah pertahanan terhadap masalah (Pkh 7:12).
Orang kaya tahu bahawa mereka boleh membeli jalan mereka keluar daripada kebanyakan masalah, maka mereka belajar untuk menaruh percaya kepada kekayaan sebagai pertahanan mereka dan punca bantuan mereka (Ams 18:11). Mereka menjadi angkuh dalam kemampuan mereka sendiri dan melupakan Allah, sebab mereka tidak rasa apa keperluan bagiNya atau kebergantungan kepadaNya. Orang kaya tidak berdoa, sebab mereka percaya bahawa mereka boleh menyelamatkan diri mereka daripada kuasa kewangan mereka.
Orang miskin tidak boleh membeli jalan mereka keluar daripada masalah. Ketika perbelanjaan menggunung, mereka tidak ada apa pun pertahanan, dan mereka dibinasakan. Mereka kehilangan keyakinan, menjadi geram dan takut, dan tergoda untuk mendamba atau mencuri apa yang orang kaya ada. Orang miskin juga tidak berdoa, sebab mereka tiada harapan untuk pelepasan, maka mereka kerap kali cuba mengendalikan masalah dengan tangan mereka sendiri.
Lagi pula, ia sukar bagi orang miskin untuk menjalin dan mengekalkan persahabatan (Ams 14:20; 19:4,7). Betapa malangnya kehidupan! Tetapi orang kaya ada banyak kawan (Ams 19:6). Betapa bahagia! Berhati-hati, hai pembaca, tiada mana-mana situasi ini baik. Kemiskinan dan kemakmuran kedua-duanya ada kekurangannya.
Oleh sebab dua keterlampauan ini, yang kedua-duanya membawa kepada dosa, Agur yang berhikmah bedoa agar Allah akan menyelamatkannya daripada kedua-dua kekayaan dan kemiskinan (Ams 30:7-9). Dia memilih kejayaan kewangan yang sederhana sebagai matlamatnya – suatu jumlah wang yang pantas patut menjadi cukup sesuai. Dia tahu bahawa kekayaan akan membawa kepada sikap memandai terhadap Allah, dan dia tahu bahawa kemiskinan akan membawa kepada pencurian.
Dapatkah kamu menjadi puas hati dengan hanya kejayaan yang sederhana? Akankah kamu menjadi demikian? Jika kamu mengasihi jiwamu, ini akan menjadi lebih daripada mencukupi. Bolehkah kamu berpuas hati dengan damai sejahtera dengan Allah sebagai bahagianmu (Maz 73:25-26; Kej 15:1; Ibr 13:5-6)? Akankah kamu demikian? Inilah sukatan kesempurnaan rohani.
Ia hikmah kudus dan kehematan kekal ketika orang kaya menjadi miskin dalam roh (Mat 5:3) dan orang miskin menjadi kaya dalam iman (Yak 2:5). Adakah sukatan-sukatan ini penting bagi jiwamu? Adakah ini menjadi cita-citamu dan sasaran-sasaranmu? Hal-hal ini merupakan sukatan kejayaan yang sejati.
Kota yang kuat ialah tempat untuk keselamatan, terutamanya pada zaman Solomo (2Taw 11:5). Orang kaya percaya kepada wang mereka dengan cara yang sama seperti rakyat percaya kepada tembok kota yang tinggi dan tebal. Tetapi Tuhan patut menjadi satu-satunya pertahananmu (Maz 7:10; 62:2,6), perlindunganmu (Maz 9:9; 94:22), kubu pertahanan (Maz 71:3, 91:2), dan menara yang tinggi (Maz 18:2; 144:2) terhadap masalah dan ketakutan. Percayalah kepadaNya! Banyak masalah akan pasti datang, iaitu masalah yang wang tidak dapat tolong, terutamanya maut.
Jangan percaya kepada wang. Jika kekayaan bertambah, jangan fikir tentangnya (Maz 62:10). Ingat Ayub dan bagaimana Tuhan mengambil segalanya dalam satu hari. Kekayaan boleh menumbuhkan sayap lalu terbang lari (Ams 23:4-5), dan pencuri dapat masuk dan mencuri (Mat 6:19). Ayub mengutuk dirinya sendiri, jika dia pernah membenarkan wang menjadi harapannya atau keyakinannya (Ayb 31:24-25). Jangan percaya kepada wang.
Keinginan untuk menjadi kaya ialah cita-cita bebal dan kekutukan yang teruk. Seseorang sudah tentu mengasihi kepedihan dan maut untuk memasang kemakmuran sebagai matlamatnya. Mengingini kekayaan ialah akar segala kejahatan, dan ia melemaskan manusia dalam kebinasaan dan jahanam. Banyak orang telah meninggalkan iman dan mengikat diri mereka dengan banyak dukacita dengan berharap untuk menjadi kaya (1Tim 6:6-10). Bencilah Amerika punya cinta untuk kekayaan. Ingatlah Lot, Balaam, Akhan, dan Gehazi sebagai contoh-contoh Alkitab bagi orang yang menimbulkan banyak masalah kepada diri mereka sendiri dengan sikap ingin jadi kaya. Jangan fikir pun tentang hal menjadi kaya.
Manusia telah kehilangan kerajaan Allah dengan menghargai kekayaan lebih daripada Yesus Kristus, maka Dia mengajar murid-muridNya bahawa ia lebih mudah untuk unta memasuki lubang jarum daripada orang kaya memasuki kerajaan syurga (Mar 10:17-27). Wang mungkin boleh membantu memasang braces [pendakap gigi] pada gigi anak-anakmu, tetapi ia boleh menjadikanmu kehilangan kerajaan syurga. Tuhan, berbelas kasihanlah.
Kekayaan dan kejayaan tidak boleh membantu pada Hari Penghakiman, seperti dua orang kaya telah belajar (Luk 12:13-21; 16:19-31). Dan kamu tidak akan membawa apa pun bersamamu (1Tim 6:7; Ayb 1:21). Walaupun kamu mungkin percaya kepada wangamu, kamu tidak dapat menebus jiwamu sendiri atau jiwa mana-mana orang lain (Maz 49:6-9). Hanya kewajaran akan membantumu pada hari kemurkaan Allah, dan bukan kekayaan (Ams 10:2; 11:4).
Kekayaan sejati adalah untuk hidup salih dan menjadi puas hati dengan apa yang kamu ada (1Tim 6:6). Pertimbangkannya. Banyak orang membazir kesenangan dan kepuasan yang mereka memang ada dengan sikap gusar bagi apa yang mereka tidak ada. Di sinilah hikmah yang sungguh dalam bagi kebahagiaan sejati dan kehidupan yang memuaskan. Ini kelakukan yang dipelajari, dan tiada apa pun dalam sifat berdosamu yang ingin menjadi puas hati (Flp 4:11). Tetapi pilihlah kepuasan pada hari ini, sebab ia akan membawamu kejayaan yang bahagia.
Jika kamu kaya, jangan bermegah akan kekayaanmu, tetapi sebaliknya bermegah kerana mengenal Tuhan (Yer 9:23-24). Ini harta kekayaan yang melebihi apa pun akaun bank (2Kor 9:15). Daud kaya, tetapi dia lebih menghargai firman Allah daripada banyak emas yang tulen (Maz 19:10). Bersiap sedia untuk mengagih-agihkan wangmu kepada orang lain, supaya kamu juga boleh berpegang kepada hidup kekal dan mengumpulkan suatu dasar yang baik bagi masa yang akan datang (1Tim 6:17-19; Mat 25:31-46).
Jika kamu miskin, ingat bahawa Allah telah memilih orang miskin dunia ini untuk menjadi kaya dalam iman (Yak 2:5). Dia tidak memanggil banyak orang kaya atau orang yang penuh kejayaan dunia untuk memasuki syurga (1Kor 1:26-29). Kebanyakan mereka akan terkejut pada Hari Penghakiman untuk mengenal bahawa Allah telah menolak mereka. Tetapi jika kamu miskin, kamu sudah ada kekayaan yang tidak terkatakan dan tidak terbayangkan dalam kemuliaan (1Kor 2:9; Yoh 14:2).
Apakah kesimpulan pelajaran ini? Ia tidak boleh dinyatakan lebih baik daripada tulisan Yakobus, “Biar saudara yang berdarjat rendah bersukacita bahawa dia disanjungi: tetapi orang kaya, bahawa dia dijadikan rendah” (Yak 1:9-10). Inilah pilihan yang berdasarkan fakta-fakta dan janji-janji injil. Orang miskin yang percaya kepada Kristus ialah raja dan imam dengan suatu warisan kekal yang melebihi bayangan orang kaya. Orang kaya boleh bersikap terkawal, rendah hati, dan suka membantu dengan menjadi sedar bahawa kekayaan benarnya adalah di dalam berkat-berkat rohani yang dibeli oleh darah Yesus Kristus dan bukan kekayaannya.
Hai pembaca, adakah kamu tahu tentang pertukaran nasib yang paling besar di alam semesta ini? Hollywood mungkin telah menamakan suatu gambar wayang dengan kata-kata itu, tetapi dengarlah Alkitab:
Sebab kalian tahu rahmat Tuhan Yesus Kristus kita, bahawa, walaupun dia kaya, namun demi kalian dia menjadi miskin, supaya kalian melalui kemiskinannya dapat menjadi kaya.
Hai pembaca, mohonlah kepada Allah untuk membantumu menjadi puas hati dengan hal-hal yang pantas di sini dan sekarang dan untuk memberimu mata iman untuk melihat kelimpahan yang menantikanmu bagi kekekalan bersamaNya di syurga.