Amsal · Proverbs

10:23
Ia dianggap sebagai mainan kepada orang bebal untuk melakukan kenakalan: tetapi orang yang ada pemahaman mempunyai hikmah.

Hikmah itu lemah-lembut, baik, dan suka mengasihi. Menyakiti orang lain bukan hiburan. Kamu harus memberi hiburan, kesihatan, damai sejahtera, dan keselamatan kepada orang di sekelilingmu. Memedihkan orang lain dengan perkataan atau dengan perilaku adalah kejam, bebal, dan jahat. Orang berhikmah selalunya peramah dan suka membantu.

Hikmah itu kudus, mulia, suci dan berakhlak mulia. Apa pun jenis dosa bukan kenikmatan. Kamu harus dikenali orang sebagai orang yang salih, adil, dan benar. Berdosa di dalam fikiran, pertuturan, atau perbuatan adalah jahat, babil dan kejam. Orang berhikmah selalunya baik dan jujur.

Dosa itu gurau bagi kebanyakan orang zaman kini. Kenakalan yang merugikan orang lain itu dirayakan. Kesan-kesan dosa tidak diendahkan, dan para penegur dipandang hina. Banyak yang bersuka di dalam dosa. Mereka menyebabkan masalah tanpa apa pun rasa takut, salah, atau malu. Mereka bergurau dan buat lawak akan kejahatan; mereka mencemuh orang benar. Tetapi orang sedemikian bebal. Mereka yang ada pemahaman tahu bahawa perangai rosak sebegitu bersalah kepada Allah dan manusia. Orang berhikmah tahu ada kemuliaan dan ganjaran bagi ketenangan dan kebenaran.

Salomo telah memberi amaran bahawa, “Orang bebal menjadi dosa bahan olok-olok,” dan “Kebebalan ialah sukacita bagi dia yang ketandusan hikmah” (Ams 14:9; 15:21). Generasi ini memakai dosa sebagai isi hiburan. Budak lelaki yang nakal di sekolah kerap kali orang yang paling popular; yang berani dan yang terang-terang berbuat jahat dianggap gagah dan kuat; para pelakon yang paling liar dianggap sebagai bintang. Yang lain nyanyi rap secara kebinatangan dan dengan bebal akan pelacur dan keganasan. Orang yang ada pemahaman berduka akan kenakalan sedemikian.

Bahagian masyarakat yang paling mudah terpengaruh dengan penyakit ini ialah kaum muda. Mereka mempunyai kebebalan orang muda tertambat di dalam hati mereka. Lagi pula, mereka mempunyai kemampuan dan kebebasan untuk melakukan kenakalan. Salomo takut akan daya tarikan dan pengaruh mereka ke atas anaknya (Ams 1:10-19; 2:10-22; 13:20). Paulus memberi amaran kepada kaum pemuda dengan satu nasihat yang akan menjadikan mereka hebat, jika mereka dapat melakukannya, “Demikian juga dengan lelaki muda, gesa mereka supaya berfikiran terkawal” (Tit 2:6).

Kewajiban Pendidikan, iaitu suatu gagasan sia-sia oleh orang yang ingin buat kebajikan sosial, mengasak-asak para pemuda bebal ke dalam bilik kelas, di mana cikgu-cikgu yang ketinggalan zaman dan yang tidak dapat berhubungkait dengan murid-murid membentangkan topik-topik yang hampatanpa apa pun perkaitan dengan kehidupan. Apakah kesan am ke atas kaum orang muda, yang mungkin sudah bekerja sepenuh masa di dalam bidang pekerjaan lelaki di bawah kuasa seorang lelaki? Kebebalan, kejemuan, kenakalan, pemberontakan, dan dosa! Mereka saling mendesak satu sama lain di dalam gurau senda berdosa sehingga masyarakat itu melimpah dengan kegilaan mereka yang memualkan itu.

Apakah yang terjadi apabila orang-orang bebal ini pulang ke rumah? Televisyen itu menghidangkan hiburan yang cabul yang menggantikan kepentingan Allah dan kepentingan orang lain. Cerita lawak jenaka, yang memenuhi program waktu malam, datangnya dari neraka kerana tidak peduli akan Allah, moral, fikiran serius dan akhlak-akhlak mulia yang lain. Kartun-kartun yang nampak tidak berbahaya pun, dengan usaha cekalnya untuk menyakiti dan mencemuh orang lain, sungguh buruk di dalam kebebalannya. Apakah yang akan dilakukanmu untuk melindungi dan mengalihkan anak-anakmu daripada pengaruh kerosakan akhlak sedemikian?

Penzina lelaki muda mengambil kesempatan ke atas perempuan, tanpa apapun prihatin terhadap mereka, ayah mereka, atau suami masa depan mereka. Mereka ketawa akan eksploitasi yang dilakukan mereka itu. Pelahap muda pula mengadakan pertandingan makan, dan ketawa terbahak-bahak apabila seseorang memuntah keluar makanannya. Tambahan pula, peminum muda ketawa tentang siapa yang paling pening di pesta minum mabuk mereka. Yang lain memasukkan gula ke dalam tong minyak kereta guru besar dan beraya apabila dia kena menukar injin kereta. Tetapi Allah tidak dicemuh!

Orang bebal hanya memikirkan waktu semasa; mereka tidak nampak kesan-kesan keesokan hari dan penghakiman Allah ketika mati. Mereka juga tidak mempertimbangkan masa depan mereka dan tidak berbuat apa pun menjelang masa depan. Akhirnya, hakim menjatuhkan hukuman penjara ke atas mereka; rekod-rekod mereka tercela dengan satu atau dua jenayah; orang yang lebih bebal daripada mereka meraba-raba mereka di bilik mandi penjara; mereka menghidap penyakit yang membawa maut; dan maut akan membawa mereka ke takhta pengadilan Allah Yang Maha Kekal di syurga. Lucu benar gurau senda ini kan? Ha! Ha!

Apakah jenis orang yang berfikir dan bertindak sedemikian? Orang beballah! Tiada ketakutan Allah di hadapan mata mereka (Maz 36:1-4; 53:1; Rom 3:18). Mereka bersuka-cita di dalam perbuatan jahat, dan bersuka di dalam percabulan orang jahat (Ams 2:13). Merekalah sampah masyarakat setiap negara, bencana dan dukacita setiap ayah, kemurungan dan malu bagi setiap emak (Ams 10:1; 17:25; 19:13; 29:15). Apakah yang akan kamu buat untuk melindungi anak-anakmu daripada pengaruh kerosakan akhlak sedemikian?

Bagaimanakah mereka dapat diperbetulkan? Mudah sahaja! “Penghakiman tersedia bagi pencemuh, dan sebatan bagi belakang orang bebal” (Ams 19:29). “Cemeti bagi kuda, tali kekang bagi keldai, dan tongkat untuk bahagian belakang orang bebal” (Ams 26:3). “Kebiruan luka membersih keluar kejahatan: demikian juga sebatan membersihkan bahagian-bahagian lubuk hati” (Ams 20:30). Jika hukuman keras dijalankan cepat-cepat di dalam dunia, maka lenyaplah kepelbagaian anarkis yang tidak bermoral (Ams 19:25; 21:11; Pkh 8:11).

Salomo, sementara memakai maut sebagai dorongan untuk berfikiran terkawal, memberitahu kaum pemuda, “Wahai orang muda, bersukacitalah di dalam kemudaanmu; dan biarlah hatimu menceriakanmu di dalam masa mudamu, dan berjalanlah menurut jalan hatimu, dan menurut penglihatan matamu: tetapi ketahuilah kamu ini, bahawa bagi kesemuanya ini Allah akan membawamu ke dalam penghakiman. Maka, buanglah dukacita daripada hatimu, dan jauhkanlah kejahatan daripada dagingmu: sebab masa kanak-kanak dan kemudaan itu sia-sia sahaja” (Peng 11:9-10).

Hai ibubapa, dengan serius, ajarlah anak-anakmu akan kehidupan, maut, moral, dosa, dan layanan yang betul kepada orang lain. Percakapan bebal, pergurauan, berlawak jenaka, dan sindiran bebal memilukan dan adalah tidak perlu (Ams 12:18; 26:18-19), dan Paulus memberi amaran bahawa Allah akan menghakimi dunia kerana itu (Efe 5:3-5). Ia pemakaian pertuturan yang tidak pantas; memberi syukur adalah lebih baik. Janganlah membenarkan perkara-perkara ini berkeliaran di dalam anak-anakmu, dan barulah mereka akan membesar untuk menjadi mulia dan berhikmah.

Hai ibubapa, suatu nilai bertimbang rasa bagi benda yang lemah harus dipupuk, sampai kepada anak-anak burung di dalam sarang atau binatang bersama-sama anaknya, tetapi terutamanya untuk melakukan kebaikan kepada semua manusia (Ula 22:6-7; Kel 23:19; Gal 6:10; 1Tim 4:10). Kanak-kanak dengan kecacatan fizikal atau mental atau perbezaan bangsa dan perbezaan ekonomi haruslah dijadikan objek-objek belas ihsan dan perlindungan, dan bukanlah objek-objek untuk dipermainkan atau dianiaya. Hikmah melibatkan pertimbangan yang baik hati dan yang suka melindungi apa yang sedemikian (Ams 12:10).

Orang yang ada pemahaman ada hikmah berkenaan hal-hal ini – dia nampak menembusi kebebalan orang bebal dan mempertimbangkannya dengan teliti. Dia memandang hina pendekatan kehidupan yang nakal. Dia nampak masalah yang menjelang pada hari esok bagi kebebalan hari ini. Dia nampak penghakiman datang selepas kematian. Dia nampak ganjaran yang besar bagi kewajaran (Ams 21:12; Ayub 18:5-21; Maz 19:11; 37:34-38; 58:11). Dia membangunkan pandangan yang serius dengan pertimbangan teliti. Hai pembaca, jadilah berhikmah dan cubalah faham!

Musa telah berdoa, “Jadi, ajarlah kami untuk membilang hari kami, supaya kami dapat memakai hati kami bagi hikmah” (Maz 90:12). Betapa hebatnya pandangan ini terhadap kehidupan – untuk memakai setiap hari secara berhikmah di hadapan Allah dan manusia. Inilah yang harus dijadikan permohonan doamu dan cita-citamu. Berkat-berkat dan keredaan Allah ada pada orang berhikmah, tetapi jalan para pelanggar adalah sukar (Ams 13:15). Kehidupan singkat sahaja, dan kamu harus memakainya dengan sebaik semungkin di hadapan mata Allah dan setiap orang yang ditemuimu.

Paulus telah memberi amaran, “Sebab kita semua harus menghadap takhta penghakiman Kristus; supaya setiap orang dapat menerima balasan bagi apa yang telah dilakukan di dalam tubuhnya, menurut apa yang telah dilakukannya, sama ada ia baik atau jahat. Sementara mengenal kengerian Tuhan, kami cuba meyakinkan orang” (2Kor 5:10-11). Salomo telah mengakhiri buku filsafatnya, iaitu kitab Pengkhutbah, dengan amaran yang serupa dengan ini (Pkh 12:13-14). Kehidupan adalah serius, dan kamu harus mengelak apa pun pengaruh yang menuju kepada kesemberonoan bebal.

Yesus tidak mengendahkan kesia-siaan hidup ini, dan memandang sebaliknya kepada sukacita yang menanti-nantikanNya di syurga (Ibr 12:1-2; Maz 16:8-11). Dia mempunyai hikmah dan pemahaman untuk memandang melebihi kebebalan di sini sehingga nampak sukacita itu di sana. Isaac Watts pernah menulis, “Bukit Sion menghasilkan, ribuan manisan suci, sebelum tiba ke ladang syurgawi, atau menjejaki jalan-jalan emas.” Hanya hikmah iman nampak manisan suci di sini dan jalan-jalan emas di sana. Bukalah mata iman dan hikmah kamu pada hari ini juga untuk melihat hal-hal yang penting, yang mulia, dan yang kekal yang memuliakan dan menyenangkan Allah.