10:24
Ketakutan orang durjana akan menimpanya: tetapi keinginan orang benar akan dikabulkan.
Apakah yang akan terjadi kepadamu pada tahun ini? Hal yang ditakutimu? Hal yang diinginimu? Pilihannya terpulang kepadamu. Allah Yang Maha Besar di syurga akan menyampaikan ganjaran dan hukuman sepanjang tahun yang akan datang. Jika kamu hidup dengan durjana, maka nantikanlah ketakutanmu ternyata dan membingungkan kehidupanmu. Jika kamu sedang mengejar kewajaran, maka nantikanlah keinginanmu terkabul.
Musa memberi amaran kepada Israel, “Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu” (Bil 32:23). Inilah suatu aksiom [prinsip] kehidupan yang patut diajar kepada setiap anak. Sebelas perkataan yang sederhana ini boleh menjadi suatu semakan yang kerap bagi perangaimu. Kamu tidak boleh menyembunyikan dosa daripada Allah; Dia tidak akan melangkaui dosa-dosamu; Dia akan membalas kebebalan ke atas kepalamu (Ams 5:22; 8:36; 11:5-6,17,19; Maz 7:16).
Allah mengenalmu lebih baik daripada kamu mengenal diri sendiri. Cuba kamu fikir. Dia tahu tepat-tepat apa yang menjadi ketakutanmu, tetapi Dia juga tahu apa yang belum difikirkanmu yang akan mengerikanmu. Dia akan menyebabkan kengerianmu yang paling seram untuk terjadi, jika kamu dengan bebal atau dengan degil memberontak terhadapNya. Sebaliknya, Dia juga mampu membawa damai sejahtera dan kesenangan ke dalam kehidupanmu iaitu apa yang melampaui segala apa pun yang pernah dialamimu atau difikirkanmu.
Adakah kamu seorang pengundur dalam hati? Sudahkah kamu menyimpang daripada kasih pertama kepada Allah dan hikmah? Adakah kamu suam-suam sahaja dalam pengabdianmu kepada Yesus Kristus? Kamu berada dalam keadaan masalah yang sungguh serius, sebab setiap pengundur akan diisi dengan jalan-jalannya sendiri (Ams 14:14; Wah 2:4-5; 3:15-16). Jika kamu memandang kepada hal-hal yang duniawi, maka kamu merupakan penyembah perut yang menjadi musuh Yesus Kristus (Flp 3:18-19).
Apakah yang ditakutimu? Ia sedang datang! Salomo sudah menulis, “Oleh sebab aku telah memanggil dan kalian telah menolak; aku telah menghulur tanganku, dan tiada yang peduli; Tetapi kalian menganggap kosong semua nasihatku, dan tidak mahu teguranku: Aku juga akan menertawakan malapetaka kalian; Aku akan mengolok-olok apabila ketakutan kalian sampai; Apabila ketakutan kalian sampai sebagai pemusnahan, dan kebinasaan kalian sampai ibarat puting beliung; apabila penderitaan dan seksaan jiwa menimpa kalian” (Ams 1:24-27).
Tetapi orang benar akan diberkati! Allah akan memberi kepadanya keinginan hatinya, kerana dia bersuka di dalam TUHAN dan bukan kepada buih idaman kehidupan yang bebal dan yang sia-sia (Maz 21:1-7; 37:4; 145:19). “Orang benar akan bersukacita ketika dia melihat pembalasan itu: dia akan membasuh kakinya dalam darah orang durjana. Supaya orang akan berkata, Sesungguhnya ada ganjaran bagi orang benar: sesungguhnya dia Allah yang menghakimi di bumi” (Maz 58:10-11).
Apakah hal-hal baik yang diinginimu? Sudah tentaulah kamu ada senarai hajat tidak kira ia senarai yang pendek ataupun panjang. Hal-hal yang memang baik bagi kehidupan hanya untuk orang yang berjalan jujur – orang benar di dalam amsal ini. “Sebab TUHAN Allah ialah matahari dan perisai: TUHAN akan memberi rahmat dan kemuliaan: tiada apa pun kebaikan yang akan dia tahan daripada mereka yang jalannya jujur” (Maz 84:11).
Salomo memerhatikan hukum kehidupan ini: “Walaupun seseorang pendosa melakukan jahat seratus kali, dan hari-hari hayatnya diperlanjutkan, namun, aku tahu bahawa ia akan menjadi elok bagi mereka yang takut akan Allah, yang takut di hadapannya: Tetapi ia tidak akan menjadi elok bagi orang durjana, dan juga dia tidak akan memperlanjutkan hari-hari hayatnya, yang adalah suatu bayang-bayang; kerana dia tidak takut di hadapan Allah.” (Maz 84:11).
Ahli sosiologi, ahli psikologi, ahli filsafat, dan ahli sejarah boleh belajar sebanyak semungkin akan punca perbezaan di antara manusia, tetapi amsal ini jauh lebih benar dan bernilai daripada apa pun pendapat mereka. Hai pembaca, apakah yang akan kamu buat dengan pelajaran ini? Tidak peduli akannya, dan mengalami ketakutan-ketakutanmu pada masa depan yang tidak lama lagi? Atau akankah kamu merendahkan dirimu dengan pertaubatan lalu memperoleh keinginanmu? Pilihannya terpulang kepadamu.