10:21
Bibir orang benar memberi makan kepada banyak orang: tetapi orang bebal mati kerana kekurangan hikmah.
Banyak yang mati dengan sia-sia kerana kejahilan. Sesetengah orang ada cukup hikmah untuk mengongsikannya dengan banyak orang lain. Bolehkah kamu camkan perbezaan yang besar ini di dalam manusia? Kamu serupa mana satu? Betapa istimewanya untuk mampu membantu orang lain melalui ucapanmu, tetapi kamu harus memiliki pengetahuan itu dulu supaya dapat dikongsikan.
Orang yang benar memiliki hikmah, jadi mereka dapat membantu orang lain dengan mengajar dan mewaspadakan mereka tentang bahaya-bahaya kehidupan. Tetapi orang bebal tidak mempunyai hikmah yang mencukupi bagi diri sendiri pun, jadi mereka jatuh ke dalam kepedihan dan masalah, dan mereka mati muda walaupun tidak perlu sedemikian. Pertama-tama selamatkan dirimu sendiri baru selamatkan orang lain.
Hikmah bukan sahaja untuk memelihara diri sendiri dan untuk kejayaan. Hikmah juga adalah untuk membantu orang lain daripada kesan-kesan keputusan yang bebal. Orang benar tidak mementingkan diri sendiri: mereka sangat ingin memakai hikmah mereka untuk melayani orang lain. Orang benar tidak bersikap benci: mereka bersukacita hanya apabila manusia berjalan di dalam kebenaran (1Kor 13:6). Ia mendukakan mereka untuk nampak manusia jatuh ke dalam dosa dengan bebal.
Adakah kamu memberi makan kepada banyak orang? Akankah upacara pengebumianmu dipenuhi dengan memori-memori nasihat dan arahan yang kamu telah berikan untuk menyelamatkan manusia daripada bahaya dan kesukaran lalu memimpin mereka kepada kejayaan? Atau akankah upacara pengebumianmu itu hanya bertujuan untuk memindahkan seorang bebal yang kurang berfungsi ke tapak pengebumian? Akankah manusia suka mengingati bantuan dan hikmahmu itu? Atau mengingati kejahilanmu atau bahawa kamu tidak pernah bantu orang lain?
Sementara orang benar memberi makan kepada banyak orang, orang bebal pula mati kerana kekurangan hikmah. Adakah kamu memahami bahawa ada lebih daripada satu cara untuk mati? Kamu boleh mati secara jasmani dengan kebebalan seperti di dalam kemalangan jalan raya, kemabukan, AIDS, membunuh diri sendiri, dibunuh, hukuman mati, kanser paru-paru, dan kesan-kesan dahsyat yang lain. Tetapi kamu juga boleh mati kepada kasih, sukacita, damai sejahtera, harapan, dan kemakmuran di dalam hidupmu.
Penceraian itu ialah kematian sesuatu perkahwinan. Pemecatan itu ialah kematian sesuatu pekerjaan. Terkurung di dalam penjara itu ialah kematian kebebasan. Seseorang anak yang memberontak itu membawa kematian kepada damai sejahtera. Rasa salah dan malu itu ialah kematian sukacita. Kepahitan dan membalas dendam itu ialah kematian kasih. Hutang dan kemiskinan itu ialah kematian kejayaan. Semua ini terjadi kerana kekurangan hikmah. Ada lebih daripada satu cara untuk mati.
Adakah kamu memiliki hikmah untuk mengelak semua masalah yang pedih ini? Seperti Amsal mengisytiharkan berulang-ulangan, hikmah sangat mudah ditemui oleh sesiapapun yang merendahkan dirinya dan mencari akannya. Dimanakah dia dapat ditemui? Di dalam firman Allah yang berharga, terutamanya di dalam kata-kata berilham Solomo ini. Tujuan Solomo adalah untuk mengajar hikmah kepada lelaki muda (Ams 1:1-4). Adakah kamu mempelajarinya?
Hikmah yang paling baik untuk dikongsikan dengan orang lain ialah kata-kata benar yang ditemui di dalam Alkitab (Ams 22:17-21). Allah menganugerahkan pengetahuan yang sempurna di dalam tulisan bagimu, supaya oleh pendengaran khutbah dan membaca Alkitab kamu ada banyak untuk memberi kepada orang lain (Maz 19:7-11; 1Pet 3:15). Hikmah Alkitab itu sangat besar, dan kamu tidak harus malu-malu dihadapan sesiapapun (Maz 119:46).
Adakah kamu sedang memenuhi destini anda? Atau membina warisanmu? Kehidupan Kristian itu dirumuskan dengan dua tugas – mengasihi Allah sepenuh-penuhnya dan mengasihi orang lain seperti kamu mengasihi diri sendiri. Kamu ingin diajar hal-hal yang baik dan diwaspadakan akan bahaya, jadi kamu harus melakukannya bagi orang lain. Biarlah tulisan di batu nisanmu itu berbunyi, Dia mengasihi Allah lebih daripada yang lain; dia pokok kehidupan kepada semua orang.
Apakah yang menghalang kamu daripada memberi makan kepada banyak orang? Jika kamu kekurangan hikmah, dapatkannyalah dengan mendengar khutbah Alkitab yang baik dan mempelajari Amsal-amsal Solomo. Jika kamu mementingkan diri sendiri, akuilah dosamu dan berubahlah. Jika kamu tidak mengendahkan mereka yang melarat dengan tidak perlu, doakan supaya kamu menerima kasih untuk jiwa-jiwa. Jika kamu takut untuk menjawab soalan-soalan, beranikan diri sendiri dan pertimbangkan bahawa kamu mungkin menyelamatkan sesuatu jiwa.
Petrus pernah sekali takut akan penganiayaan, jadi dia menyangkal mengenal Yesus pada waktu pencubaan Yesus. Tetapi pada hari Pentakosta dia membuka mulutnya dengan berani untuk memberitakan Yesus Kristus dan mewaspadakan orang Yahudi tentang penghakiman yang menjelang atas Yerusalem kerana menyalibkan Tuhan yang mulia itu (KPR 2:40). Selepas itu, dia melangsungkan diri untuk mengingkari penguasa Yahudi dan juga memberitakan injil kepada Kornelius.
Kamu harus berikhtiar untuk menjadi seperti Filipus, yang mampu menjawab soalan seorang sida di dalam padang gurun yang sejurus kemudian memimpin kepada pembaptisannya itu (KPR 8:26-40). Pertimbangkan Akwila dan Priskila, iaitu pasangan suami isteri yang telah memperbetulkan Apolos walaupun Apolos itu orang yang berpendidikan (KPR 18:24-28).
Ia adalah hukum Allah untuk mengasihi orang lain dengan memperbetulkan mereka apabila mereka memerlukannya (Ima 19:17). Ia adalah tugas orang Kristian untuk memberi amaran kepada mereka yang tidak tatatertib (1Tes 5:14) dan menyelamatkan saudara-saudara daripada kesilapan (Yak 5:19-20). Orang benar akan menjadi pokok-pokok kehidupan dan menyelamatkan banyak jiwa (Ams 11:30; 27:9).