Amsal · Proverbs

10:22
Berkat TUHAN, ia menjadikan kaya, dan dia tidak menambahkan dukacita kepadanya.

Ketika Allah memberkati seseorang untuk menjadi kaya, Dia juga memberi kepuasan, kebahagiaan, dan damai sejahtera, dan gabungan itu bermaksud berkat dua kali ganda. Biasanya, kekayaan membawa suatu sukatan ketakutan, ketamakan, rasa salah, mengumpul terlalu banyak, jerih lelah, keangkuhan, kesia-siaan, atau kerisauan.

Hanya orang bebal memikir bahawa kekayaan tiada dukacitanya. Salomo menulis lebih daripada kitab Amsal. Dia juga telah menulis suatu kitab filsafat dengan ilham Ilahi yang dipanggil Pengkhutbah, yang di dalam kitab itu telah dicatatkannya kesakitan dan kesesakan-kesesakan kekayaan (Pkh 2:17-23; 4:4-8; 5:10-17; 6:1-2). Dia telah memanggil masalah-masalah orang kaya ini sebagai suatu kesakitan dan kejahatan teruk, dan dia menambah lagi bahawa keadaan dukacita ini adalah biasa.

Bacalah perbandingan-perbandingan raja yang kaya ini. “Lebih baik sedikit bersertakan takut akan TUHAN daripada harta yang mewah bersertakan masalah” (Ams 15:16). “Lebih baik suatu hidangan sayur yang ada kasih, daripada lembu tambun disertai benci” (Ams 15:17). “Lebih baik segenggam penuh dengan ketenteraman, daripada dua genggam penuh dengan jerih lelah dan kegemasan roh” (Pkh 4:6). Kemiskinan boleh menjadi lebih baik!

Orang kaya takut kehilangan kekayaan; ada pesaing untuk dikhuatiri; kecenderungan untuk berbelanja memakan keuntungan mereka; mereka tahu bahawa maut menamatkan kehidupan yang baik; mereka membenci pengutip cukai lebih daripada membenci pencuri; dan memikir sahaja tentang seorang pewaris yang bebal dan yang akan memboros kekayaannya sungguh mengerikan dirinya. Faktor-faktor yang serupa juga ada pada ketamakan, rasa salah, mengumpul terlalu banyak, jerih lelah, keangkuhan, kesia-siaan, dan khuatiran.

Sesetengah orang menjadi kaya kerana waktu dan nasib – bukan hasil jerih lelah, kemahiran, kekuatan, atau hikmah (Pkh 9:11). Sudah tentulah, Allah memerintah atas segala waktu dan nasib (Ams 16:33; Pkh 7:14). Sesetengah orang terkutuk dengan kekayaan. Firaun itu salah satu contoh yang sesuai (Kel 9:16). Dan ia dipanggil sebagai kemakmuran orang bebal ketika Allah memberkati orang bebal dengan kekayaan untuk memperdayakan orang lain (Ams 1:32). Dalam kedua-dua kes, Allah telah mengaturkan supaya kekayaan bertambah, tetapi Dia tidak memberi sukacita atau damai sejahtera yang kekal.

Naik pangkat datangnya daripada Tuhan (Maz 75:6-7). Ketika Allah menaikkan pangkat seseorang untuk menjadikannya kaya sebagai bentuk berkat, Dia cukup baik hati untuk menyampaikan bersamanya kurnia-kurnia rohani dengan menjadikannya puas hati, bahagia, murah hati, dan rasa selamat walaupun kaya (Pkh 2:24,26; 3:13; 5:18-19). Orang sedemikian tidak bersandar pada kekayaan mereka, dan mereka kekal bahagia pada kadar yang sama jikalau kesemuanya diambil daripada mereka. Sebenarnya, orang sedemikian, dengan ceria, menabur kekayaan mereka dengan memberinya kepada orang miskin (1Tim 6:17-19).

Apakah pelajaran-pelajarannya? Cita-cita tanpa diberkati Allah akan gagal (Maz 127:1). Kekayaan membawa masalah, maka ia berbahaya untuk mengingininya (Ams 23:4-5; 1Tim 6:6-10). Satu-satunya kekayaan yang kamu patut diinginimu ialah kekayan yang melalui berkat Allah, sebab Dia memberi kepuasan dan damai sejahtera bersamanya (Pkh 5:19; Maz 4:7). Kehidupan yang bahagia dan yang berjaya memerlukan lebih daripada kekayaan (Ams 16:16; 17:1; 28:6). Sementara orang durjana makan roti dukacita, orang benar sedang tidur dengan nyenyak (Maz 127:2; Pkh 5:12).