Amsal · Proverbs

11:1
Neraca yang palsu ialah kekejian bagi TUHAN: tetapi batu timbangan yang benar ialah kesukaannya.

Allah itu adil dan saksama, dan Dia mengharapkan kamu adil dan saksama. Dia sempurna, dan Dia mengharapkan kamu untuk menjadi sempurna. Dia benci penipuan atau kompromi di dalam urusan-urusanmu. Dia akan membinasakanmu di dalam kerjayamu, jika kamu menipu; tetapi Dia akan memberkatimu, jika kamu adil dan saksama. Solomo mengajar pelajaran ini lebih daripada sekali (Ams 16:11; 20:10,23).

Sebelum ada sistem timbangan dan ukuran, dan suatu kerajaan untuk menguatkuasakannya, para pedaganglah yang bertanggungjawab untuk necara dan batu timbang yang tepat. Kamu telah beli dan jual kebanyakan barang dan makanan melalui beratnya. Ini bukan suatu hal yang remeh, kerana integriti dan kemakmuran ekonomi negara bergantung kepada urus niaga yang boleh dipercayai.

Integriti perniagaan ialah sebahagian kesalihan. Jehovah kira penipuan dan kompromi dalam hal ekonomi itu sebagai suatu kekejian. Perkataan ini bermaksud gabungan kata-kata, rasa jijik, rasa benci dan meluat. Alkitab juga menjelaskan perasaan Allah terhadap pengorbanan anak (Ula 12:31; 18:10-12), hal liwat (Ima 18:22; 20:13), dan dosa-dosa yang seiras dan yang cabul itu.

Jika kamu ingin maju, maka berhati-hati dengan teliti akan semua urus niagamu, sehingga tahap memastikan niat kamu juga adil dan suci (Ams 11:3; 19:1; Ams 20:7,14), dan dengan pemerhatian istimewa akan kepentingan balu, anak yatim, dan yang miskin (Ams 23:10-11; 22:9). Ia jauh lebih baik untuk menjadi murah hati dan dermawan daripada menjadi lokek dan kedekut (Ams 11:24-27; Peng 11:1-6; Yes 32:8).

Allah yang Mahatahu, yang nampak dan tahu segalanya, sungguh mengambil minat di dalam gram dan kilogram, liter dan mililiter, ringgit dan sen, di dalam kehidupan seharianmu. Biar setiap pencuri yang tamak dan kedekut itu berwaspada! Dia tidak akan memandang dari jauh-jauh. Dia dengan teliti memerhatikan kamu memberi tip kepada pelayan atau menjual suatu kereta yang terpakai. Dia memandang kamu di tempat merakamkan masa kerjamu, dan juga apabila mengisi borang perbelanjaan untuk dituntut balik.

Kamu tidak akan maju kalau menipu. Dan hanya orang bebal yang buta akan mempertimbangkannya meskipun untuk sesaat sahaja. Ia jauh lebih baik untuk membayar dan melaksanakan tugas melebihi apa yang diharapkan, daripada menipu dan merugikan sesiapapun. Kemurahan hati jauh lebih baik daripada sikap jimat. Hanya orang yang sempit fikiran dan terdorong oleh jiwanya yang mati itu yang fikir bahawa sikap kedekut ialah cara untuk maju (Ams 11:24-26; 28:8). Suatu fikiran luas, yang terdorong oleh hati yang mengasihi dan murah hati ialah kesukaan Allah. Dia akan memberkati orang benar.

Orang yang salih sungguh-sungguh jujur. Mereka tidak mengambil kesempatan atas orang lain. Sebaliknya mereka kerja melebihi tugas-tugas mereka; mereka membayar lebih daripada bahagian diri mereka sendiri; mereka mengamalkan setiap ayat di dalam perjanjian; mereka memberi tip besar kepada pelayan; mereka bayar hutang tepat pada waktunya; mereka benci perbuatan mencuri; mereka tidak pernah menyebut diri sakit ketika mereka sihat; mereka akan mengakui semua masalah barangan jualannya ketika menjual; mereka tidak tawar-menawar menurunkan harga, dan selepas itu memanggilnya suatu urus niaga yang bagus; mereka berkomunikasi dengan segera dan dengan terbuka.

Tuhan membalas dendam mana-mana penipuan (1Tes 4:6; 1Kor 6:8). Dia menyukat setiap perhubungan dan urus niaga dengan necara ilahi yang sempurna kebenarannya. Sudahkah kamu didapati kekurangan? Doamu akan menghantuk siling; Dia akan meniup bertentangan denganmu (Ams 13:15; Maz 34:16); kamu tidak akan maju (Ams 13:11; 20:21; Yer 17:11). Jika kamu babil di dalam urus niagamu dengan orang lain, Dia akan menjadi babil terhadapmu (Maz 18:26).

Tuhan bersukacita dengan orang jujur (Ams 12:22; Maz 11:7; Luk 6:37-38). Betapa mulianya berkat jika Yang Mahatinggi bersukacita atas integriti harian kamu! Lihatlah setiap urus niaga! Sukakan setiap orang! Janganlah berhutang sesiapapun apapun! Jadilah kekosongan kesalahan terhadap Allah dan manusia! Biarlah kejujuran suci dan kemurahan hati Tuhan Yesus Kristus dilihat di dalam setiap perilakumu.